Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel #Nufah #shimarostam t

Ebook novel Shima

Imej
Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom    Instagram; shima.rostambs   Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing..  Terima kasih di atas sokongan. Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Yang belum memiliki ebook saya atau novel saya... Yang ingin membacanya boleh dapatkan ebook novel-novel saya. Harga kombo istimewa untuk anda semua...  whatapps di sini Cherating In Love   Blurb.. “Subhanallah.. Cantikkan?” spontan aku menoleh ke sebelah. Melihat dia. “Cantik..” bisikku. Mata tak beralih pandang. Macam kena gam. Melekap pada dia. “Mataharilah.. tengok sana. Bukan saya,” dengus dia marah. Aku sengih. Mulutnya dah muncung. Comel. Bila halal nanti, muncung tu aku patuk dengan bibir. Berani lagi nak muncung-muncung comel gitu?   Uncle Doktor, Nak tak jadi papa Niny?   Niny - anak kecil yang aktif dan cerdik. Tiba-tiba demam sawan membuatkan mamanya pa...

Nufah Bab 10 -terakhir di sini.

Imej
Bab ini merupakan bab terakhir di blog ini. Nak tahu kisah Sean dan Nufah ini, dapatkan novelnya di sini “K ITA nak buat apa sekarang?” Akhirnya Puan Nora bertanya apabila dia dapat berduaan dengan anaknya. Panas hatinya tadi, tapi disabarkan diri apabila teringatkan pesanan Dian. Jangan lakukan apa-apa. Semua nanti Dian akan uruskan. Berlagak saja seperti tidak tahu apa yang sedang berlaku. “Menunggu, bu.” Dian senyum bermakna. Dia tahu hati budi Nufah. Sebab itulah dia berani mengambil risikonya. Berkerut dahi Puan Nora mendengarnya. “Nak tunggu apa lagi?” “Nanti ibu akan tahulah. Sekarang ni, kita hanya perlu menunggu sahaja, semuanya akan berjalan lancar seperti yang Dian rancangkan,” beritahunya penuh yakin. Lagipun Tengku Firash tidak akan sesekali meninggalkannya. Dia telah mengikat Tengku Firash dengan cinta berahinya. Lelaki itu sudah mabuk dengan cintanya dan cinta Nufah tidak akan mampu mengalahkan cintanya.  “Jangan Dian syok sendiri sudah. Bertahun mereka be...

Nufah Bab 9

Imej
Klik di sini untuk pembelian “J AGA diri kakak baik-baik. Ada masalah telefon abah dan mama. Tak payah risaukan keadaan di sini. Tahulah abah uruskan tok wan dan mak tok tu,” pesan Encik Nukman. Nufah angguk, tanda faham pesanan abahnya. Sekarang ini dia tidak mahu lagi memikirkan perkara yang menyakitkan hatinya. Dia mahu membersihkan hati dan juga jiwanya. “Majlis tu tak perlu dibatalkan abah. Nanti abah jumpa dengan Firash, suruh dia pinang Dian. Biar mereka kahwin. Mereka dah terlalu jauh terlanjur,” pinta Nufah. Walaupun hatinya sakit, Dian itu tetap sepupunya. Sudah tentu maruah Dian, maruah keluarga mereka juga. Bagaimana nanti kalau Tengku Firash tidak mahu bertanggungjawab? Sedangkan mereka sudah seperti suami isteri. Tidak kira tempat melakukan hubungan. “Tahulah abah.” Encik Nukman sudah tidak terkata apa lagi. Dalam terluka pun, Nufah masih lagi memikirkan kebajikan orang yang melukainya. Dia sendiri kalau boleh, sudah tidak mahu ambil tahu lagi tentang anak saudar...

Nufah Bab 8

Imej
Klik di sini untuk pembelian “A SSALAMUALAIKUM…” Dian melangkah masuk. Serentak empat pasang mata melihatnya. Jantung berdebar kencang. Sejak mendengar berita pak tehnya itu ke rumah orang tua Tengku Firash, hatinya tidak tentu arah. Rasa bersalah membelit di hati tetapi rasa pentingkan diri lebih mendominasi. Dia gembira dengan berita itu, namun dia tahu datuknya amat pentingkan maruah keluarga, sudah tentu lelaki tua itu tidak dapat menerimanya. Pasti datuknya akan memaksa pak teh supaya memujuk Nufah meneruskan juga perkahwinannya. Lagipun datuknya sangat berkenan dengan Tengku Firash. Berdarah raja, sudah tentu markahnya tinggi di hati orang tua itu.  “Panjang umur budak bertuah ni. Dian tahu kenapa Nunu tiba-tiba nak putuskan pertunangan?” Puan Timah terus menyoal. Tangan dilambai supaya cucu kesayangannya itu mendekatinya. Dian buat-buat tidak faham, seolah-olah tidak tahu hujung pangkal. Sudah diagak tetapi apabila diserang hendap oleh neneknya, dia mengambil masa unt...

Nufah Bab 7

Imej
klik di sini untuk pembelian “A SSALAMUALAIKUM Nunu, apa khabar bakal      pengantin?”      Suara    ceria     Tisya kedengaran di hujung sana. Nufah terdiam. Dia tersenyum pahit. ‘Bakal pengantin tak jadi,’ bisik hati kecilnya. “Waalaikumussalam.” Nada suara sedaya mungkin dikawal agar kedengaran normal di telinga Tisya. “Aku nak datang ke JB. Kau free tak?” Nufah terus menyampaikan tujuannya. “ Free ... free . .. bila-bila masa kau nak datang, rumah aku sentiasa terbuka untuk kau. Nak datang honeymoon pun, aku lagi okey. Lagipun lama dah tak membawang ni,” sambut Tisya riang. Seronok sangat mendengar Nufah hendak datang bercuti. Sehinggakan dia tidak perasan, nada suara Nufah yang langsung tidak ceria. “ Flight kau bila?” “Aku naik bas. Malam ni bertolak. Nanti sampai aku call ya,” beritahu Nufah. Baru Tisya berasa pelik. Eh, malam ni? “ Oookeey! ” Nada suaranya terus merudum. Baru dapat ditangkap suar...

Review pembaca Novel Nufah

Imej
Bertemu kembali...  Inshaallah selepas ini blog ini akan kembali aktif dengan entri-entri terbaru tentang novel dan ebook.  Nufah telah berada di pasaran sejak hujung Disember 2020. Alhamdulillah sambutan pembaca sangat menggalakkan. Cetakan pertama habis terjual. Sehingga kini novel Nufah telah terjual lebih dari seribu naskhah. Ebook juga telah terjual lebih 200 copy PDF. Saya dalam proses memasukkan ke dalam portal https://www.e-sentral.com/  iaitu kedai ebook Malaysia.  Di sana juga ada ebook saya yang lain iaitu  1. Uncle Doktor, Nak Tak Jadi Papa Niny? (klik di sini untuk pembelian) 2. Cherating in Love (ezine) (klik di sini untuk pembelian) Ebook Nufah akan menyusul tidak lama lagi di sana. Saya kongsikan review pembaca yang telah membaca novel ini.  Antara review-review yang telah saya dapat.  Saya dah baca..dah tak boleh berhenti plak. Best sangat. Tajuk nampak biasa saja, tapi isi ceritanya, superb! Hantu2 novel semua.. Kalau korang tak dapat...

Nufah Bab 6

Imej
Untuk pembelian, boleh klik di sini “H ELLO mummy... ” “Apa yang telah berlaku ni, Firash? Keluarga Nufah datang memutuskan pertunangan kamu. Firash tahu tak, lagi sebulan majlis nak langsung. Mana mummy nak letak muka ni?” Syarifah Manora terus menyerang. Tengku Firash terkedu. Hatinya berdebar. Rasa tidak enak. Dia panik. “ Mummy kejap lagi Firash call balik.” Talian diputuskan. Nombor Nufah ditekan.             ‘Nombor     yang     anda     dail     tiada    dalam perkhidmatan. Terima kasih.’ Tidak puas hati, Tengku Firash dail sekali lagi. Jawapan yang sama diterima. Dicuba lagi, namun tetap sama. Dian yang masuk ke dalam pejabatnya, tidak dihiraukan. Dia sibuk mendail. Hampa. Hatinya cemas, walaupun dia tahu lambat laun dia perlu juga berterus terang. Cuma dia tidak menyangka yang Nufah akan bertindak terlebih dahulu. Kemudian nombor pejabat ...

Nufah Bab 5

Imej
Untuk pembelian klik di sini “A BAH ... mama ... kakak nak putuskan pertunangan ini,” putus Nufah.  Tiada guna dia meneruskan pertunangannya dengan Tengku Firash. Cukuplah seminggu ini hidupnya seperti zombie . Tak lalu makan, tidur tak lena. Imej mesra Tengku Firash dan Dian bermain-main di ruang mata. Dua hari lepas, dia mendapat mesej daripada bekas rakan sekumpulannya ketika bekerja di dalam kumpulan Tengku Firash. Semakin luka parah hatinya. Sedikit pun dia tidak menyangka, kepercayaan yang diberikan, dikhianati tanpa sedikit belas kasihan. Dian dianggap kakak dan juga kawan baiknya, mengapa dia sanggup merampas tunangnya? Mengapa? Apa salahnya? Tak cukup baikkah dia selama ini?  Encik Nukman dan Puan Rosiah saling berpandangan. Dapat dilihat riak terkejut di wajah Encik Nukman. Manakala Puan Rosiah pula, meskipun terkejut, dia telah menjangka keputusan drastik anak sulungnya itu. Hatinya berbelah bagi, antara maruah keluarga dan juga kebahagiaan anaknya. “Kakak da...