Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021

Nufah Bab 8

Imej
Klik di sini untuk pembelian “A SSALAMUALAIKUM…” Dian melangkah masuk. Serentak empat pasang mata melihatnya. Jantung berdebar kencang. Sejak mendengar berita pak tehnya itu ke rumah orang tua Tengku Firash, hatinya tidak tentu arah. Rasa bersalah membelit di hati tetapi rasa pentingkan diri lebih mendominasi. Dia gembira dengan berita itu, namun dia tahu datuknya amat pentingkan maruah keluarga, sudah tentu lelaki tua itu tidak dapat menerimanya. Pasti datuknya akan memaksa pak teh supaya memujuk Nufah meneruskan juga perkahwinannya. Lagipun datuknya sangat berkenan dengan Tengku Firash. Berdarah raja, sudah tentu markahnya tinggi di hati orang tua itu.  “Panjang umur budak bertuah ni. Dian tahu kenapa Nunu tiba-tiba nak putuskan pertunangan?” Puan Timah terus menyoal. Tangan dilambai supaya cucu kesayangannya itu mendekatinya. Dian buat-buat tidak faham, seolah-olah tidak tahu hujung pangkal. Sudah diagak tetapi apabila diserang hendap oleh neneknya, dia mengambil masa untuk m

Nufah Bab 7

Imej
klik di sini untuk pembelian “A SSALAMUALAIKUM Nunu, apa khabar bakal      pengantin?”      Suara    ceria     Tisya kedengaran di hujung sana. Nufah terdiam. Dia tersenyum pahit. ‘Bakal pengantin tak jadi,’ bisik hati kecilnya. “Waalaikumussalam.” Nada suara sedaya mungkin dikawal agar kedengaran normal di telinga Tisya. “Aku nak datang ke JB. Kau free tak?” Nufah terus menyampaikan tujuannya. “ Free ... free . .. bila-bila masa kau nak datang, rumah aku sentiasa terbuka untuk kau. Nak datang honeymoon pun, aku lagi okey. Lagipun lama dah tak membawang ni,” sambut Tisya riang. Seronok sangat mendengar Nufah hendak datang bercuti. Sehinggakan dia tidak perasan, nada suara Nufah yang langsung tidak ceria. “ Flight kau bila?” “Aku naik bas. Malam ni bertolak. Nanti sampai aku call ya,” beritahu Nufah. Baru Tisya berasa pelik. Eh, malam ni? “ Oookeey! ” Nada suaranya terus merudum. Baru dapat ditangkap suara Nunu yang tidak ceria. Seolaholah tersimpan duka. “Terima ka

Review pembaca Novel Nufah

Imej
Bertemu kembali...  Inshaallah selepas ini blog ini akan kembali aktif dengan entri-entri terbaru tentang novel dan ebook.  Nufah telah berada di pasaran sejak hujung Disember 2020. Alhamdulillah sambutan pembaca sangat menggalakkan. Cetakan pertama habis terjual. Sehingga kini novel Nufah telah terjual lebih dari seribu naskhah. Ebook juga telah terjual lebih 200 copy PDF. Saya dalam proses memasukkan ke dalam portal https://www.e-sentral.com/  iaitu kedai ebook Malaysia.  Di sana juga ada ebook saya yang lain iaitu  1. Uncle Doktor, Nak Tak Jadi Papa Niny? (klik di sini untuk pembelian) 2. Cherating in Love (ezine) (klik di sini untuk pembelian) Ebook Nufah akan menyusul tidak lama lagi di sana. Saya kongsikan review pembaca yang telah membaca novel ini.  Antara review-review yang telah saya dapat.  Saya dah baca..dah tak boleh berhenti plak. Best sangat. Tajuk nampak biasa saja, tapi isi ceritanya, superb! Hantu2 novel semua.. Kalau korang tak dapat novel ni memang rugi.. –Jam Jas

Nufah Bab 6

Imej
Untuk pembelian, boleh klik di sini “H ELLO mummy... ” “Apa yang telah berlaku ni, Firash? Keluarga Nufah datang memutuskan pertunangan kamu. Firash tahu tak, lagi sebulan majlis nak langsung. Mana mummy nak letak muka ni?” Syarifah Manora terus menyerang. Tengku Firash terkedu. Hatinya berdebar. Rasa tidak enak. Dia panik. “ Mummy kejap lagi Firash call balik.” Talian diputuskan. Nombor Nufah ditekan.             ‘Nombor     yang     anda     dail     tiada    dalam perkhidmatan. Terima kasih.’ Tidak puas hati, Tengku Firash dail sekali lagi. Jawapan yang sama diterima. Dicuba lagi, namun tetap sama. Dian yang masuk ke dalam pejabatnya, tidak dihiraukan. Dia sibuk mendail. Hampa. Hatinya cemas, walaupun dia tahu lambat laun dia perlu juga berterus terang. Cuma dia tidak menyangka yang Nufah akan bertindak terlebih dahulu. Kemudian nombor pejabat pula didail. “Nufah please ,” pintanya selepas panggilan diangkat. “Maaf Tengku, Nufah telah meletakkan jawatan dengan n

Nufah Bab 5

Imej
Untuk pembelian klik di sini “A BAH ... mama ... kakak nak putuskan pertunangan ini,” putus Nufah.  Tiada guna dia meneruskan pertunangannya dengan Tengku Firash. Cukuplah seminggu ini hidupnya seperti zombie . Tak lalu makan, tidur tak lena. Imej mesra Tengku Firash dan Dian bermain-main di ruang mata. Dua hari lepas, dia mendapat mesej daripada bekas rakan sekumpulannya ketika bekerja di dalam kumpulan Tengku Firash. Semakin luka parah hatinya. Sedikit pun dia tidak menyangka, kepercayaan yang diberikan, dikhianati tanpa sedikit belas kasihan. Dian dianggap kakak dan juga kawan baiknya, mengapa dia sanggup merampas tunangnya? Mengapa? Apa salahnya? Tak cukup baikkah dia selama ini?  Encik Nukman dan Puan Rosiah saling berpandangan. Dapat dilihat riak terkejut di wajah Encik Nukman. Manakala Puan Rosiah pula, meskipun terkejut, dia telah menjangka keputusan drastik anak sulungnya itu. Hatinya berbelah bagi, antara maruah keluarga dan juga kebahagiaan anaknya. “Kakak dah habis f

Nufah Bab 4

Imej
Untuk pembelian boleh klik di sini H ATI Dian puas. Rancangannya berjalan lancar. Sudah tentu Nufah nampak mereka tadi. Senyum puas disembunyikan dalam diam. Kali ini, walaupun Tengku Firash masih lagi ragu-ragu membuat keputusan, Nufah akan ambil keputusan sendiri. Nufah yang baik, tentunya akan memilih untuk mengalah. Dia faham sangat hati adik sepupunya itu. Terlalu baik dan lembut. “ You pilihlah apa yang tak cukup lagi. Tak pun call Nunu, tanya dia.” Mulut Tengku Firash terkatup. Dia lupa, sepatutnya keadaan terbalik. Wajah Dian berubah mendung. Tengku Firash dihurung rasa bersalah. Seharusnya dia tidak menyebut nama tunangnya di hadapan Dian. Namun dia sudah terbiasa. Nufah yang sentiasa mengutamakannya. Sentiasa mendahulukan kehendaknya. Tidak mementingkan diri dan pandai membawa diri. Tidak mendesak dan merajuk, menjadikan hubungan mereka hambar. Salah satu sebab hatinya beralih arah. Dian mengembalikan perasaan yang telah lama ditinggalkan. Menjadi romeo semula, memb

Nufah Bab 3

Imej
Untuk pembelian klik di sini  “Siapa?” Puan Rosiah terus bertanya apabila melihat wajah muram si anak bertukar cerah. “Kak Dian mama. Dia ajak keluar hari ni. Kakak cakap hari ni dating dengan mama, nak beli bunga telur,” jelas Nufah dengan senyuman. Dia dan Dian sangat rapat. Tidak ada rahsia di antara mereka. Dian selalu menjadi penasihat tidak rasminya dalam soal cinta. Tidak ada rahsianya yang tidak diketahui Dian. Teringatkan Dian, terasa rindu pula. Agak lama mereka tidak berjumpa. Hanya bermesej di Whatsapp sahaja. Walaupun bekerja di bawah syarikat yang sama, mereka bertugas di cawangan yang berbeza. Dian di Petaling Jaya, manakala dia pula di Cheras.  “Hmm... .” Nada suara Puan Rosiah berubah. Dia terdiam. Namun hati diserang debar. Macam ada perkara buruk yang bakal berlaku. Dipandang anak gadisnya diam-diam. Dia teringatkan pertemuan tidak sengaja semalam. Kemesraan pasangan itu mengundang curiga di hati. Hendak diceritakan kepada si anak, takut pula disalah faham. N

Nufah Bab 2

Imej
Klik di sini untuk pembelian. W AJAH Dian basah. Digigit bibirnya, cuba menyembunyikan tangisan. Dia menyesal kerana mengikut kata hati, tapi dia juga cintakan Tengku Firash. Dia tidak sanggup melihat Tengku Firash mengahwini gadis lain. Dia tahu dia yang bersalah, tapi dalam soal cinta, mana ada pihak yang betul atau salah. Tubuh Tengku Firash dipeluk erat, seakan tidak mahu dilepaskan selamanya. Tengku Firash memeluk bahu Dian. Dia juga resah. Dia yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini, tetapi perasaannya memang tidak mampu diubah lagi. Tidak selamanya dia dapat mengelak. Dia perlu berterus terang dengan Nufah, sebab dia tidak mampu melepaskan Dian lagi. Mereka telah jauh terlanjur. Dia juga tidak mampu kehilangan Dian. Dian memberikan dia kenikmatan dan kepuasan yang diinginkan. Menjadikan dia lupa saat-saat manis bersama Nufah. Tengku Firash menarik nafas panjang, hatinya nekad. Dian adalah pilihannya sekarang. “Kita kena berterus terang dengan Nunu.