Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Sempena kelahiran Rasulullah s.a.w, (biodata )

Imej
Copy dari group keluarga besar saya ( keturunan Pak ngoh hamad) Assalammualaikum Sempena hari lahir kekasih kita, jom telusuri biodatanya.. Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab Nama-nama lain : Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil. Nama-nama Gelaran : • Abu Qasim, Al-Amin. Bangsa : • Arab Quraisy Agama : • Islam Tarikh Lahir : • Hari Isnin • 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal ) • Bersamaan 20 April 571 Masihi. Bidan Nabi : • Ummu Mas’ud. Tempat Lahir : • Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah. Bilangan Adik-beradik : • Anak tunggal [ anak yatim ]. Nama Ibu : • Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab. Nama Ibu Susuan : • Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah. Nama-nama Pengasuh : • Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah

Kuih kelantan:cek mek molek

Imej
Cek mek molek ni pun semalam jugak saya buat. Jadi encik suami ada pilihan, tak nak makan Spaghetti boleh makan cek mek molek. Bahan-bahan 2 ketul ubi keledek direbus (masukkan sedikit garam ketika merebus) dan dilenyek 1 cawan tepung gandum Gula Cara masak Campurkan ubi yang dilenyek dengan gandum. Uli sehingga sebati. Lembik sedikit adunan tersebut. Terpulanglah nak tambah gandum sikit lagi pun boleh tapi saya suka rasa ubi banyak dari gandum. Lembik kan nak buat bulat-bulat panjang tu. Tip dia, celup hujung jari dalam minyak masak, kemudian baru cubit aduan tadi, barulah adunan tersebut tidak melekat kat tangan. Buat bulat-bulat panjang. Kemudian lemperkan dan letak 1 sudu kecil gula ditengah-tengah. Tutup gula tersebut dan uli-uli dengan tapak tangan agar gula tak keluar. Panaskan minyak dan sedia untuk menghitung. Sedia untuk dimakan. Ringkas dan senang.

Masakan simple; spaghetti goreng sardin.

Imej
Semalam tak tahu nak masak apa. Saya pulak on diet. Ikram sama sekali tak nak makan nasi, tapi spaghetti dia makan. So dalam malas kena masak jugaklah. Yang paling senang dan cepat serta berkhasiat. Bahan-bahan Spaghetti yang telah direbus da n diri akan airnya (saya buat untuk 2 orang makan) 1 biji bawang besar dipotong kecil or dadu 2 sudu besar kicap 2 sudu besar dia cili Sayur campur (yang ni terpulang nak masuk banyak mana) 2 ekor ikan sardin (saya guna ikan sardin dalam tin ADABI) hancurkan. Minyak zaiton untuk menumis. Cara masak, Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar hingga naik bau dan nampak kekuningan. Kemudian masukkan sayur campur. Kacau dalam beberapa minit. Masukkan kicap dan sos cili. Kacau rata beberapa minit. Masukkan sardin yang dihancurkan tadi serta sos ikan sardin tu sikit. Kacau dalam 5 minit kemudian masukkan Spaghetti. Kacau rata dan sebati. (Tak perlu bubuh garam atau gula, sebab dah secukup rasanya. Nak pedas, boleh Masukkan cili b