Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel novel terbit

Novel Aisyah Humaira bab 3

Imej
Assalamualaikum semua... Hi... Nak bagitahu Novel  Aisyah Humaira telah pun siap.  Ready stok. Pembayaran sebelum pukul 3 petang akan dipos dalam hari yang SAMA.  Untuk pembelian novel ini boleh klik link kedai online saya ini : Kedai Online Shima Rostam Saya kongsikan di sini BAB 3  “Aisyah, ini untuk awak.” Sepinggan nasi ayam diletakkan di hadapan Aisyah. Sofea menjeling. Dia tunduk melihat pinggan nasi ayam yang Ahmad letakkan di hadapannya. Adelia dan Norza pula saling berbalas senyum. Dapat makan free , makan apa pun tidak kisah, janji mengenyangkan. Mereka juga tidak lagi mengusik Aisyah. Hati Sofea juga perlu dijaga. Mata Irfan menyapa wajah manis itu dengan penuh rasa cinta. Sejak kali pertama melihat Aisyah, dia telah jatuh suka. Sangkanya, suka sekadar seorang kawan. Namun, dia sendiri tidak menyangka perasaan suka di awal remaja membibitkan perasaan cinta. Lebih setahun mengenali Aisyah, perasaan itu semakin kuat dirasakannya. Wajah Aisya pula bek...

Aisyah Humaira Prolog

Imej
Inshaallah tidak lama lagi saya akan keluarkan trilogi Mimpi.  Buku 1 : Bukan Sekadar Mimpi  Buku 2 : Aisyah Humaira Buku 3 : Kembali.  Sementara menantikan pre order dibuka, saya kongsikan bab-bab awal Aisyah Humaira  “Wan, jomlah main,” ajak Fatimah. Dia tersengih-sengih melihat Aisyah dan kawan-kawannya. Mereka hendak bermain hide and seek .  Bila Aisyah balik kampung, suasana akan jadi meriah. Dia ada kawan selain kawan dalam kebun itu. Laju Izwan menggeleng. Wajahnya pucat. Dia melihat ke arah Fatimah yang tersengih-sengih memandangnya. Aisyah pula menggeleng kepala sambil menepuk dahi. Tentu mengutuk dia penakut dalam hatinya. Biarlah digelar penakut sekalipun, dia tetap tidak mahu bermain bersama mereka jika mereka mahu bermain di dalam kebun getah itu. Melihat mereka berjalan bergandingan tangan menuju ke kebun getah, Izwan membuka langkah seribu balik ke rumah tok ayah mereka. “Hei,  kenapa dengan kamu ni? Lari macam nampak hantu,” tegur Puan H...

Beautiful Jodoh bab 10

Imej
Bab 10 ni bab terakhir saya akan kongsikan di blog ini.  Kalau nak baca kisah Haura dan Ferran sampai tamat, korang kena beli novel dan ebook.  Ebook juga dijual di esentral.my dan juga play book google. Tak pun korang boleh klik kedai online kami  https://wasep.me/shima-rostam-book-sandwich H AURA NUR mendongak. ‘Dia lagi. Kenapa kerap sangat mamat ni muncul di depan aku. Kenapa tidak dulu?’ Haura Nur menjegilkan mata, sebagai isyarat menghalau Ferran Atiq. Ferran Atiq berpura-pura tidak faham. Selamba dia duduk di hadapan Haura Nur. Haura Nur ketap gigi kemudian kembali tunduk membuat kerjanya. Dia mahu cepat habis menyalin maklumat yang diperlukan dan balik ke kolej. Tidak guna dia memarahi Ferran Atiq yang tidak faham bahasa. Memang tebal sungguh kulit lelaki itu! Ferran Atiq tidak mengacau Haura Nur, cuma sesekali pandangannya singgah di wajah gadis itu. Semakin dilihat, semakin yakin dengan perasaannya sendiri. “Ferran, ada orang tak kat sini ... boleh I ...