Prolog Kembali (belum edit)
Assalamualaikum.. Cerita baru jugak Jika suka boleh komen & share ya “ You. .” Bahu suaminya disentuh. Terasa tegang, mungkin kerana telah lama dia menyimpannya dalam hati. Dalam dia mengelamun memikirkan tentang suaminya, tangannya disentuh dan ditarik, membuatkan dia terpeluk belakang tubuh lelaki itu. “I bersalah. Kerana I dia menjadi mangsa.” Mendengar lirih suara garau itu, dia tahu suaminya meletakkan segala kesalahan di atas pundaknya. “Aisyah tidak pernah salahkan you. Mengenali you perkara paling membahagiakannya.” Dia terasa gegaran tubuh suaminya. Pelukan dieratkan. Dia tahu cinta di hati suaminya tetap milik Aisyah walaupun dia isterinya. “Aisyah mahu you teruskan hidup. Kita perlu teruskan perjalanan hidup ini hingga ke hujung jalan.” ***** “Dia mengalami pendarahan serius. Kami telah melakukan sebaik mungkin untuk menyelamatkannya. Tetapi Allah taala lebih menyayanginya.” Ucapan doktor itu bagaikan batu besar menghempap hati keluarga Aisyah. Ibuny...