Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2022

Nufah & Sean Cerpen. (Selamat Hari Raya Aidilfitri)

Imej
“Kenapa bos?” tanya Nufah sebaik sahaja dia berdiri di depan meja Sean. Wajah Sean berkerut-kerut seperti menahan sakit. “Bos sakit ke?” soal Nufah lagi. Hatinya dah berdenyut risau. “I sakit perut,” adu Sean. “Sakit perut? Bos tak makan lagi ke?” Dahi Nufah pula berkerut. “I puasa nak makan apa,” balas Sean. Hari ni dia cuba puasa. Tapi belum pukul satu tengahari perutnya dah meraung minta diisi. Memberontak sampai sakit perut. Rasanya dah masuk angin. Dia dah rasa lembik. “Bos puasa?” Nufah macam tak percaya. Boleh ke encik bos ni tahan lapar. Sudahlah sekarang ni musim panas. Setahunya, bos ni tak boleh skip makan. “Bos sahur tak pagi tadi?” Sean Adam pandang Nufah, lagi berkerut dahinya. “Sahur?” Nufah angguk. “Nak puasa kena bangun sahur dalam pukul lima pagi, sebelum masuk waktu subuh. Kena makan. Baru ada tenaga nak puasa. Lebih-lebih lagi orang yang tak pernah puasa macam bos  ni.” Wajah Sean Adam terus berubah. Sakit perut plus malu. Apasallah dia tak bertany