Special Ramadhan & Syawal: Berikan Aku Peluang Mencintaimu -1

Assamualaikum w.b.t
Lambat pulak hari ini update kat sini...
Tengah pening kepala letak banner..
Lazada ada special Raya.. Klik je kat banner tu..
Gerenti berbaloi bershopping raya di Lazada.

Ini pengalaman saya tau.. Memang selalu shopping kat situ. 


Okey cukup pasal shopping... Alhamdulillah hari ke dua puasa. Pasti lebih bermaknakan? Pergi terawih tak?

Bercerita pasal Ramadhan dan raya ni, saya nak buat special entri untuk cerita Berikan Aku Peluang Mencintaimu. Kisah si cilik Zara pulak kali ini....

Nah.. Special BAPM-1

Interframe Mama dan Papa Zara dulu.. Lepas tu Zara pulak ek... Hihi...


“Mama...”

“Ya sayang..” jawab Riya tanpa memandang wajah Zara. Tangannya tangkas melipat kain yang bertingkat di hadapannya. Semalam dia ada terlihat iklan mesin lipat kain di dalam facebook. Tiba-tiba terasa bahunya ringan, senangnya kerja lipat melipat ni apabila ada mesin tu. Mesti kena beli. Kalau tak setiap minggu berlonggok kain nak kena lipat.

Macammana tak banyak kain baju yang dibasuh, jika berpeluh sikit tukar baju. Papa dengan anak perempuannya sama perangai. Riya yang pening kepala dengan telatah mereka. Bila Riya bersungut-sungut, suaminya terus cakap ambil maid. Tapi dia tak nak. Tak nak orang asing berada di rumahnya. Biarlah dia penat sikit pun tak apa, asalkan segala yang ada di dalam rumah ini ada sentuhannya.

Manakala suaminya pula tidak mahu dia penat buat kerja rumah. Tapi bila Syed Al-Aiman menolong, bertambah banyak pulak kerja dia. Sebab dia cerewet dalam bab mengemas, memasak dan melipat pakaiannya. Ada je yang tak kena, jadi suaminya mengalah. Dibiarkan Riya buat sendiri.

Kadang kala tu, disebabkan Riya sibuk dengan hal rumah mereka, Syed Al-Aiman merajuk. Seminggu dia tak bagi Riya sentuh kerja rumah. Layan dia dan anak sahaja. Sanggup dia melarikan mereka sekeluarga ke Cherating, bercuti di sana. Riya geleng kepala. Anak dengan papa sama naik, manjanya. Takkanlah nak berkepit dua puluh empat jam!

Huk ..huk...

“Mama demam lagi?” soal Zara. Pantas tangan mungilnya menyentuh dahi Riya.
Riya geleng kepala.

“Mama dah sihat. Batuk sikit-sikit je. Zara panggil mama kenapa? Lapar?”

“Taklah... apa ya ? Lupa dah nak tanya apa,” jawab Zara sambil berfikir. Sebab takut mama demam lagi, dia jadi lupa nak tanya apa.

Riya senyum. Gaya Zara sudah macam gaya papanya bila berfikir. Siap dengan berkerut kening dan gosok dahi.  Idola Zara adalah papanya. Dia mahu jadi seperti papanya bila besar nanti. Riya pula yang pening kepala. Semakin lama semakin terserlah Zara meniru gaya papnya. Dari cara makan, berfikir dan juga belajar.  Syed Al –Aiman selalu meluangkan masa membantu Zara membuat kerja rumah. Zara juga dihantar belajar di kumon, smart reader kid, kelas piano dan karate. Menurut Syed Al-Aiman, ini adalah untuk masa depan anak mereka. Zara pula suka dan minat. Jadi Riya tak kisah, asalkan terbaik untuk Zara. Dia meneruskan kerjanya melipat pakaian. Pakaian di hadapannya masih lagi menimbun tinggi, Riya mengeluh.

‘Banyaknya lagi nak kena lipat ni, pinggang dah lenguh. Kaki dah kebas. Kepala pun dah pening. Ini baru seminggu aku demam. Kalau sebulan sakit, entah-entah dah tak nampak lantai bilik dah.

“Darling papa berdua ni buat  apa? Serius sangat nampaknya. Sampaikan papa balik pun tak dengar,” tegur Syed Al-Aiman.

“eh.. papa dah balik. Yeahhh.. “ Zara terus menerkam Syed Al Aiman. Hampir terjatuh Syed Al Aiman dibuatnya.

“Lipat kain, berlambak! Bilalah nak habis ni,” sungut Riya. Dia menghampiri suaminya, dihulurkan tangan untuk bersalam. Syed Al-Aiman terus memautkan tubuh Riya ke dalam pelukannya. Sebuah kucupan hinggap di dahi Riya.

“I miss you.”

“I miss you too.”

“Abang nak amik maid, tak nak. Sekarang merungut,” bebel Syed Al-Aiman.

Bibir dicebik. “ Riya tak suka orang asing dalam rumah kita. Abang pula bukannya behave sangat. Depan anak pun nak beromantik,” sungut Riya pula.

“Itukan contoh yang baik. Biar Zara tahu, papanya sayang sangat kat mama.”

“Papa!”

“Mama!”

“Ya sayang..” jawab mereka serentak. Sekejap mereka terlupa Zara ada ditengah-tengah mereka.

“Zara penatlah dikepit tengah-tengah ni. Nanti makin kecil pulak tubuh Zara ni. Sebab tersepit.”

Serentak Riya dan Syed Al Aiman ketawa.

Hahaha....

Si kecil mereka ni, ada sahaja kata-katanya membuatkan mereka ketawa.

“Tadi Zara panggil mama kenapa? Nak apa?” Soal Riya. Dia dan Syed Al Aiman sama - sama merendahkan badan agar setara dengan ketinggian Zara.

“Esok puasakan?”

Angguk Riya dan Syed Al-Aiman serentak.

“Zara nak puasa jugak. Nanti bangun sahur kejutkan Zara jugak.”

“Zarakan kecil lagi. Nanti Zara besar sikit baru puasa.”

Zara geleng kepala.

“Zara dah besarlah mama. Tengok ni, Zara dah tinggi daripada mama,” ujar Zara sambil mengukur aras ketinggian mereka berdua.

“Nanti kalau puasa, tak boleh makan,tak boleh minum sampai ke petang.”

“ Hisap susu tak apakan? Sebab tak makan, tak minum.”

 Syed Al Aiman sengih.

“Kalau hisap susu pun tak boleh, nanti batallah puasa.”

“Habis tu kalau Zara lapar macam mana?”

“Sebab itulah mama tak bagi Zara puasa.”

Zara terus memberontak.  Mukanya tercebik-cebik, mahu menangis.

“Meh sini sayang...” Syed Al- Aiman menarik Zara ke ribanya.

“Apa kata Zara bangun sahur jugak.  Zara puasa, tengok boleh bertahan lama mana. Jika pagi tu Zara lapar, Zara makan. Lusa puasa lagi..”

Bulat mata Zara mendengarnya.

“Betul ni papa?”

Syed Al Aiman angguk.

“Tapi dengan syarat, kena cukupkan solat waktu. Berpuasa tanpa solat, kurang pahala. Solat lagi penting.”

“Okey Zara janji. Takkan tinggal solat lima waktu.”

Good girl. Sekarang ni dah solat asar ke belum?”

“Belum!”

“Zara pergi solat sekarang.”




Zara terus berlari naik ke biliknya.

“Sama laa tu, bukannya puasalah. Mesti pagi-pagi minta susu.”

“Biarlah sayang. Sikit-sikit.. lama-lama nanti dia okeylah. Jangan keras sangat dengan Zara.”

“Sayang dah sihat?”

“Batuk tak hilang lagi.”

“Kalau tak sihat lagi, esok tak payah puasa.”

Riya jeling suaminya.

“Ada ke macam tu. Sikit je pun.”

“Abang takut Riya tak tahan.”

“Bukan tak pernah puasa. Tiap-tiap tahunkan puasa. Lagipun kita dilatih berpuasa sejak kecil lagi. “

“Iya.. iya... abang tahu.”

“Sudahlah lipat kain tu. Malam karang abang tolong lipatkan.”

Riya mencebik. Mata dijuling ke atas.

“Terima kasih banyak. Riya hargai niat baik abang tu. Tapi tak payahlah. Nanti kerja Riya kena lipat balik.”

Syed Al Aiman ketawa lepas. Diheret Riya mengikutnya ke bilik mereka.

“Sementara Zara solat, biar papanya dulu bermanja dengan mama...” Syed Al – Aiman tersenyum nakal.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6