Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aku bukan Penggoda

Review 7 Aku Bukan Penggoda

Imej
Oleh Aida Fariz 58 / 2019 Speechless!!! Cerita ni betul2 mencabar otak aku rasanya   😜 Kalau x faham susur galur keluarga watak boleh buat kita blurrr... Jadi masa baca kena relax dan tenang, x mau gopoh2   😎 😎 😎 Banyak watak sampingan dalam novel ni. So kena baca dan hadam betul2 supaya x tetinggal kereta api   😜 😜 😜 Watak utamanya tentulah Aizat dan Zura. Arggghhh!!! Aku suka sangat attitude Zura. Dia gedik tapi pada orang yang tertentu saja tau... Sampai boleh menimbulkan spekulasi   😅 😅 😅 X kurang juga dengan si Aizat ni, walau serius dan beku tapi bila dengan Zura dia berubah jadi sweeeettt   😍 😍 😍 Watak jahat pun ada juga. Tiga serangkai Tengku Lily, Hasya dan bapak segala celupar yang mengada2 Nik Sooraya   🤮 🤮 🤮 Di sebalik kisah cinta Aizat dan Zura ada dendam yang belum terbalas. Tapi kasih sayang yang Aizat curahkan buatkan Zura kembali pada fitrahnya   😊 😊 😊 Ma...

Review 6 Aku Bukan Penggoda

Imej
oleh Zareeny Rahmat. ~52/60~ Jangan hilang harapan untuk menegakkan keadilan. Jangan biarkan hati dikuasai api dendam.   Done.. Kerakusan sifat manusia kepada harta, membuatkan Puan Aminah merancang dengan teliti untuk merampas balik hak anak, cucu dan insan yang tidak berdosa. Untuk itu, Baizura seorang gadis yang berdikari ditugaskan untuk menjalankan amanah dari neneknya, Puan Aminah. Sikapnya yang manja dan peramah sentiasa mengundang fitnah dan tohmahan dari pelbagai pihak. Aizat pula yang me ncintai Baizura, sanggup menggalas beban gadis kesayangan sementelah dia juga antara mangsa kelicikan manusia yang tamak. Mampukah misi ini berjaya? Naskah karya   Shima Rostam   ni sarat dengan kasih sayang. Saya suka part kasih sayang yang ditonjolkan antara Aizat, Zamri, Ibnu a.k.a Busu dan Baizura. Baizura benar² dilindungi dan disayangi hinggakan dia dikatakan seorang penggoda. Ada konflik yang penulis selitkan dalam naskah ini hingga membuatkan iany...

Review 5, Aku Bukan Penggoda

Imej
Oleh Shikin ZS Tamat satu lagi novel pbakl 2019. #NovelKeLapan yang saya KIV ulasannya 😂.  Aku bukan penggoda.  Kerana tamak, nyawa tidak berdosa menjadi mangsa.  Ada kehidupan yang musnah.  Ada yang kehilangan.  Ada yang menderita sehingga menjadi dendam.  Kerana itu juga Baizura ada misi yang harus dia jayakan sebelum dia mampu senyum bahagia bersama insan yang dicintai.  Adakah hutang darah dibayar dengan darah atau kemaafan yang menutup segala kedukaan dan kebencian?  Sila beli dan baca 😊.  Komen saya....  Saya suka novel ni.  Cerita yang pada saya best, konflik sederhana tak terlalu berat.  Watak heroin yang "bebas laku" tapi masih behave menjadikan dia bukan typical heroin yang perfect.  Hero yang pada saya sweet walaupun tak bermadah puitis 😆.  Paksu yang hot dengan kawan baik yang pada saya, setiap novel yang heroin ada bff memang saya suka. Yang jenis tak ti...

Review 4 Aku Bukan Penggoda

Imej
Oleh Ibu Zyanne Alli Done mengulangkaji novel2 ni... Tidak mengecewakan. Setiap novel mempunyai kekuatan tersendiri. Tahniah kpd cik penulis Pena Kayu Shiroe Sherry Shima Rostam A.k.a Shima Awang Kesemua novel ni superb sesangat... Dah bc Namaku Khadijah wajib baca Diari Jiwa sbb berkait rapat.. Baru le tau apa kesudahan kisah Fahri. Secret Love novel yg santai... Ibu suka blh senyum2 bc... Mcm syok sendiri plak. Ulat taik pn xde le melampo sgt bg kita pny blood go upstairs smp xleh turun... Aku Bukan Penggoda penulis bijak menggarap cerita ni bg betul2 interesting nk bc smp habis. Teka teki akn terjawab di akhir cerita. Well done kepada semua penulis2 hebat ni... Mcm mana le korg blh dpt idea buat citer2 ni ehhh.... "MAJULAH NOVEL UNTUK NEGARA" #kupencintanovel #wajibbelinovelni #recommended Notes.. Terima kasih ibu untuk review ini.. Semoga ibu sentiasa menyokong karya-karya saya dan penulis-penulis lain... Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersia...

Review 3 Aku Bukan Penggoda

Imej
Oleh Kak Imaniah REVIEW 14/60 1 May 2019 Tajuk: Aku bukan penggoda Penulis : Shima Awang @ Shima Rostam Penerbit : Love Novel 1st, saya nk cakap - Novel ni best giler, jujur saya cakap, saya mmg sukakan karya macam ni, dlm sweet ada deritanya, dlm bahagia ada pengajarannya. Walaupun novel ini lebih kepada kisah cinta, keluarga dan masyarakat, ia juga mengisahkan tentang jenayah dilakukan sehingga menyebabkan 3 ank kehilangan insan tersayang, kerana duit, seorang rakan mengkhianati rakan yg memberi sepenuh kepercayaan kepadanya. Sepanjang pembacaan kita tidak sabar mengertahui apa yg bakal dibongkarkan nanti. Baizura mangsa keadaan dimana ibu bapa dan adiknya terkorban dalam kemalangan terancang kerana sikap rakan kongsi bapanya yang tamak dan kejam, dia dibesarkan oleh neneknya, mak tok yg menanam dendam dalam diri Uya ekoran kematian kejam anak perempuan sulungnya sekeluarga. Mrk membina empayar perniagaan demi masa depan mrk dimana...

Review 2 Aku Bukan Penggoda

Imej
Oleh Nurul Anisah.. I'm done reading this book.. Wahhhh!!! Tajuk buku nmpak macam mengancam tapi isinya memang superB sangat.. Baca time dialysis BP memang tinggi and setiap pages mesti rasa goosebumps and still nak turning pages nak tahu apa yang berlaku.. Okey the story begin with Baizura yang kehilangan keluargannya sejak dia berumur 13 tahun.. Kematian keluarganya berpunca kerana kuasa dan ketamakkan seorang manusia.. I pernah cakap manusia akan gelap mata dan hati jika ia melibatkan wang dan kuasa.. Bukan wang dan kuasa yang bodoh tetapi manusia itu sendiri yang bodoh.. Tidak tahu untuk menggunakkan ia dengan betul.. Bukan keluarga Zura shja terlibat dalam kemalangan tragis tapi ade lagi 2 buah keluarga yang lain terlibat juga..  Puan Aminah yang baik hati mencari waris mangsa yang terlibat dan menolong mereka.. Walaupun Zura kehilangan keluarganya ia sedikit pun tidak pernah hilang kasih sayang keluarga.. Bergantung kasih pada pakngah & makngah, Abg Zam dan Busu...

Review Aku Bukan Penggoda..

Imej
Salam semua... Good Day.. Ramai dah dapat dan baca Aku Bukan Penggoda. Ada yang PM saya personal cakap best... hehehe.. Alhamdulillah. Sebagai penulis mestilah sukahati kan... tapi nak bagi kritikan dan cadangan pun boleh. Nanti inshaallah saya cuba perbaiki corak penulisan saya.... Dan di sini saya nak kongsikan review oleh Zura Mohd... Dari pandanga mata kasar dia memang pengoda dgn gaya yg agak menonjol buat Zura sentiasa menjadi tumpuan mata lelaki .. Melepaskan Zura untuk sendiri bukan mudah bagai Aizat ..Hati Aizat sering tak tenang .. namun dia tahu sapa Zura ,sapa yg ada dalam hati gadis yg juga jadi intaian Akasyah dan Nik Rizal .. Demi sebuah harga dan pembalasan Zura akur hidup terpisah dgn cinta hati ...pesanan nenek dan Zamri sering tersemat dalam fikiran .. apa yg pernah jd miliknya harus dimiliki semula .. Aku Bukan Penggoda bukan lah kisah yg hanya bertunjang pembalasan dan godaan ..kisah ili lebih pada rapatnya sebuah keluarga , kasihnya seorg ibu dan nenek ..ak...

Bab 3 Aku Bukan Penggoda

Imej
“Terima kasih Cikgu..” Nurul melangkah keluar dari kelas tingkatan 3. Kelas terakhirnya untuk hari ini. penat tetapi hatinya senang. Melihat wajah polos anak-anak didikannya seakan memberi kepuasan kepada dirinya. Ini adalah cita-citanya sejak kecil. Dia kagum dengan Cikgu Bedah. Walaupun air muka Cikgu Bedah garang, namun hatinya baik. Sentiasa mengambil berat tentang masalah pelajarnya. Dia masih ingat saat dia kehilang ayah kemudian ibu. Cikgu Bedahlah yang memujuk dan berada di sampingnya. Di sekolah, dia selalu berada di dalam pemerhatian Cikgu Bedah. Sikap keibuan Cikgu Bedah membuatkan dia memasang impian untuk menjadi seorang guru. Kini impiannya telah tercapai. Baru saja punggungnya berlabuh di atas kerusi, telefon pintarnya berbunyi. Senyum merekah di bibir. yatim piatu ketika berusia 10 tahun, hidupnya tak pernah susah dan kekurangan. Dia dikurniakan pula keluarga angkat yang baik. “Assalamualaikum kak ngah.” “Waalaikumussalam Nurul. Dah habis kelas ke?” “Aah.. baru habi...

Bab 2 Aku Bukan Penggoda

Imej
“Seriuslah kak.. Encik Nik tu tengah usha akak. Tiap-tiap hari belanja makan,” bisik Nadya.  Zura jeling. “Buat kerja. Jangan buat gossip pulak.” Rimas pulak dia. Tiap hari ada saja alasan diberikan supaya mereka ikut lunch. Ingat senang ke nak memikat dia dengan hanya belanja makan. Dia tahu Nik Rizal ada niat lain. Cuma Nadya tak tahu.  Nadya ketawa tutup mulut. “Bukan buat gossip kak. Cakap yang betul je.”  “Dengar dek bakal tunang dia, kita yang kena halau nanti. Tak ada masalah cari masalah,” Zura memberi amaran. Ada dia terdengar Clarice bercerita, anak saudara Encik Ali itulah kekasih hati Nik Rizal. Jangan nak main mata, perempuan itu cantik dan tahap cemburunya boleh tahan juga. Setiap gadis yang cuba menggoda Nik Rizal, selalu dapat habuan. Kena viral, kena diberhentikan kerja dan macam-macam lagi Nik Sooraya akibat cuba menggoda bakal tunangnya.  Nadya mencemik. “ Takkanlah time kerja pun bakal tunang datang berumah tangga kat sin...

Bab 1 Aku Bukan Penggoda

Imej
Pintu pejabat Tetuan Aizat, Zamri & Co ditolak. Baizura melangkah masuk dengan yakin. Senyuman dihulurkan kepada orang pertama yang dilihatnya di kaunter penyambut tetamu. Kali pertama ke sini, dekorasi firma guaman ini mengagumkannya. Pemiliknya mempunyai standard yang tinggi dan berkelas.  “Assalamualaikum. Saya dari Tetuan Ibnu, Ali & co. datang audit. Encik Nik Rizal ada?” Baizura senyum sambil memperkenalkan diri.  “Waalaikumusalam. Cik Zura ya?”  “Ya betul,” jawab Baizura mesra.  “Encik Nik belum masuk lagi. Mari saya tunjukkan tempat dulu cik.” Gadis itu keluar dari kaunter penyambut tetamu. Senyumnya manis.  “Baik. Siapa nama?” Ramah Baizura mahu berkenalan. Gadis itu mempersilakan dia mengikutnya masuk ke ruang pejabat. Mereka berjalan seiringan menuju ke bilik yang dikhaskan untuk Zura gunakan untuk melakukan kerjanya.  “Azizah. Panggil Azie je.”  “Okey Azie. Terima kasih. Ini Nadya, pembantu sa...

Aku Bukan Penggoda- Novel Terbaru

Imej
Cantikkan cover? Ini adalah novel terbaru saya. Telah terbit sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL19) atau beli online di  www.lovenovel.com.my  atau di kedai-kedai buku berhampiran selepas pesta buku nanti..  Sebenarnya ini adalah novel bersiri yang pernah dipostkan di dalam blog ini. Saya tahu ramai follower Zura dan Aizat ini kan? Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan novel ini di pesta buku yang sedang berlangsung sekarang. Boleh dibeli dengan harga diskaun menarik di sana.  Blurb Dek ketamakan duniawi, satu kemalangan yang dirancang meragut beberapa nyawa tidak berdosa. Dek cemburu dan dengki sebuah kepercayaan dikhianati. Kerana dendam yang tersimpan lamanya, Puan Aminah telah merancang dengan teliti untuk merampas kembali hak anak, cucu dan insan yang tidak berdosa. “Pastikan tahun depan juga syarikat tu jatuh ke tangan kita. Tengku Yahya dan Nik Rashid harus terima balasan atas setiap perbuatan mereka!” -Puan A...