Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cinta Bas Express

Teaser 1 : Siti dan Polis Comel - Aein Dhiyauddin

Imej
Selamat petang! Siti dan Polis comel berduet dengan mini novel saya Cinta Bas Expres. Kisah romantik seram campur action sekali. Lain dari yang lain. Cukup membuatkan korang terhibur. Teaser.. "Betullah, saya tersepak kepala tu. Saya ingatkan selipar yang anjing tu gigit selipar saya. Saya kejarlah sampai belakang bangunan ni. Saya tak tipulah tuan. Kalau saya tahu macam ni, biarkan aje kepala tu kat sini. Bukan kepala tu mati kena bunuh ke apa. Sebab kemalangan aje. Kepala dia putus kena cermin yang jatuh dari lori.” Siti membebel. Aizat yang sedang mencatat sesuatu terhenti. Dia tahu pasal kemalangan malam tadi daripada kawannya di balai. Tapi hal kepala putus tu tak disebarkan kepada awam kerana si mati adalah anak orang kenamaan. “Kak, jomlah cari mayat aku. Jangan layan polis ni. Nanti akak yang kena sumbat dalam penjara. Harap Muka aje comel.” “Kamu ni, sabar kejap boleh tak? Boleh pengsan akak layan kamu dan inspektor ni. Dah mati tu buat cara dah mati. Ja...

Cinta Bas Express sudah berada di Pasaran

Imej
  Harga RM32.00 untuk pembelian boleh PM FB Penerbitan Novel Mania dan Aein Dhiyauddin.  Jom kita layan teaser sikit...  Cinta Bas Express “WEH, BERANGAN!” Tepukan sedikit kuat diberikan di bahu Sarrah. Sarrah jeling. “Kau tak ada kerja ke datang tempat aku ni?” “Kerja sentiasa ada, tapi manusia seperti kita ni perlukan rehat juga. Kena jalan-jalan makan angin.” “Banyaklah kau jalan-jalan,” ejek Sarrah. Tangan seperti selalu, tangkas melipat pakaian yang dipunggah oleh pelanggan. “Abang handsome kau tak ada datang ke?” “Abang handsome mana pulak?” Sarrah berkerut dahi. Otaknya tidak mendaftar mana-mana abang handsome dalam databasenya. “Alaa... yang datang hujung minggu hari tu, yang suruh kau pilih boxer untuk dia.” Dengar aje penjelasan Husniah, Sarrah mencemik bibir. Tang mana yang handsomenya? Tang gatal dia nampaklah. Ada ke patut dia kena pilih boxer untuk mamat itu. Fikir balik, berdiri bul...

Cinta bas Express Bab 3

Imej
“Sarrah dah fikir masak-masak ke?” Mak Eton memandangnya, belas. Sarrah senyum dan angguk. “ Ya Mak Eton. Sarrah nak bawa adik tinggal sekali. Lagipun dialah satu-satunya keluarga yang Sarrah ada.” Mak Eton diam. Nyilu hatinya mendengar kata-kata itu. Sarrah dan Anah adalah anak saudara suaminya. Dia sayangkan kedua anak yatim piatu itu. Dia sanggup menjaga mereka tapi suaminya tak suka. Tidak anggap mereka anak saudaranya kerana bencikan ibu bapa mereka. “Macam mana nak jaga Anah. Sarrah kerja.” “Anah boleh jaga diri sendiri bila Kak Sarrah pergi kerja, Mak Eton. Anah bukannya budak kecil lagi. Anah dah umur 12 tahun dah. Tengok ni dah sama besar dengan kakak dah,” Saffanah peluk Kak Sarrahnya. Sarrah senyum dan ketawa. Dia balas pelukan satu-satunya adik yang dia ada. “Kami akan saling jaga menjagai satu sama lain Mak Eton. Jangan risau,” pujuk Sarrah. Saffanah angguk. Dia juga tidak mahu berpisah lagi dengan Kak Sarrah. Lagipun di kampung ini, dia rasa tidak selamat....

Cinta Bas Express : Bab 2

Imej
Zairil geleng kepala. Sudah dua minggu Yafit termenung, teringatkan gadis yang ditemui di dalam bas express. Orang tegur tak mahu dengar. Gadis itu tak wujud. Kalau wujud pun bukan manusia tapi makhluk Allah S.W.T yang lain. “Sudah-sudahlah kau ingatkan gadis itu. Aku yakin bukan manusia duduk sebelah kau. Tapi makhluk lain. Menumpang balik kampung juga.” Yafit geleng kepala. dipandang sekilas Zairil yang berpeluk tubuh di hadapannya. Dibelek-belek kertas sebelum ditandatangan. Kemudian fail dihulurkan kepada Zairil. “Aku yakin, yang duduk disebelah aku tu manusia,” tekan Yafit. Sakit hatinya apabila semua orang tidak mahu percaya cakapnya. “Kalau manusia kenapa pagi tu tak ada siapa pun yang nampak kecuali kau. Pak guard pun cakap, arah yang kau tunjuk dia pergi tu bilik mayat. Kau fikir logik sikitlah. Tak ada perempuan berani pergi bilik mayat sendirian. Aku pun takut.” Yafit terdiam. Tidak ada hujah yang dapat menyangkal kata-kata Zairil itu. Namun hatinya...

Cinta Bas Express : Bab 1

Imej
Salammm Semua...  Next Mini Novel terbaru dalam proses pertukangan... Semoga terhibur...  Gadis itu kaku di tempat duduknya. Yafit pandang sekilas. Samar-samar lampu jalan membuatkan dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah gadis itu. Namun dia yakin, tentunya comel. Anak gadis Kelantan memang comel-comel belaka. Namun wajah itu muram. Ada kesan air mata di pipinya. Serta merta hatinya tiba-tiba prihatin. “Boleh tak awak jangan pandang saya. Nak tidur pun tak boleh,” tegur gadis itu. Yafit tersentak. Belum sempat menegur, gadis itu telah menyergahnya. Dia tersengih sambil gosok kepalanya. Terkantoi tenung anak dara orang. Boleh tahan garangnya! “Dahlah muka macam penyagak, perangai pulak miang gatal. Kalau awak tenung lagi, saya adu dekat pak cik driver tu. Biar dia tinggalkan awak tepi jalan!” ugut gadis itu. Yafit rasa mahu ketawa. Berani betul dia. Tak padan dengan kecik. Ada hati ugut orang. Lambat-lambat kepala Yafit kembali mengadap ke depan. Dia ...