Selamat Tahun Baru 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Maaf kerana lama tidak bersiaran. Inshaallah tahun 2022 ini saya cuba untuk kembali aktif berblog. Sebenarnya rindu sangat zaman berblog dulu. Hari-hari menulis dan berkongsi cerita. Tapi itulah sejak ada facebook, instagram bertambah pulak tik tok ni saya jadi terlalai sikit dan meninggalkan blog ini. Padahal di sinilah rumah pertama saya, tempat mulanya saya meneroka dunia tanpa sempadan ini. Bermula tahun 2008 hingga 2022, blog ini telah berusia 14 tahun. Kalau manusia dah remaja. Memang telah lamakan? Tapi itulah seiring dengan masa, dari berusia 20an dan sekarang menjejah 40an, sepatutnya banyak yang saya kongsikan di sini. Tapi ada banyak jugak yang telah saya privatekan. Walaubagaimanapun, tak apa selagi saya boleh menulis, selagi itu blog ini tetap ada. Hari ini telah 4hb Januari 2022, bererti telah 4 hari kita meninggalkan 2021. Tak banyak yang saya capai dalam tahun 2021. Kerana 2021 banyak mengu...