Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel free reading

Random story 1

Imej
Random... Versi ni takkan siap... Sebab saya akan padam dan tulis baru. Tapi sayang pulak saya nak padam macam tu je, bila sekian-sekian tulis padam dan tulis padam. Jadi saya kongsikan di sini. Kisah Nailah ini ada plot lain yang telah saya drafkan... Jadi bila korang baca ni jangan kecewa sebab hanya 4 bab lebih sahaja saya kongsikan.... **Prolog** “Talak tiga!” Mak Rozi mengurut dada mendengarnya. Wajahnya bertukar merah. Manis wajahnya telah hilang. Mata garang memandang Nailah. Anak yang selalu membuatkan darahnya mendidih. Tidak mampu menahan perasan marahnya, tangan naik ke muka Nailah. Pang Pang Serta merta dua belah pipi Nailah berbekas merah, hasil dari penangan tangan kasar ibunya. Nailah jatuh terduduk Sakit punggung tidak dihiraukan. Hujung bibir berdarah tidak dirasakan. Pipinya pijar. Dia sudah menjangkakan inilah habuan diterima apabila balik kampung membawa perkhabaran penceraiannya. “Aku tak izinkan kau bercerai. Nuar tu sebaik-baik lelaki aku pilih untuk kau. Anak de...