Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

Teaser 1 : Siti dan Polis Comel - Aein Dhiyauddin

Imej
Selamat petang! Siti dan Polis comel berduet dengan mini novel saya Cinta Bas Expres. Kisah romantik seram campur action sekali. Lain dari yang lain. Cukup membuatkan korang terhibur. Teaser.. "Betullah, saya tersepak kepala tu. Saya ingatkan selipar yang anjing tu gigit selipar saya. Saya kejarlah sampai belakang bangunan ni. Saya tak tipulah tuan. Kalau saya tahu macam ni, biarkan aje kepala tu kat sini. Bukan kepala tu mati kena bunuh ke apa. Sebab kemalangan aje. Kepala dia putus kena cermin yang jatuh dari lori.” Siti membebel. Aizat yang sedang mencatat sesuatu terhenti. Dia tahu pasal kemalangan malam tadi daripada kawannya di balai. Tapi hal kepala putus tu tak disebarkan kepada awam kerana si mati adalah anak orang kenamaan. “Kak, jomlah cari mayat aku. Jangan layan polis ni. Nanti akak yang kena sumbat dalam penjara. Harap Muka aje comel.” “Kamu ni, sabar kejap boleh tak? Boleh pengsan akak layan kamu dan inspektor ni. Dah mati tu buat cara dah mati. Ja