Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Raya Datang Lagi

Volume 2 ; Raya Datang Lagi teaser 2

Imej
Ramadan Tiba Teaser 2  Vol. 2 Untuk pembelian sila klik di sini “Abang tak dah tak suka dia tapi entahlah...” keluh Zamri. “Jadinya abang suka siapa? Nurul?” Zamri angguk lemah. “Kalau suka Nurul bertindak cepat. Jangan bagi dia tinggalkan abang. Terus ikat dia jadi bini. Kalau tengok whatapps dia ni, keputusan Nurul dah bulat. Hari tu dia ada cakap biar abang yang putuskan pertunangan sebab tak sanggup kecewakan mak tok. Tapi ni dia buat keputusan sendiri, nampak dia memang dah bertekad.” Zamri menekur kepala. Hati jadi takut kena tinggal. Melihat keadaan Zamri yang tiba-tiba nampak lemah tu, Baizura tak sampai hati nak terus marah lagi. Dia pantas mencari tiket flight untuk Zamri. Hari ini Zamri kena balik kampung juga. Dia pun akan balik sekali. “Tak payah buat muka seposen. Uya dah book tiket. Selepas berbuka puasa nanti kita balik kampung. Malam ni  kita berbuka sama-sama kat airport . Aizat tunggu kat sana,” beritahu Baizura. Selepas dia booking tiket tadi,...

Volume 2 ; Raya Datang Lagi Teaser 1

Imej
Vol.2 Ramadan Tiba  Teaser...  Untuk pembelian klik di sini  “Farhan.. jom kita balik,” ajak Aida.  Dah remang senja, orang ramai pun telah ramai beransur-ansur pulang. Tetapi Farhan Hadi masih belum berganjak. Masih belum puas bermain pasir. “Esok kita datang lagi. Nanti kita ajak papa dan mama sekali,” pujuk Aida Farhan Hadi buat-buat tak dengar. Dia terus bermain dengan pasir. Balik ke rumah pun mama dan papa asyik berdua seolah-olah macam dia tak ada. Semasa mula-mula papa balik, dia sangat gembira, akhirnya ada papa. Tapi selepas balik bercuti, semuanya berubah. Papa tidur dengan mama, dia kena tidur sendiri. Papa dah tak benarkan mama memandikannya, tapi mama boleh pula mandikan papa. Banyak lagi perkara yang membuatkan dia tidak puashati. Farhad Hadi menyesal. Kalau papa tak balikkan, bagus. Tak perlu dia berebut mama dengan papa. Sebab itu dia tak nak balik. Dia tahu papa tentu suka dia tak balik rumah dan kacau dunia papa dan mama. “Makin gelap ni....

Terbaru Ebook, Raya Datang lagi.

Imej
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...  Maafkan tak update dalam seminggu ni. Sibuk dengan tugasan lain..  Tapi pagi ni saya nak sampaikan berita gembira, patut minggu lepas lagi dah update tapi kita bagi ruang kepada penulis lain dan team Love Novel up promosi dulu. Ini dia projek di bawah Love Novel Publishing bersama dengan rakan-rakan penulis.  Ebook Raya ada 3 Volume , Jom kita Intai penulis-penulis dlm setiap volume :-  PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 1 🌻 LYNN SAFIYA  🌻 SHADHIA 🌻 ARSYA AISYA 🌻 ACIK ZAZA 🌻 LUVIS EIJA PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 2 🍁 YUMI HYRA 🍁 SHIMA AWANG πŸ‘ˆ saya (tajuk Ramadan Tiba)  🍁 ISMEANA NUR 🍁 FATIN NABILA 🍁 AEIN DHIYAUDDIN PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 3 🌺 MIA AZWARI 🌺 SUHAILA RASHID 🌺 ARSYA AISYA 🌺 WANI HUSNA 🌺 FAZILA ADAM 🌺 EYRA SHAZLEYRA Medium penghantaran ? mcm biasa la , uolss boleh pilih antara 2 medium ini  πŸ‘‰Email  πŸ‘‰Whatapps Tak nak beli kombo pun boleh.. Setiap satu b...