Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Abang Hensem, Jihan Part 9

Imej
 Alhamdulillah Hari ni dah Khamis, Esok jumaat. Lusa Sabtu. Malam Sabtu nanti saya akan memulakan perjalanan balik kampung ke utara, kampung Incik Suami. Menyimpan rindu pula kat kampung halaman di Kelantan.  Tisya canggung. Nzakir tenang bawa kereta. Sesekali matanya melirik Tisya di sebelah. “Senyap je. Tisya tak ada apa-apa nak tanya abang?” Soal Nzakir memecahkan suasana sepi itu. Tisya tidak jawab. Sebaliknya dia angkat bahu. Dia pun speechless . Fakta yang tersembunyi diketahui hari ini. Gembira? Suka? Entah dia pun tidak tahu apa yang dia rasa. Yang pastinya berduaan dalam kereta kali ini terasa sangat kekoknya. “Kenapa abang hilang tiba-tiba. Abang dah kahwin ke belum. Abang ada teringatkan Tisya tak?” Nzakir tolong usulkan soalan bagi pihak Tisya. Bibirnya tarik sengih. Tisya di sebelahnya sekarang bukan Tisya kanak-kanak ribena yang banyak cakap dulu. Dia dah berubah jadi pendiam. “Awak tanya, awak sendirilah jawab,” balas Tisya. Dia mem

Abang Hensem, Jihan Part 8

Imej
 -------@@@------ Nzakir tiba di rumah Tajul dalam kira-kira 6.30 petang. “Tak sangka berjodoh jugak korang berdua ni,” komen Nzakir setelah berjumpa dengan Zila, isteri Tajul. “Kau ingat aku bercinta di Universiti dulu nak buat stok geli-geli macam kau ke?” sindir Tajul. Memang tak boleh blah bila komen Nzakir ni. “ Come on Man , itu pun nak sentap.” “Zila cool je.” Hahaha.... Zila geleng kepala. Macam-macamlah mereka berdua ni. Sikap Nzakir tidak pernah berubah asyik nak kenakan orang saja kerjanya. “Mana orang rumah kau? Tak datang?” soal Zila. “Orang rumah dia tinggal dekat pejabat. Tak boleh bawak balik,” selamba Tajul tolong jawabkan. Zila pandang wajah suaminya dan Nzakir. Tak faham. Takkanlah puasa-puasa ni tak boleh nak balik awal, sediakan juadah berbuka dan berbuka bersama suami. Pentingkan kerja betul. Dia pun kerja jugak tapi keluarga tetap diutamakan. Semakin galak Tajul dan Nzakir ketawa. “Sayang.. Nzakir ni masih

Abang Hensem, Jihan Part 7

Imej
Rupanya antara Nzakir dan Tisya ada sejarah. Nak tahu.. kena baca sampai habis. Part 7 ni pendek skit. Cerita ni bukan lagi boleh dipanggil cerpen. Tapi novel pendek. Sebelum tulis saya target paling panjang pun dalam 20 pages. tapi anganku musnah.. Dah masuk pages 38 pun tak jumpa penamat lagi... Jadi, jadilah novel pendek. Target baru 50 pages. hehehe.. terlajak pun maybe dalam 60 pages.  “Nzakir ni kawan baik abang ngah semasa di UTM dulu. Lepas konvo dia hilang dari radar. Telefon dan facebook tak aktif. Ingat dah jadi arwah.” Sebaik habis cakap abang ngah ketawa. Pelik betul. Perkara mati pun boleh main ingat-ingat. Kawan baik sendiri pulak tu. “Tapi tak sangka dapat jumpa balik selepas 10 tahun...” sambung abang ngah lagi. Gembira betul dia dapat jumpa balik kawan lama. “Kalau adik nak tahu, dialah yang rajin layan adik bercakap dulu. Ingat tak bila adik telefon, abang ngah sibuk? Dia juga yang selalu kirim hadiah kat adik dulu.” Kejung badan Tisya

Abang hensem Jihan, Part 6

Imej
 Assalam... semalam tuan rumah cuti, tak sempat nak buat auto post.. Jadi pagi ni tuan rumah bagi entri panjang sikit. Enjoy reading... Menghitung malam-malam terakhir Ramadhan, semoga kita banyakkan mengumpul amal untuk bekalan di alam sana... ------@@@.... “Kejap, Tisya nak turunlah ni,” jawab Tisya tanpa salam. Tahu sangat dengan sikap abang ngah yang tidak suka menunggu. Talian diputuskan tanpa mendengar balasan daripada abang ngah. Dia cepat-cepat menutup pintu apartment. Hampir berlari dia menuju ke lif. Pintu lif terbuka dan tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan dia terus masuk. “Nak ke mana? Hari ni tak kerja ke?” Kuss semangat. Tisya mengurut dada. “Lain kali bagilah salam dulu sebelum tegur,” marah Tisya. Dijeling mamat hensem Jihan ni, santai berbaju T shirt kolar V berwarna biru tua dan jeans hitam. Tisya tunduk. Dia tidak tahan dengan panahan mata Nzakir. Pelik. Tadi bukannya tak ada orang ke tunggu lif bersama-sama dengannya. Man