Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

'Sahabat' pena bab 8

Imej
Assalam... update bab terkini 'Sahabat' pena.. Lepas ni lambat sikit saya update ya. Saya sedang tumpukan pada pengeditan Manuskrip Si Adik Manja dan Menantu Pilihan Abah. Jadi kisah ni saya hold seketika... Cerita ni In Shaa Allah akan menemui penamat dalam blog... Ada juga kemungkinan selepas itu saya panjangkan versi cetak juga.. Apapun doakan saya agar diberikan ilham untuk terus menulis... Dia tahu sepanjang berada di rumah Nina, dirinya tidak pernah terlepas dari pandangan Zakwan. Kawan baik Badrul, suami Nina. Kata Nina, itulah BFF suaminya sejak zaman belajar di London dulu. Dia cuma menganggukkan kepala tika mereka diperkenalkan. Takkanlah hendak berjabat tangan pula sedangkan selama ini apabila berurusan dengan lelaki, dia menundukkan kepala dengan tangan kanan di dada, sebagai menghormati mereka dan tidak pula mahu membuatkan mereka terasa hati dengan sikapnya. Sekilas rasa, wajah tampan Zakwan terbayang di matanya. Orangnya tertib ketika makan dan seo

'Sahabat' pena 7

Imej
Zakwan memerhati dari jauh. Keasyikan Nina dan Hawa bercerita sentiasa dicuri lihat. Badrul pula telah beberapa menepuk bahunya. Dia tersengih-sengih dan menggaru kepala. Tindakbalas kimia di dalam badannya tika ini begitu ketara sekali. Matanya seakan-akan tidak ingin melepaskan walaupun sesaat dari menikmati wajah mulus itu. ‘Apa rasanya jika dia dapat menyentuh dengan bibirnya?' Sebuah soalan nakal menerjah benaknya membuatkan wajahnya serta merta bertukar rona. Apatah lagi sikapnya yang agak keterlaluan ini amatlah disedari oleh Badrul. "Takkan lari gunung dikejar, Zack" Sindir Badrul. Selesai makan mereka membawa diri ke ruang tamu dan memberikan Nina dan Hawa ruang berbicara. Bukan dia tak perasan, sudah hampir setengah jam, Zakwan asyik menjeling ke ruang makan. Hairan juga dengan sikap Zakwan sedikit luar biasa malam ini. Nampak sangat keterujaannya untuk mendampingi Hawa, walhal baru kali ini masuk kali ke dua mereka berjumpa. Takkanlah jatuh cinta pa