Teaser secoet.. Tunggu Awak datang.. Special Puasa dan Raya..




Part 2 masih dalam proses menulis. Saya target minggu ni siap.. In Shaa Allah. Siap je saya akan up dalam blog ni.. Jadi tunggu kisah mereka..

Hidup ini penuh dengan dugaan. Begitu juga perancangan yang kita rancangan mungkin tidak akan terjadi seperti yang kita rancangan. 

Jadi oleh sebab itu kenalah hidup baik-baik. Semalam yang pergi tinggalkan kenangan. Hari ini yang datang adalah sebuah realiti. Dramanya adalah kita. Esok akan datang adalah ilusi. Kita boleh merancang tapi esok belum tentu yang kita rancangkan dapat dijadikan kenyataan. 

Salam ramadan semua.

*********


“Dear.. nak ke mana tu?”


Tangan yang ingin memulas tembol pintu terhenti. Auni berpaling, seboleh mungkin dia mahu menyembunyikan kesakitan.


“Pergi dapur, dahaga.”


Aazad mengenyeh matanya. Dia bangkit duduk.


“Abang ambilkan. Auni tunggu sini.”


Auni geleng.


“Tak apa, Auni boleh ambil sendiri. Abang tidurlah.”


“No, sini,” Aazad tarik tangan Auni dan didudukkan di atas katil.


Seketika Aazad hilang di sebalik pintu. Beberapa minit kemudian, dia kembali dengan segelas air 
suam dan sebiji ubat.


Auni pandang suaminya. Aazad tahu?


“Makanlah. Abang tahu dear sakit dan tak dapat tidur.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6