Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cerpen online

Random Story 3

Imej
Cerita ni saya tulis 2017. Ada kisah luahan di page KRT yang menarik minat saya. Jadi kononnya nak buat novel.. tapi entah siapalah yang salah.. Sampai sekarang tergantung... Tak panjang sangat ni, dalam lebih 2 ribu patah kata je... Dan macam tak ada kaitan lak dengan kisah bawah tu... hehehe sebab baru bab awal tau... Bab 1 Shawl merah jambu dililit kemas. Matanya mengerling jam di dinding. Masih lagi ada masa 15 minit sebelum Wazir datang. Hari ini hari ulang tahun percintaan mereka yang ke 5. Tak sangka cinta yang berputik sejak zaman belajar di Universiti masih kekal sehingga kini. Dia merasa bertuah dapat memiliki cinta Wazir. Dia tidak lupa, ketika di Universiti, Wazir diminati ramai. Wazir popular dikalangan mahasiswi. Pertemuan tidak sengaja mereka di Taman Tasik Titiwangsa mengubah cerita. Dua bulan selepas itu hati Wazir menjadi miliknya. Cuma sejak kebelakangan ini, Afia merasakan ada sesuatu tak kena dengan Wazir. Dia macam tak semesra dulu. Whatapps sudah jarang digunakan...

Random Story 2

Imej
Okey saya kongsikan random story lain pulak... Tergantung jugak ya. Sebab cerita ni pun saya main tulis je... bila nak sambung tersangkut... Part 1 “Aku tak faham, kenapa mereka bercerai.” Mata Tasya tak berganjak dari kaca televisyen tapi mulutnya mengomel tak sudah. “Tolak tuahlah bekas bini Dato’ Z tu,” bersambung lagi. Aku sengih. “Tuah tak tuah. Kalau dah setakat itu jodoh mereka, nak kata apa lagi,” jawabku. Tak hingin aku jadi tukang ulas perceraian yang menjadi topik hangat rakyat Malaysia tika ini. tapi dalam hati terselit simpati kepada anak-anak mereka. Dari segi kebendaan dan wang ringgit, anak-anak itu tidak terkurang satu pun. Tapi kasih sayang pastinya akan terkurang, bukan seperti sebelum. Mental mereka juga turut terjejas, apatah lagi kes penjagaan mereka menjadi rebutan di antara ibu dan ayahnya. “Aku kasihankan anak-anak mereka. Aku pernah rasa apa yang mereka rasa dulu,” kata-kata itu lebih pada diri sendiri. “Mereka tak kurang satu pun. Ibu ayah mereka pun pasti ba...

Nufah & Sean Cerpen. (Selamat Hari Raya Aidilfitri)

Imej
“Kenapa bos?” tanya Nufah sebaik sahaja dia berdiri di depan meja Sean. Wajah Sean berkerut-kerut seperti menahan sakit. “Bos sakit ke?” soal Nufah lagi. Hatinya dah berdenyut risau. “I sakit perut,” adu Sean. “Sakit perut? Bos tak makan lagi ke?” Dahi Nufah pula berkerut. “I puasa nak makan apa,” balas Sean. Hari ni dia cuba puasa. Tapi belum pukul satu tengahari perutnya dah meraung minta diisi. Memberontak sampai sakit perut. Rasanya dah masuk angin. Dia dah rasa lembik. “Bos puasa?” Nufah macam tak percaya. Boleh ke encik bos ni tahan lapar. Sudahlah sekarang ni musim panas. Setahunya, bos ni tak boleh skip makan. “Bos sahur tak pagi tadi?” Sean Adam pandang Nufah, lagi berkerut dahinya. “Sahur?” Nufah angguk. “Nak puasa kena bangun sahur dalam pukul lima pagi, sebelum masuk waktu subuh. Kena makan. Baru ada tenaga nak puasa. Lebih-lebih lagi orang yang tak pernah puasa macam bos  ni.” Wajah Sean Adam terus berubah. Sakit perut plus malu. Apasallah dia tak ber...

Cinta Bawah Sedar Bahagian 10 tamat

Imej
Zaid Al-Haris. Seminggu Za pergi dengan membawa Atia dan Hasif. Aku menjadi perindu sepi. Skrin telefon pintar kutenung kosong. Tidak ada sebarang whatapps daripada Za tapi Mak Cah selalu berhubung dengan mak untuk memberitahu tentang Atia dan Hasif. Jadi aku tak risau sangat tentang mereka.  Nafas ku hela perlahan. Jemariku kaku di kekunci laptop. Sebaris ayat tak mampu aku karang sedangkan deadline semakin menghampiri. Patutnya dengan ketiadaan Atia dan Hasif masa kugunakan menyiapkan manuskrip yang tertangguh. Namun mengingati si dia, mindaku gagal berfungsi. Lamaranku masih lagi bertanda soal. “Doa dan tawakal Zaid. Jika betul kali ini jodoh kau dengan Za, in shaa allah lambat laun, dia akan jadi isteri Zaid juga,” nasihat mak. “Bukan senang dia nak buat keputusan setelah tahu cerita yang sebenar. Bagi dia masa,” ayah pula bersuara. “Jika mak kamu tak bersikap terburu-buru dan pentingkan diri sendiri dulu, tak jadi lagu ni. Tapi tak boleh salahkan mak kau juga, jika...