Puding Roti Karamel Si Manja

Ahaks.. tajuk tak boleh blahkan... 
Semalam saya buat desert berbuka puasa puding roti karamel. Saya follow Sheila Rusly resepi kat FB. 

Tapi ni versi saya, biasalah selalu suka suki ubah ikut citarasa sendiri. Tak jadi, menangis kat ceruk dapur... ngeh... ngeh...


(Budak manja ni memang selalu menyendeng di dapur sekali. Tak sabar-sabar nak colek puding tu)


Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 5 keping roti gardenia dicarik-carik.
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - pukul dan di tapis
  • 1 1/2 cawan air suam 1 1/2 cawan susu cair
  • 1/3 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit garam.



Cara-cara


  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam loyang. Masak dengan api kecil hingga gula jd perang .
  2. Kemudian masukkan 2 sudu besar air, hati-hati kerana gula mudah meruap. kacau hingga sebati dan matikan api. 
  3. Ketepikan. 
  4. Saya kukus dengan menggunakan periuk ajaib areikan sebab tak ada pengukus. Satu lagi alternatif boleh gunakan kuali. Panaskan 2 cawan air dalam kuali, letak ditengah-tengah kuali tu tungku atau alaa alas macam jaring2 besi tu, yang kita lapik periuk atau kuali panas. (saya tak ingat orang panggil apa). Nak kukus guna kuali kena apa penutup kuali, kalau tak x boleh kukus. Alaa alternatif boleh juga guna tudung periuk besar, ngam-ngam boleh tutup kuali tu. 
  5. Kemudian blender roti yang telah dicarik tadi bersama air suam dan susu serta secubit garam tadi.
  6. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. 
  7. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)

Bila masak, sejukkan sekejap lepas tu terbalikkan atas pinggan. Simpan dalam peti ais. Bila dah sampai waktu berbuka boleh keluarkan. Sedap makan ketika sejuk. 


Tadaa resepi tak seberapa saya ni.... 

Psst.. bulan puasa ni, saya cuma jadi asisstant cheff je. Buat desert je. Incik suami balik masak. Tapi semua bahan saya sediakan 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6