Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Mini Cerpen : Bibah debab 7 (edited version)

Imej
"Perangai tak pernah berubah-ubah. Bila marah, tidur!" Bisik Azam sambil geleng kepala. "Yang kau pergi pecat dia kenapa?" "Dah si Adam tu yang suruh Azam pecat dia, pecatlah," balas Azam perlahan. Takut-takut didengari oleh Bibah yang sedang lena. "Mana Adam? Kata dah sampai ke Malaysia minggu lepas, tapi batang hidung pun tak nampak? Tak kasihan kat Bibah langsung budak nih," leter Cik Maz geram. Azam meletakkan jari telunjuknya ke bibir apabila mengesan pergerakan Bibah. "Kejap lagi dia sampai," bisik Azam. "Adam tu nak Bibah ingat apa yang dia janjikan. Tapi sampai sekarang selamba badak Azam tengok si Bibah ni. Tak ingat-ingat lagi? Azam rasa kepala si Bibah ni kena pergi servis Cik Su, tengok bahagian memorinya, tang mana yang tercabut wayar," bebel Azam berbisik. Cik Maz menahan tawa. Tak boleh pakai langsung si Azam ni. Selamba je kutuk adik sendiri. Padahal dia tak tahu, Si Bibah ni jadi macam t

Mini Cerpen : Bibah Debab 6 (edited version)

Imej
"Kenapa marah-marah ni Bibah?" Soal Cik Maz sebaik sahaja Bibah menutup pintu biliknya. Bibah tidak menjawab, sebaliknya  terus menuju ke sofa berangkai tiga yang terdapat di penjuru kanan bilik Cik Maz. Dihempaskan punggungnya di situ. Cik menggelengkan kepala memandang tingkah laku Bibah itu. "Bibah, duduk elok-elok sikit. Ini bukan rumah tapi pejabat," Tegur Cik Maz apabila melihat Bibah mula merebahkan badannya di atas sofa tersebut. Dia ingin tidur dan melupakan kemarahan tadi. Serabut dan hanya tidur sahaja ubatnya. Memang sudah menjadi tabiatnya semenjak kecil lagi, apabila marah, geram, sedih dan tertekan, dia selalu mengubati atau melupakannya dengan tidur. Di dalam tidurnya, dia akan mengarang mimpi-mimpi indah dan melupakan rasa sesak di dalam hatinya. "Bibah penat cik Su, geram dengan sikap angkuh bos Bibah tu. Baru je jadi akauntan kat sini berlagak. Jika Bibah nak, dari dulu lagi Bibah dah amik position dia tuh. Gerammmnya!"

MIni cerpen : Bibah Debab 5 (edited version)

Imej
Ganggggg Pintu bilik dihempas kuat. Bibah tidak peduli sama ada pintu tersebut rosak ataupun tertanggal terus. dia terus menonong menuju ke kubikelnya. Geram dan marah membakar hatinya turut sama membakar benteng kesabarannya. Adlina dan Mona saling berpandangan dan mencebik. Bukannya bersimpati tetapi sebaliknya mereka jika boleh mahu mengapi-apikan keadaan. Wajah penuh Bibah kemerahan menahan api amarah di dalam hati. Panasnya sehingga dia berpeluh. Dijeling bilik yang dihuni oleh Azam, akauntan merangkap bosnya. "Suka hati mak nenek dia je nak berhentikan orang. Apa dia ingat, kuasa dia besar sangat ke? Geramnya," terkumat- kumit bibir Bibah membebel. Di dalam hati pula berbakul-bakul sumpah seranah kepada abangnya merangkap bosnya. "Bibah! Mengamuk tak tentu ni kenapa?" Soal Cik Maz sebaik sahaja menghampiri kubikel Bibah. Kuatnya hempasan pintu tadi sampai ke biliknya membuatkan dia tak senang duduk. Dua beradik nilah, ada-ada saja benda yang memb

Mini Cerpen : Bibah debab 4 (edited version)

Imej
“Sampai bila Bibah sanggup bersabar? Abang yang dengar ni pun rasa nak kasi penampar sebijik,” luah Azam geram. Kata-kata Mona tengahari tadi terngiang-ngiang di telinganya. Kutukan itu memang berbisa. Hampir saja tangan dia naik ke muka. “Sabar tu sebahagian daripada Iman, abang Azam. Berbakul-bakul Bibah dapat pahala free sebab mereka mencela Bibah. Bukannya Bibah rugi apa-apa,” balas Bibah selamba. “Hampir tiga tahun, Bibah dah lali.” Bibah sengih Azam menjeling geram. Adiknya ni terlalu lembut dan penyabar sangat. Senang dibuli orang. Hendak melawan jauh sekali. ‘Bibah tak sukalah gaduh-gaduh ni bang, dah sikap diorang macam tu, kenalah terima,’ itulah alasan yang selalu diberikan. “Habis tu Bibah nak biarkan diorang tu macam tu? Nak tunggu mereka berubah, sampai bila-bila takkan berubahnya. Harap muka je lawa dengan mekap tebal. Tetapi attitude hancuss! Jika diikutkan hati abang ni, nak je mitak Cik Su berhentikan mereka tu.” “Hamboi-hamboi dua beradik ni,

Mini cerpen : Bibah debab 3 (edited version)

Imej
Alicafe 3 in 1 diambil dan dikoyak sedikit hujungnya, kemudian dituang isinya ke dalam air panas di dalam mug. Diambil pula susu pekat manis marigold bebas kolestrol di dalam peti ais, satu sudu kecil dan dikacau perlahan-lahan sehingga sebati. Kemudian dia letakkan di atas meja yang terletak di tengah pantri itu. Tidak lama kemudian, Bibah keluar dari pantri menuju ke kubikelnya. Manakala Encik Azam yang baru keluar dari bilik air terus menuju ke pantri. Mug berisi alicafe panas sudah tersedia di atasnya, encik Azam tersenyum. Tanpa berfikir panjang dia terus mengambil mug tersebut dan menuju ke biliknya. Hari ini agak sibuk sedikit memandangkan tempoh perakaunan syarikat telah berakhir bulan lepas. Oleh sebab itu dia perlu segera menyediakan laporan pengurusan kepada pihak atasan untuk disemak dan seterusnya menyediakan set lengkap akaun syarikat kepada juruaudit. Encik Azam menjeling ke arah Bibah yang sedang ralit bekerja. Spontan dia menggeleng perlahan. Bibah... Bib

Mini Novel : Bibah debab 2 (edited version)

Imej
“Habibah, kenalkan ini bos awak yang baru, Encik Azam.” Cik Maz datang ke kubikel Bibah dan memperkenalkan mereka. Bibah melihat wajah bos sekali imbas dan terus menundukkan kepalanya, tanda perkenalan. Begitulah sikapnya setiap kali berkenalan dengan lelaki bukan muhrim. Bukannya terus menghulur tangan. Jika orang putih kata biadap tidak menghulurkan tangan semasa perkenalan, di dalam islam pula, kurang sopan atau haram bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan bukan muhram. Encik Azam tersenyum dan mengangguk juga. Dia faham sebab dia pun dilahirkan oleh ibunya warga Melayu. Rasanya jati dirinya lebih kemelayuan berbanding rupanya seperti orang Eropah. Nak buat macam mana gen ayahnya lebih dominan berbanding ibunya. Namun begitu dia bersyukur kerana ibunya seorang yang tegas mendidiknya dalam adat resam melayu dan agama islam. Encik Azam memerhati Habibah, montel orangnya namun kulitnya putih bersih. Wajahnya menunduk, pemalu. Bukan seperti Adlina, Sherry dan Mona tad

Mini cerpen : Bibah debab - 1 (edited version)

Imej
Cerita ni dah ada kat blog tahun 2012. Mungkin ada yang dah baca dan mungkin jugak dah tenggelam tak jumpa cari, jadi saya up ke atas balik. Ni kisah romantik komedi.. Hihi.. Santai je ceritanya....  “Weh korang... Aku ada cerita best nak kongsi." "Heh! Dengar ni aku nak cerita, cerita hot pagi ni!” Gopoh – gapah Adlina menyerbu pantri yang sempit itu. “Apa dia? Orang nak makan pun tak senang. Kau tu setiap hari ada cerita hot !” Sindir Mona yang sedang menikmati bihun goreng Kak Pah seberang jalan. “A’aah.. kau memang kepoh!” Sambung Sherry pula. Mengiyakan kata-kata Mona. Mulut Adlina memuncung. Putus angin nak bercerita tentang mamat tampan yang dilihat jalan beriringan dengan encik Murad tadi. Dia yakin, lelaki tampan itu adalah akauntan baru syarikat mereka. “Menung pulak. Ceritalah cepat, apa yang hot sangat! Nanti bertambah hot jika Cik Maz menyerbu kat sini. Ada sepuluh minit lagi ni,” gesa Sherry sambil mengesat bibirnya. Habis gincu tertanggal.