Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Cinta bas Express Bab 3

Imej
“Sarrah dah fikir masak-masak ke?” Mak Eton memandangnya, belas. Sarrah senyum dan angguk. “ Ya Mak Eton. Sarrah nak bawa adik tinggal sekali. Lagipun dialah satu-satunya keluarga yang Sarrah ada.” Mak Eton diam. Nyilu hatinya mendengar kata-kata itu. Sarrah dan Anah adalah anak saudara suaminya. Dia sayangkan kedua anak yatim piatu itu. Dia sanggup menjaga mereka tapi suaminya tak suka. Tidak anggap mereka anak saudaranya kerana bencikan ibu bapa mereka. “Macam mana nak jaga Anah. Sarrah kerja.” “Anah boleh jaga diri sendiri bila Kak Sarrah pergi kerja, Mak Eton. Anah bukannya budak kecil lagi. Anah dah umur 12 tahun dah. Tengok ni dah sama besar dengan kakak dah,” Saffanah peluk Kak Sarrahnya. Sarrah senyum dan ketawa. Dia balas pelukan satu-satunya adik yang dia ada. “Kami akan saling jaga menjagai satu sama lain Mak Eton. Jangan risau,” pujuk Sarrah. Saffanah angguk. Dia juga tidak mahu berpisah lagi dengan Kak Sarrah. Lagipun di kampung ini, dia rasa tidak selamat.

Cinta Bas Express : Bab 2

Imej
Zairil geleng kepala. Sudah dua minggu Yafit termenung, teringatkan gadis yang ditemui di dalam bas express. Orang tegur tak mahu dengar. Gadis itu tak wujud. Kalau wujud pun bukan manusia tapi makhluk Allah S.W.T yang lain. “Sudah-sudahlah kau ingatkan gadis itu. Aku yakin bukan manusia duduk sebelah kau. Tapi makhluk lain. Menumpang balik kampung juga.” Yafit geleng kepala. dipandang sekilas Zairil yang berpeluk tubuh di hadapannya. Dibelek-belek kertas sebelum ditandatangan. Kemudian fail dihulurkan kepada Zairil. “Aku yakin, yang duduk disebelah aku tu manusia,” tekan Yafit. Sakit hatinya apabila semua orang tidak mahu percaya cakapnya. “Kalau manusia kenapa pagi tu tak ada siapa pun yang nampak kecuali kau. Pak guard pun cakap, arah yang kau tunjuk dia pergi tu bilik mayat. Kau fikir logik sikitlah. Tak ada perempuan berani pergi bilik mayat sendirian. Aku pun takut.” Yafit terdiam. Tidak ada hujah yang dapat menyangkal kata-kata Zairil itu. Namun hatinya