Drama Korea : Snowdrop
Hi, Selamat tengahari semua! Siapa follower blog ini peminat drama korea? Saya salah seorang peminat drama Korea dan tanah besar Cina. Sekarang tengah follow drama Snowdrop lakonan Jisoo Blackpink dan Jung Hae In. Mula-mula cerita ini tidak menarik minat saya langsung, alaaa lakonan Jisoo, blackpink tu mesti kaku sebab ini adalah drama pertama dia. Dia kan K-Idol, harapkan bakat menyanyi jelaa.. Ni pendapat peribadi saya tau. masa tu belum tergerak hati lagi mahu tengok cerita ni. Tapi saya tergoogle laa pulak Hero dia si Jung Hae In ni. Sebab rasa pernah tengok dia ni berlakon. Hensem jugak mamat korea ni kalau gaya rambut tak tutup dahi tu. Kalau ada bang rambut tu memang serius tak suka, sebab macam budak-budak je tengok. Jadi tersearch dia dan terminatlah kat mamat ni. Layanlah drama-drama dia sebelum ni. - One Spring Night -A piece of your mind -While you sleeping (awal-awal lagi dah tengok tapi perasan pun dia yang polis tu. - Somet...