Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aisyah Humaira

Novel Aisyah Humaira bab 3

Imej
Assalamualaikum semua... Hi... Nak bagitahu Novel  Aisyah Humaira telah pun siap.  Ready stok. Pembayaran sebelum pukul 3 petang akan dipos dalam hari yang SAMA.  Untuk pembelian novel ini boleh klik link kedai online saya ini : Kedai Online Shima Rostam Saya kongsikan di sini BAB 3  “Aisyah, ini untuk awak.” Sepinggan nasi ayam diletakkan di hadapan Aisyah. Sofea menjeling. Dia tunduk melihat pinggan nasi ayam yang Ahmad letakkan di hadapannya. Adelia dan Norza pula saling berbalas senyum. Dapat makan free , makan apa pun tidak kisah, janji mengenyangkan. Mereka juga tidak lagi mengusik Aisyah. Hati Sofea juga perlu dijaga. Mata Irfan menyapa wajah manis itu dengan penuh rasa cinta. Sejak kali pertama melihat Aisyah, dia telah jatuh suka. Sangkanya, suka sekadar seorang kawan. Namun, dia sendiri tidak menyangka perasaan suka di awal remaja membibitkan perasaan cinta. Lebih setahun mengenali Aisyah, perasaan itu semakin kuat dirasakannya. Wajah Aisya pula bek...

Aisyah Humaira Bab 2

Imej
SMK Sri Astana Kringgggggg.... “Aisyah nanti collect semua buku latihan dan hantar ke meja saya,” arahan terakhir Cikgu Che Eshah disambut dengan keluhan para pelajar tingkatan lima Beta. “Esoklah cikgu. Tak sempat nak siapkan karangan ni.” Terdengar suara merayu. Cikgu Che Eshah memandang wajah pelajar-pelajarnya. “Jadi, dalam exam SPM nanti kamu minta hantar esok juga ke?” nadanya lembut tetapi sinis. Terdiam para pelajar mendengarnya. “Dalam exam esok, kamu semua diberikan dua jam tiga puluh minit untuk menjawab empat soalan yang diberikan. Jadi, boleh ke kamu jawab semua soalan itu dalam masa yang ditetapkan?” matanya memerhati setiap wajah anak didiknya. Ada yang tunduk dan menggeleng. Ada yang termenung. “Empat bulan; tolak tidur, makan, bermain games dan berdating tu, tinggal berapa hari lagi? Sempat ke tidak kamu membuat latihan membiasakan diri menyiapkan jawapan dalam masa yang ditetapkan?” Semakin ramai yang menundukkan kepala. Cikgu Che Eshah mengelu...

Aisyah Humaira Bab 1

Imej
“Aisyah, tungguu!” Jeritan itu membuatkan langkah Aisyah terhenti. Dia berpaling dan melihat Adelia yang berlari ke arahnya. Aisyah menggeleng kepala melihat kawannya berhenti di hadapannya, termengah-mengah. “Apasal kau berjalan laju sangat?” rungut Adelia. “Nak balik cepat. Kenapa?” “Jadi, kau tak join study group hari ni?” Aisyah menggeleng. “Tak. Kan aku dah bagi tahu dalam group Whatsapp . ” “Kan aku dah cakap telefon aku tertinggal kat rumah.” “Ooh, lupa.” Aisyah menayang sengih. “Tentu Irfan frust kau tak ada petang ni.” “Yang lain semua ada, kan? Aku je tak ada petang ni,” balas Aisyah endah tak endah. “Bukannya kau tak tahu, Irfan join study group kita sebab kau. Dia tu tak join pun tak apa, family dah cari cikgu tuisyen datang ajar kat rumah.” “Bukan kita paksa dia join pun.” Aisyah menjeling mata ke atas. Adelia tersengih melihat reaksi Aisyah itu. Dia tahu Aisyah tidak sukakan Tengku Irfan itu, tapi Irfan sukakan Aisyah; sampai cikgu pun tahu. ...

Aisyah Humaira Prolog

Imej
Inshaallah tidak lama lagi saya akan keluarkan trilogi Mimpi.  Buku 1 : Bukan Sekadar Mimpi  Buku 2 : Aisyah Humaira Buku 3 : Kembali.  Sementara menantikan pre order dibuka, saya kongsikan bab-bab awal Aisyah Humaira  “Wan, jomlah main,” ajak Fatimah. Dia tersengih-sengih melihat Aisyah dan kawan-kawannya. Mereka hendak bermain hide and seek .  Bila Aisyah balik kampung, suasana akan jadi meriah. Dia ada kawan selain kawan dalam kebun itu. Laju Izwan menggeleng. Wajahnya pucat. Dia melihat ke arah Fatimah yang tersengih-sengih memandangnya. Aisyah pula menggeleng kepala sambil menepuk dahi. Tentu mengutuk dia penakut dalam hatinya. Biarlah digelar penakut sekalipun, dia tetap tidak mahu bermain bersama mereka jika mereka mahu bermain di dalam kebun getah itu. Melihat mereka berjalan bergandingan tangan menuju ke kebun getah, Izwan membuka langkah seribu balik ke rumah tok ayah mereka. “Hei,  kenapa dengan kamu ni? Lari macam nampak hantu,” tegur Puan H...