Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

kembalikan Maruahku - 2A

Bab dua Aisyah mengeliat malas. Hari ini off day nya. Ingatkan hendak pergi jalan-jalan sambil window shopping di Mid Valley. Nak cari kasut. Yang lama sudah haus tapaknya. Kalau berjalan di dalam toilet di stesyen minyak tu, selalu dia nyaris-nyaris terjatuh. Dari dia menjadi nangka busuk yang terjatuh, baik dia cepat-cepat membeli kasut baru. Keluar dari bilik, keadaan rumah  sunyi sepi, abah dan mama kerja, Iwan dan Ana ke sekolah. Bagaikan tahu je perut yang berdendang ini, kakinya terus melangkah menghala ke dapur. Di atas meja terdapat roti gardenia dan juga sardine. Tentu mama yang siapkan ni, yang dia perlu buat Cuma, bancuhkan milo panas, sapu sardine ke atas roti dan bakar. Cukup untuk mengalas perut sampai ke tengah hari. Eh memang dah hampir tengah hari pun, dah pukul sebelas lebih. Iwan dan Ana petang baru pulang, setelah habis kelas tambahan nanti. Rumah ini terasa ada orangnya waktu malam dan hujung minggu je. Itu pun malam jumaat dan juga sabtu. Malam-mal

Kembalikan Maruahku- 1-A

p/s : shima repost semula km setelah diedit.. hope terhibur ya... Bab Satu Tiga tahun sebelumnya……. Aisyah memandang kereta yang singgah dan pergi dari stesyen Minyak shell ini. Malam ini seperti malam minggu yang lain sentiasa sibuk bagaikan di siang hari. Kereta ataupun motosikal datang dan pergi. Kadang kala lori ataupun trelar juga turut menyinggah sama mengisi minyak. Malam ini dia bekerja di dalam shift petang yang bermula dari jam empat petang sehinggalah dua belas tengah malam. Sudah hampir sebulan dia bekerja di sini setelah berakhirnya peperiksaan SPM. Daripada hanya melepak di rumah tanpa melakukan apa-apa baiklah dia bekerja, boleh juga dia mengumpulkan duit tambahan untuk melanjutkan pelajaran nanti. Di samping itu dia juga dapat memperolehi dia memperolehi pengalaman kerja yang berharga. Biarpun orang cakap, apalah sangat kerja kat stesyen minyak ni kan, bukannya mencabar pun. Namun begitu lain pula pemikirannya. Di sini dia mulai mengenal warna kehidupa