Tunggu Awak Datang.... Versi Puasa dan Raya





Dear, esok saya rasa tak boleh puasalah. Perut ni sakit. Gastrik!”

Bulat mata Auni memandang suaminya. Alasan!

“Hubby jangan nak mengada eh. Bukannya budak kecik lagi tak tahan lapar. Dah nak jadi bapak budak pun,” marah Auni.

“Bapak budak? I nak jadi papa, dear?” Soal Aazad sambil tarik tangan isterinya, rapat.
Auni menunduk. Tidak sanggup menentang panahan mata suaminya.

“Belum confirm lagi. Auni check sendiri tadi. Ada dua garisan tapi satu tu samar-samar je nampak.”
Aazad terus tarik Auni ke dalam pelukannya. Hatinya tidak berhenti-henti mengucap syukur. Berita inilah yang mereka tunggu selama ini.

Hubby jangan nak gembira lagi. Belum confirm lagilah. Takut nanti... hmmm.. bila kita mengharap, harapan itu kosong. Auni takut!” Auni merenggangkan pelukan mereka.

“Bagaimana nanti, bila check sekali lagi negatif. Auni takut!”

“Syyyy dear... Kita berdoa pada DIA. Kita bergantung harap pada DIA. DIA yang bisa mengurniakan zuriat kepada kita. Jangan putus asa. I ada.. Abang ada untuk Auni. Kita sama-sama harunginya. In Shaa Allah akan lahir nanti junior Aazad dan Auni,” pujuk Aazad.

Auni sedih. Dia berganda lagi sedih. Melihat kemurungan Auni, hatinya retak. Melihat pengharapan di sinar mata Auni, dia berganda mahu harapan itu menjadi kenyataan.

“Ini ujian untuk menguji tahap keimanan kita Auni. Diuji sama ada kita mampu mengharungi kesusahan ini demi penyambung zuriat kita.”

“Bulan ramadhan ni kita doa banyak-banyak. Kita mengaji, bertahajud dan bertaubat. Mudah-mudahan impian kita memiliki anak tercapai.  Doa di bulan Ramadhan sangat mustajab. Jadi Auni jangan putus asa. Kita sama-sama berharap dan berdoa impian jadi kenyataan.”

Aazad pegang kedua belah pipi Auni. Didongakkan wajah manis isterinya agar mata mereka bertemu. Sungguh dia bertuah dikurniakan Auni sebagai isterinya. Pendampingnya. Penyejuk jiwanya. Auni membawa perubahan yang begitu besar di dalam hidupnya yang kelam dulu. Auni membawa cahaya ke dalam hatinya.

Auni angguk. Ditempelkan pipinya ke dada Aazad. Mereka boleh melaluinya. In Shaa Allah.. mereka boleh!

“Jadi esok bolehlah hubby puasa ya. No excuse,” peringat Auni.

Aazad sengih dan ketawa. Di peluk erat tubuh isterinya. Padahal isterinya tidak tahu setiap isnin dan khamis dia selalu puasa sunat ketika mereka berjauhan. Seminggu di sini dan seminggu dia akan tinggalkan Auni untuk menguruskan perniagaannya di Kuala Lumpur.

“Bulan puasa ni, abang ambil cuti sebulanlah. Tak payah berulang alik ke Kuala Lumpur. Nanti Auni masak sedap-sedap eh.”

“Kalau abang tak kerja. Kita nak makan apa? Nanti bagi makan anak-anak lagi,”usik Aazad.
Auni mencemik.

“Duit berkepuk dalam bank tu tak terusik pun. Gaji Auni sikit pun tak luak. Sampai tujuh keturunan pun makan tak habis duit Hubby tu,” bebel Auni. Berkira sangatlah Mr Hubby ni. Suami siapalah.
Aazad terus ketawa.

Dear ni. Abang usik sikit dah melenting.” Dia menarik Auni duduk di sofa. Pelukan tidak dilepaskan Cuma dibetulkan kedudukan agar lebih selesa.

“Sejak Auni tinggalkan abang dulu, abang berusaha cari Auni. Dan usaha juga cari jati diri abang yang hilang. Dalam pencarian itu, abang temui cahaya iman. Kemanisannya dapat abang kecapi. Nikmatnya sehingga abang sentiasa mahukannya.”

“Sebelum kita kahwin, bulan Ramadhan abang habiskan malamnya di masjid menyertai program yang masjid buat. Abang belajar mengaji. Abang belajar memasak bubur lambuk dan abang belajar bangun malam untuk berqiamulail.”

“Jadi tak mungkin abang akan lepaskan peluang setahun sekali ini. Tahun ni abang nak kita sama-sama mengimarahkannya.”

Auni cepat-cepat angguk. Dia terharu dan gembira. Bahagia menjadi isteri Khairul Aazad ini. 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6