Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2022

Bukan Sekadar Mimpi Bab 3

Imej
Bab 3 “ Take 5 .” Jinyung memberi isyarat kepada ahli kumpulan Hot-5 untuk berehat. Nafasnya termengah-mengah kerana berlatih menari tanpa henti selama dua jam. Langkah tarian mereka masih lagi pincang dan tidak seiring. Banyak masa diperlukan, sebelum semua ahli grup mahir dengan tarian baru mereka. Telefon pintar Samsung diambil bersama botol mineral. Diteguk rakus sambil tangan membuka aplikasi TikTok. “Jinyung, tengok ni ... budak ni buat duet challenge dengan kau. Tariannya lebih bagus daripada kau,” kata Beak Yun,  dalam bahasa Korea, sambil mengunjukkan telefon pintarnya. “Dia hebat. Rentak tarinya tak canggung dan temponya sama,” komen Jinyung. Beak Yun dan Dan Kim mengangguk setuju. “Umurnya baru 10 tahun dan dia sudah mahir menari tarian kita yang sukar tu. Dia sangat berbakat.” Jinyung senyum, tanpa ragu dia menjadi follower AzimXY yang mendapat perhatian ahli grupnya. Dilihatnya satu per satu video yang telah dimuat naik oleh budak lelaki itu. Semakin mena

Bukan Sekadar Mimpi Bab 2

Imej
Bab 2 Setiap hari, sejak setahun lepas, wajah itu yang sering dilihat dan ditenungnya. Satu-satunya wajah yang dapat dilihat dengan jelas walaupun hanya melalui poster pada dinding ataupun billboard . Buat sekian kalinya, dia mendongak melihat iklan kerusi urut Korea. Wajah model lelaki itu ditatap lama. ‘Kak Ain pernah cerita pasal awak, dia peminat fanatik awak. Katanya, awak seorang yang gentleman. Tidak pernah mengambil kesempatan memegang atau memeluk artis wanita. Setiap kali kalau bergambar, akan ada sedikit jarak antara awak dan artis wanita itu, betul ke?’ ‘Sebab selalu mendengar Kak Ain puji-puji awak, saya tertarik nak tengok rupa awak. Pelik bukan, wajah awak satu-satunya yang saya dapat lihat dengan jelas selain wajah adik saya.’ ‘Awak memang kacak. Orang Korea ni kulit putih susu, tapi kulit awak tan sikit. Mungkin itu yang membuatkan awak nampak maskulin. Bila Kak Ain tidak ada, Azim pula asyik sebut pasal awak. Jadi, awak tidak asing buat saya, walaupun saya