Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2022

Cinta November Bab 2

Imej
PA tahu nama aku? Baru terlintas dalam fikiran tentang perkara itu selepas keluar dari lif. Macam mana dia tahu nama aku, tak mungkin PA big bos ingat nama semua pekerja di syarikat ini. bukan sedikit staff syarikat. Mahunya beribu termasuk dengan cawangan di negeri lain. Semakin kuat perasaan ingin tahu timbul dalam hati. Kalau ikutkan ini kali ke dua aku terjumpa bos ketika waktu pagi. Aku tahu dia tu bos sebab Rafidah yang maklumkan. Kalau tak, sampai bila-bila pun aku takkan kenal kerana aku kerani yang bertugas di tingkat tiga, pejabat big boss pula di tingkat 20 pula. Memang jaraknya tinggi sangat. Aku tak mungkin menjejakkan kaki ke tingkat 20 itu. “Sampai pun kau. Aku ingatkan lambat lagi kau boleh naik lif,” sapa Rafidah, lega. Aku sengih. Tidak pula aku memberitahunya yang aku tertumpang lif big bos tadi. “Tak merahkan punch kad kau hari ni?” “Tak. Ngam-ngam pukul sembilan pagi.” “Alhamdulillah. Kalau tak singa tua dalam tu mesti bagi amaran kat kau,” ujar Rafid

Drama Korea : Snowdrop

Imej
Hi,  Selamat tengahari semua! Siapa follower blog ini peminat drama korea?  Saya salah seorang peminat drama Korea dan tanah besar Cina. Sekarang tengah follow drama Snowdrop lakonan Jisoo Blackpink dan Jung Hae In. Mula-mula cerita ini tidak menarik minat saya langsung, alaaa lakonan Jisoo, blackpink tu mesti kaku sebab ini adalah drama pertama dia. Dia kan K-Idol, harapkan bakat menyanyi jelaa.. Ni pendapat peribadi saya tau. masa tu belum tergerak hati lagi mahu tengok cerita ni.  Tapi saya tergoogle laa pulak Hero dia si Jung Hae In ni. Sebab rasa pernah tengok dia ni berlakon. Hensem jugak mamat korea ni kalau gaya rambut tak tutup dahi tu. Kalau ada bang rambut tu memang serius tak suka, sebab macam budak-budak je tengok. Jadi tersearch dia dan terminatlah kat mamat ni. Layanlah drama-drama dia sebelum ni.    - One Spring Night  -A piece of your mind  -While you sleeping (awal-awal lagi dah tengok tapi perasan pun dia yang polis tu.  - Something in rain (tengok separuh, suka lako

Selamat Tahun Baru 2022

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...  Maaf kerana lama tidak bersiaran. Inshaallah tahun 2022 ini saya cuba untuk kembali aktif berblog. Sebenarnya rindu sangat zaman berblog dulu. Hari-hari menulis dan berkongsi cerita. Tapi itulah sejak ada facebook, instagram bertambah pulak tik tok ni saya jadi terlalai sikit dan meninggalkan blog ini.  Padahal di sinilah rumah pertama saya, tempat mulanya saya meneroka dunia tanpa sempadan ini.  Bermula tahun 2008 hingga 2022, blog ini telah berusia 14 tahun. Kalau manusia dah remaja. Memang telah lamakan? Tapi itulah seiring dengan masa, dari berusia 20an dan sekarang menjejah 40an, sepatutnya banyak yang saya kongsikan di sini. Tapi ada banyak jugak yang telah saya privatekan. Walaubagaimanapun, tak apa selagi saya boleh menulis,  selagi itu blog ini tetap ada.    Hari ini telah 4hb Januari 2022, bererti telah 4 hari kita meninggalkan 2021. Tak banyak yang saya capai dalam tahun 2021. Kerana 2021 banyak menguji emosi dan fizikal saya. So