Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Kek kasih sayang (kek pisang nestum oat)

Imej
Ni entri suka-suka... cerpen kot... hihi.. ikut penilaian korang laa ya...  Hari-hari macam ni memang bosan. Nak buat apa ya? Tisya mengeluh sendirian. Tadi abang whatsapp dia akan balik awal hari ini. Sukanya. Tapi aku tak tahu pulak nak masak apa. Tisya mengeluh lagi dalam hati. Kakinya dihalakan ke dapur, dibuka peti sejuk dan melihat apa yang ada di dalamnya. Pisang! Buat kek pisang Pantas di buka facebook dan terus ditaip di carian resepi kek pisang. Banyak pulak tapi yang mana satu yang sedap dan senang? Lalu dia melihat satu persatu resepi yang ada. Hmmm... yang ni senang tapi tak ada pulak almond flakes & cincang. Bantai je laa apa yang ada. Asalkan kek aku ni sedap dan tak bantat. Tisya ikat rambut tinggi-tinggi. segala bahan yang diperlukan dikeluarkan dan diletakkan di atas meja makan. Nasib baik ada pengadun kek, kalau tak terpaksa guna tanganlah. Dia mula hanyut dalam dunianya.  Bahan-bahan 3 biji pisang, dilenyek sukar dapatk

Abang Hensem, Jihan Epilog.... last dah

Imej
Salam... seperti yang saya janjikan...  Selamat membaaca dan semoga terhibur Suka.. boleh tinggalkan komen di sini dan juga page facebook.  Like jika tak nak komen pun...  Tisya terdiam. Ditenung cincin di jari manisnya. Kemudian diangkat kepala dan melihat wajah-wajah kesayangannya yang sedang tersenyum lebar. Rumah mama dan papa telah berubah habis. Semuanya nampak serba baru. Dua buah khemah besar berdiri megah di hadapan rumah. Dia kelu. Baru beberapa jam lepas dia bersetuju menjadi isteri Nzakir. Sekarang di rumah mama dan papa, persiapan untuk perkahwinannya telah siap. Cuma tunggu dia saja. Pagi esok dia akan dinikahkan. Nak bertanya, dia hilang kosa kata. Senyum lebar mama, senyuman mengusik abang dan kakak-kakaknya membuatkan dia tidak mampu nak kata tidak. Entah bila semua ini dirancang. Entah bila Nzakir datang berjumpa dengan keluarganya. Dia tidak tahu menahu langsung. Licik sungguh perancangan Nzakir. Tisya pasti abang ngah mastermind nya. Ta