Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kembali

Teaser Kembali 1

Imej
“Sampai bila kita akan berada di sini Cik Tipah. Aku penat. Aku dah bosan,” luahnya lagi. Hilang pasal Aisyah timbul pula persoalan tentang diri mereka. Sudah lama mereka berkeliaran di sini.   “Sabarlah. Mungkin suatu hari ni akan ada orang jumpa jasad kita.” Memujuk Cik Mun sama seperti memujuk diri sendiri. Kemudian, mereka sama-sama merenung malam. Stesen minyak sibuk dengan kenderaan keluar masuk seperti selalu. Suasana biasa setiap hari. “Orang lain mana?” sunyi pula malam ini. Tidak ada orang bermain-main di dalam stesen minyak itu. “Malam ni mereka menyorok, hari nak hujan. Mereka tak nak basah.” Cik Mun sengih menampakkan dua gigi taring tajam berdarahnya. “Hahaha... wei.. hantu mana boleh basah.” Cik Tipah ketawa mengilai-ngilai. “Ahh... sudah, dia buat hal lagi,” Imah mengeluh. Malam semakin gelap. Guruh mula kedengaran. Angin agak kuat di luar meniup angin sejuk. Sejuk sampaikan bulu romanya berdiri. “Kak, dengar tak tu, bunyi pontianak mengilai?” “Ishh ...

Kembali Bab 2 (belum edit )

Imej
“Aisyah..” bisiknya perlahan. Seakan mendengar panggilan gadis itu berpaling melihatnya. Adrian  tergamam. Wajah itu? Aisyah .. Namun gadis itu hanya melihatnya sekilas sebelum kembali melangkah. Seolah-olah mereka tidak pernah kenal. Adrian tergamam seketika sebelum berlari mengejar gadis itu. Wajah itu wajah Aisyah. Dia yakin itu Aisyah . Aisyah  telah kembali. Hati mula dipenuhi puing-puing kegembiraan. Namun gadis itu telah menghilang. Puas dia mencari sekeliling namun bayang-bayang gadis itu sudah tiada. Adrian berhenti berlari dan mencari. Dia terduduk kelelahan. Dia seolah-olah menafikan kenyataan yang Aisyah  telah pergi tiga tahun lepas. “Aisyah.. Saya sangat rindukan awak,” rintih hati Adrian . Matanya merah. Dia tunduk menyembunyikan wajahnya dari tatapan orang ramai. Kembali ke Malaysia seolah-olah kembali ke dalam kenangannya bersama Aisyah . Nama yang tak pernah hilang dari jiwanya. Sentiasa di sebut di antara lena dan terjaga. “Abang Ryan?” tiba...

Kembali bab 1 (belum edit)

Imej
Aisyah selamat dikebumikan. Ramai rakan kuliah dan pensyarahnya datang melawat. Aisyah memang disenangi ramai. Pelajar yang sentiasa mendapat anugerah dekan sejak dari semester pertama lagi. Jadi sudah tentu mereka terkejut dengan pemergian tidak diduga ini. Fatimah memandang ke arah mak longnya. Namun matanya bukan mak long tetapi bayangan yang duduk bersimpuh di belakang mak long. Wajah bayangan itu sama dengan wajahnya. Dia ingin dekat tapi dia takut mengejutkan orang ramai. Jadi ditahan hati agar tidak melakukan sesuatu yang membuatkan orang terkejut. “Ramai yang datang melawat mak,” bisik Fatimah kepada ibunya. “Siapa?” “Orang bunian ramai kat luar tu. Sedang baca yassin,” beritahu Fatimah lagi. Puan Hashimah angguk. “Aisyah, anak yang baik. Sudah tentu dia disenangi ramai. Ramai yang mendoakan arwah. Mudah-mudahan syurga buatnya,” bisiknya. “Aisyah pun masih ada lagi kat sini. Tentu dia pun terkejutkan,” beritahu Fatimah lagi. Dia baru berumur 17 tahun. Tapi kerana ke...

Prolog Kembali (belum edit)

Imej
Assalamualaikum.. Cerita baru jugak  Jika suka boleh komen & share ya “ You. .” Bahu suaminya disentuh. Terasa tegang, mungkin kerana telah lama dia menyimpannya dalam hati. Dalam dia mengelamun memikirkan tentang suaminya, tangannya disentuh dan ditarik, membuatkan dia terpeluk belakang tubuh lelaki itu. “I bersalah. Kerana I dia menjadi mangsa.” Mendengar lirih suara garau itu, dia tahu suaminya meletakkan segala kesalahan di atas pundaknya. “Aisyah tidak pernah salahkan you. Mengenali you perkara paling membahagiakannya.” Dia terasa gegaran tubuh suaminya. Pelukan dieratkan. Dia tahu cinta di hati suaminya tetap milik Aisyah walaupun dia isterinya. “Aisyah mahu you teruskan hidup. Kita perlu teruskan perjalanan hidup ini hingga ke hujung jalan.” ***** “Dia mengalami pendarahan serius. Kami telah melakukan sebaik mungkin untuk menyelamatkannya. Tetapi Allah taala lebih menyayanginya.” Ucapan doktor itu bagaikan batu besar menghempap hati keluarga Aisyah. Ibuny...