Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Teaser 1 - Hati Yang Kau Sakiti.

Imej
Baru merajinkan diri munculkan diri di sini. Maaf ya. Kadangkala saya tidak tahu apa yang perlu dicoretkan di sini. fokusnya tentang novel. tentang karya saya. Sebetulnya tidak ada manuskrip terbaru yang disiapkan jadinya bersawanglah di sini. Untuk menulis merepek-repek rasa tak perlu. Sebab saya mahu fokuskan di blog ini tentang karya, novel dan juga cerpen saya... Okey... kita layan iklan acah-acah novel yang terbit awal tahun ini. Ini adalah novel penuh ke 5 saya. Ke dua di bawah penerbitan anaasa. “Putus lagi?” sindir Aali sambil tayang sengih. Amru jeling tajam. Bukannya nak bersimpati. Menyindir lagi ada. “Kau tak payah sedih sangat. Berlambak gadis macam Bella tu tengah beratur nak masuk dalam hati kau tu.” “Cinta pertama tu beb!” “Cinta pertama ke dua ke tiga, ada aku kesah?” Aali angkat kening. Dia peluk bahu Amru sambil dorongnya ke kereta. “Putus cinta memang sakit. Tapi takkan jadi kudis bila kau putus dengan Bella tu. Dia tak sesuai dengan kau!” “Ti