Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel #shimarostamnovel

Novel Aisyah Humaira bab 3

Imej
Assalamualaikum semua... Hi... Nak bagitahu Novel  Aisyah Humaira telah pun siap.  Ready stok. Pembayaran sebelum pukul 3 petang akan dipos dalam hari yang SAMA.  Untuk pembelian novel ini boleh klik link kedai online saya ini : Kedai Online Shima Rostam Saya kongsikan di sini BAB 3  “Aisyah, ini untuk awak.” Sepinggan nasi ayam diletakkan di hadapan Aisyah. Sofea menjeling. Dia tunduk melihat pinggan nasi ayam yang Ahmad letakkan di hadapannya. Adelia dan Norza pula saling berbalas senyum. Dapat makan free , makan apa pun tidak kisah, janji mengenyangkan. Mereka juga tidak lagi mengusik Aisyah. Hati Sofea juga perlu dijaga. Mata Irfan menyapa wajah manis itu dengan penuh rasa cinta. Sejak kali pertama melihat Aisyah, dia telah jatuh suka. Sangkanya, suka sekadar seorang kawan. Namun, dia sendiri tidak menyangka perasaan suka di awal remaja membibitkan perasaan cinta. Lebih setahun mengenali Aisyah, perasaan itu semakin kuat dirasakannya. Wajah Aisya pula bek...

Teaser Kembali 1

Imej
“Sampai bila kita akan berada di sini Cik Tipah. Aku penat. Aku dah bosan,” luahnya lagi. Hilang pasal Aisyah timbul pula persoalan tentang diri mereka. Sudah lama mereka berkeliaran di sini.   “Sabarlah. Mungkin suatu hari ni akan ada orang jumpa jasad kita.” Memujuk Cik Mun sama seperti memujuk diri sendiri. Kemudian, mereka sama-sama merenung malam. Stesen minyak sibuk dengan kenderaan keluar masuk seperti selalu. Suasana biasa setiap hari. “Orang lain mana?” sunyi pula malam ini. Tidak ada orang bermain-main di dalam stesen minyak itu. “Malam ni mereka menyorok, hari nak hujan. Mereka tak nak basah.” Cik Mun sengih menampakkan dua gigi taring tajam berdarahnya. “Hahaha... wei.. hantu mana boleh basah.” Cik Tipah ketawa mengilai-ngilai. “Ahh... sudah, dia buat hal lagi,” Imah mengeluh. Malam semakin gelap. Guruh mula kedengaran. Angin agak kuat di luar meniup angin sejuk. Sejuk sampaikan bulu romanya berdiri. “Kak, dengar tak tu, bunyi pontianak mengilai?” “Ishh ...

Aisyah Humaira Bab 1

Imej
“Aisyah, tungguu!” Jeritan itu membuatkan langkah Aisyah terhenti. Dia berpaling dan melihat Adelia yang berlari ke arahnya. Aisyah menggeleng kepala melihat kawannya berhenti di hadapannya, termengah-mengah. “Apasal kau berjalan laju sangat?” rungut Adelia. “Nak balik cepat. Kenapa?” “Jadi, kau tak join study group hari ni?” Aisyah menggeleng. “Tak. Kan aku dah bagi tahu dalam group Whatsapp . ” “Kan aku dah cakap telefon aku tertinggal kat rumah.” “Ooh, lupa.” Aisyah menayang sengih. “Tentu Irfan frust kau tak ada petang ni.” “Yang lain semua ada, kan? Aku je tak ada petang ni,” balas Aisyah endah tak endah. “Bukannya kau tak tahu, Irfan join study group kita sebab kau. Dia tu tak join pun tak apa, family dah cari cikgu tuisyen datang ajar kat rumah.” “Bukan kita paksa dia join pun.” Aisyah menjeling mata ke atas. Adelia tersengih melihat reaksi Aisyah itu. Dia tahu Aisyah tidak sukakan Tengku Irfan itu, tapi Irfan sukakan Aisyah; sampai cikgu pun tahu. ...

Kembalinya Cinta Ramadan Bab 9

Imej
Jangan marah tau... Ni last bab di blog..  Oleh sebab ramai permintaan, Saya akan bukan order ebook untuk cerita ini lepas raya nanti. Don't worry ready file. Jadinya korang akan dapat dalam masa 24 jam selepas pembelian.. Tunggu tau...  “Kalau kamu belum jumpa lagi jodoh kamu, mak aji nak jodohkan kamu dengan Adah.” Hariz terkejut. Dari cerita pasal Adah kemalangan, pusing ke soal jodoh pula membuatkan Hariz terkedu. “Tapi..” Takkanlah sebab cakap-cakap masa kecil yang dia dah lupa tu, mak aji dan mak ngah nak paksa dia kahwin dengan Adah. Orangnya pun tidak kenal lagi. “Jumpa dia dulu sebelum kamu nak tolak tu. Kalau memang tak tercuit langsung perasaan kamu tu, mak aji takkan paksa,” sambung mak aji tidak memberi peluang Hariz terus menolaknya. Mak ngah angguk. “Mak ngah dan mak aji bagi cadangan je. Adah pun tak tahu lagi rancangan kami ni. Kami bagi tahu Ariz dulu. Jumpa dia dan kenal dulu. Kalau rasa boleh terima Adah tu, kamu usahalah pikat dia.” “Kalau rasa...

Seindah Biasa Bab 1

Imej
Assalamualaikum semua... Maaf tak ada Bab baru Kembalinya Cinta Ramadan Hari ini.  Atas permintaan ramai yang nakkan ebook. Jadi last bab kat blog pada 24hb ni..  Ebook Kembalinya cinta Ramadan akan dibuka order selepas raya. Ready file. Nak baca sampai habis kisah Hariz dan Adah boleh dapatkan ebook selepas raya nanti.  Jadi saya up cerita baru. Kisah Office Romance..  Jom berkenalan dengan Kila & Daud pula.  Hari ini seorang lagi kawan aku akan melangsungkan perkahwinan. Dah sampai jodoh rupanya dia. Dalam diam-diam berisi. Tertutup kemas rahsia hatinya. Dengan aku sendiri pun dia berahsia padahal akulah kawan baiknya. Kononnyalah. Kalau kawan baiknya pasti aku yang pertama tahu dia sedang asyik masyuk bercinta kan?  Tapi ok gaklah aku yang pertama tahu dia hendak kawin berbanding rakan-rakan kami yang lain.     Hari ini rumah Pak Cik Din meriah sekali. Meraikan perkahwinan anak bongsunya itu. merangkap anak perempuan tunggal. Akulah ...

Kembalinya Cinta Ramadan bab 8

Imej
Nama Adah meniti di bibir mak aji setiap hari. Adah masak ni, Adah pandai menjahit, Adah pandai buat biskut raya dan macam-macam lagilah. Kerja mengemas rumah pun Adah yang tolong sebab mak aji sudah tidak mampu lagi mengemas rumah besar itu. Oleh sebab selalu sangat mendengar nama Adah, Hariz jadi tertarik hendak mengenali pemilik nama itu. Jadi dia sengaja tidak mengikut tok ayah ke bazar ramadan petang ini. Dia mahu berkenalan dengan Adah. Tapi Adah ni seolah-olah tahu Hariz sedang menunggunya di rumah tok ayah, jadi petang itu dia tidak menghantar makanan seperti selalu, sebaliknya mak ngah yang datang hantar. “Ariz.. lama betul mak ngah tak tengok kau. Makin segak,” ramah mak ngah menegur Hariz yang sedang menyapu sampai di laman rumah. Mak aji pula sedang duduk di atas kerusi malas melihat Hariz menyapu, sambil-sambil berbual kosong dengan cucunya itu. Hariz sengih. Setiap kali balik kampung dan berjumpa mak ngah, setiap kali itulah dia akan dipuji. Kata mak ngah kalau ...

Kembalinya Cinta Ramadan Bab 7

Imej
Tujuh jam memandu, akhirnya Hariz sampai juga ke kampung. Enjin dimatikan dan dia terus keluar, mengeliat sekejap untuk melegakan ketegangan tubuhnya kerana memandu jauh. “Sampai pun.” suara tua menegur, Hariz berpaling. Terus Hariz melangkah mendekati lelaki tua itu. “Assalamualaikum tok ayah.” Dia tunduk mencium tangan tok ayah. “Waalaikumussalam.” Bahu Hariz ditepuk mesra beberapa kali. Dia pandang cucu sulungnya atas bawah beberapa kali kemudian angguk “Dah dekat pukul enam petang. Mari kita pergi bazar beli makanan untuk berbuka.” “Mak aji tak masak ke?” “Ariz tu baru sampai, penat memandu, boleh pulak ajak ke bazar. Biar dia naik berehat dulu. Esok-esok boleh pergi.” Hariz sengih melihat wajah tok ayah berubah apabila mendengar suara mak aji di muka pintu. Dia segera mendapat mak aji dan bersalam. “Mak aji sihat? Masak apa hari ni?” “Mak aji tak larat nak berdiri lama masak. Adah yang masakkan,” beritahu mak aji. Dahi Hariz berkerut. Adah? Siapa? Tak ada pula ...