Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PBAKL 2023 #booktokmalaysia

Bila Aku Bukan Dia - Teaser 3

Imej
“Ini bilik awak dan itu bilik saya.” Suara Anuar itu membuat Nailah berpaling. Dahinya berkerut. Kenapa perlu tinggal dalam dua bilik? Bukankah mereka suami isteri ke? Hati merusuh. “Ilah jangan salah sangka. Kita tetap tidur sebilik tapi saya ada kalanya perlukan ruang sendiri. Awak boleh fahamkan?” Anuar mendekati Nailah apabila tidak mendengar suaranya. Nailah terkebil-kebil memandang wajah tampan suaminya. Selangkah demi selangkah lelaki itu mendekatinya. “Kerja saya stress, jadi saya tak nak mood tak baik saya terkena tempiasnya kat awak. Jadi bila mood saya tak okey saya lebih suka sendirian. Tak suka orang lain ganggu.” “Tapi kitakan dah jadi suami isteri. Bukan ke tugas isteri menghiburkan hati suami. Meringankan beban yang suami tanggung. Saya tak kisah susah. Saya nak sama-sama berkongsi susah senang bersama awak,” balas Nailah. Dia tunduk. Hati memang terasa apabila suaminya cakap ini bilik dia dan itu biliknya. “Saya tahu tapi kita perlukan masa untuk membiasakan diri denga...

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 2

Imej
“Awak ingat kawan saya tu perempuan ke?” kening Anuar terangkat menyoal Nailah. Sengaja menduga hati isterinya. “T-a-k, bukan...” tergagap-gagap Nailah membalasnya. Tekaan itu tepat dengan apa yang bermain di dalam fikirannya. Tapi takkanlah dia hendak mengaku. Baru malam pertama, dia dah tunjukkan perangai cemburunya. Mesti Anuar cakap dia ni jenis isteri suka cemburu dan kawal suami. Anuar ketawa kecil. Dia duduk di sebelah Nailah. Tangan Nailah diambil dan disulam. “Kawan saya tu bukan perempuan tapi lelaki. Pengapit saya tulah. Dia minta saya temankan dia pergi ke Wakaf Che Yeh, beli barang nak bawak balik esok pagi.” Ooo.. Nailah angguk faham. Lemah hatinya. Mahu juga dia ikut, tapi dia penat. “Tapi dia tak ada kawan lain ke nak ajak?” terkelip-kelip mata Nailah memandang Anuar. Berharap sangat Anuar membatalkan rancangannya. Rasanya ada juga kawan Anuar yang datang tadi. “Tak ada. Kawan saya yang dia kenal tak ada. Dia kenal saya je kat sini. Takkan saya nak tolak permintaan dia ...

Bila Aku Bukan Dia Teaser 1

Imej
“Relaks, Awak senyum je. Saya akan sentiasa berada di samping awak. Kita sama-sama meraikan hari bahagia kita.” Pujukan Anuar membuatkan hati Nailah tenang. “Cantik.” Klik. Klik. Gambar mereka terus diambil oleh jurukamera. Nailah semakin tenang. Dia sudah mampu mengambil perasaan panik dan tidak selesanya. Nailah senyum, mujur suaminya faham keadaannya. Tanpa sedar, dia telah jatuh hati dengan suaminya sendiri. Harapan yang tidak pernah muncul selama ini, mulai tumbuh dia hati. Dia mula mengharapkan hubungan mereka akan berkekalan. ‘Bismillahirrahmanirahim... Ya Allah kau satukanlah hati kami. Berkatilah rumahtanggaku ini. Semoga kami akan bersama-sama mencipta bahagia hingga ke syurga-Mu,’ bisik hati kecil Nailah. Senyumnya semakin ikhlas dan menawan. Huluran tangan Anuar disambut. Kerlipan lampu kamera terus menghujani mereka. Kali ini Nailah tidak lagi rasa tertekan memenuhi permintaan jurugambar dan saudara mara. Tangannya sentiasa di dalam genggaman Anuar. Layanan Anuar sangat ba...