Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Seindah Biasa

Seindah Biasa Bab 1

Imej
Assalamualaikum semua... Maaf tak ada Bab baru Kembalinya Cinta Ramadan Hari ini.  Atas permintaan ramai yang nakkan ebook. Jadi last bab kat blog pada 24hb ni..  Ebook Kembalinya cinta Ramadan akan dibuka order selepas raya. Ready file. Nak baca sampai habis kisah Hariz dan Adah boleh dapatkan ebook selepas raya nanti.  Jadi saya up cerita baru. Kisah Office Romance..  Jom berkenalan dengan Kila & Daud pula.  Hari ini seorang lagi kawan aku akan melangsungkan perkahwinan. Dah sampai jodoh rupanya dia. Dalam diam-diam berisi. Tertutup kemas rahsia hatinya. Dengan aku sendiri pun dia berahsia padahal akulah kawan baiknya. Kononnyalah. Kalau kawan baiknya pasti aku yang pertama tahu dia sedang asyik masyuk bercinta kan?  Tapi ok gaklah aku yang pertama tahu dia hendak kawin berbanding rakan-rakan kami yang lain.     Hari ini rumah Pak Cik Din meriah sekali. Meraikan perkahwinan anak bongsunya itu. merangkap anak perempuan tunggal. Akulah ...