Cinta November - 3
Selamat petang semua.. Maaf! Sudah dua minggu tak update cerita kat sini. Kesibukan sedikit dan tidak sempat menulis. Semalam baru siapkan bab baru. Harap korang suka cerita ini dan share di Medsoc korang ek. tanda sokongan korang. “Tadi tu siapa?” tanya Syed Yusof. Fail di atas meja dibuka dan dibaca sepintas lalu. Kemudian barulah diturunkan tandatangannya. “Bos tak kenal staf tadi?” Syed Yusuf panggung kepala memandang Zikry, pembantu peribadinya. “Aku kena ingat ke setiap staf syarikat ni?” tanyanya dengan nada perli. Zikry ketawa kecil. “Tak perlu tapi dia aku rasa kau perlu ingat dan kenal. Jadi aku ingatkan kau dah ingat dia,” balasnya dalam nada yang sama. Syed Yusuf diam namun ligat berfikir. Rasa familiar dengan wajah itu tapi dia tidak ingat siapa gadis itu. Kenal ke? Pernah jumpa? Tapi untuk beberapa bulan ni tidak pula dia ingat pernah jumpa. Dalam dia termenung, Zikry meletakkan Ipad di hadapannya. Zikry tunduk melihatnya. Siti Mariam binti Zahari. ...