Bila Aku Bukan Dia -Teaser 5



Hati berdebar-debar. Keluar dari lif semakin kuat debarannya. Adakah Anuar telah sampai ke rumah? Dalam hati tak berapa suka, dia ambil juga cuti seminggu. Sekejap sahaja diluluskan. Esok mula cuti.
Langkah semakin perlahan. Sampai di depan pintu, dia tarik nafas panjang dan membaca al fatihah sebelum memasukkan password pintu. Ruang tamu cerah. Penghawa dingin terpasang. Sejuk saat kaki Nailah memijak lantai.
Anuar telah pulang.
Anuar senyum lebar apabila melihat Nailah muncul di depan pintu.
“Sayang, I’m back.”
Mata Nailah berkaca. Rindunya luruh. Sakit hatinya hilang.
“Awak...” Pantas didekati lelaki itu. Dipeluk erat.
Nailah menangis melepaskan perasaan rindunya.
Anuar membalas pelukan Nailah. Dia ketawa kecil.
“Rindu sangat ke ni?”
Nailah angguk. Wajah masih lagi disembunyikan di dada Anuar.
“Opps... Sorry.”
Serta merta Nailah melepaskan pelukan itu. Bahagia yang dirasakan sebentar tadi berderai seperti gelas kaca yang terjatuh ke lantai.
Dia melihat Firdaus senyum mengusik memandang mereka berdua.
“Abang tak sempat nak cakap, Firdaus tumpang tandas sekejap. Tadi dia ambil abang kat airport.”
Manis-manis kelat wajah Nailah. Patutnya dia dapat agak, Firdaus mesti ada sekali.
“I balik dululah. Jumpa esok.” Firdaus meminta diri.
Nailah tidak melihatnya.
Anuar mengiring Firdaus sehingga ke pintu, manakala Nailah masuk ke dalam bilik.
Jadi isteri ini kena banyak sabar. Jadi dia akan tetap sabar. Firdaus itu kawan baik Anuar. Tidak patut dia berasa cemburu ataupun marah.

Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Abang Hensem Jihan, Part 16 (akhir)