Tunggu Awak Datang... Ramadan



Setahun awak pergi. Sepanjang tahun saya merindui awak. Mengharapkan awak kembali. Tapi awak sentiasa kemnbali tepat pada masanya. Tidak pernah sekali pun datang awal atau datang lambat. Sebulan sebelum awak datang, saya sudah fikir apa yang akan saya buat sepanjang awak bersama saya. Saya buat list to do. Check list satu persatu perkara yang telah saya lakukan bersama awak.

Semakin hampir harinya awak pulang ke pangkuan saya, semakin saya excited nak bertemu dengan awak. Saya juga sudah siapkan pakaian baru. Saya mahu sentiasa cantik apabila bersama awak. Saya tidak sabar tunggu awak datang. Dalam fikiran saya bermacam-macam resepi saya akan cuba, sempena meraikan kedatangan awak. Memeriahkan hari-hari bersama awak.

Rindu yang terpuruk selama setahun ini sudah tidak mampu saya tahan lagi. Saya berjanji pada diri sendiri untuk sentiasa berbuat baik. Sentiasa mengimarahkan masjid setiap malam. Saya juga berjanji akan sama-sama berjaga dengan awak. Membaca Al-Quran sehingga khatam. Berqiamulail di dinihari dan bersedekah. Saya janji akan berkelakuan baik sepanjang awak berada di sini.

Wah.. yang muluk-muluk janji saya buatkan. Sungguh saya janji. In Shaa Allah... saya akan tunaikan. Saya mahu awak tahu kedatangan awak sentiasa saya nantikan.



Tepat pada masanya awak hadir. Saya raikan kedatangan awak. Pelbagai juadah disediakan untuk dinikmati. Saya juga tunjuk bahawa saya ingin berubah menjadi orang yang lebih baik. Malam pertama awak sampai saya berjemaah di masjid.

Bukan saya seorang yang excited awak datang. Tapi semua orang. Rupa-rupanya perancangan mereka lagi hebat dari saya. Saya cemburu. Saya mahukan perhatian awak. Saya mahukan mengecapi kenikmatan ini. Hanya setahun sekali.

Tapi... betullah saya ni manusia mudah lupa diri. Hari pertama sahaja saya beria-ia meraikan awak dengan berjemaah di masjid, Biarpun saya masih lagi meraikan awak dengan pelbagai juadah yang enak-enak, kononnya ketika awak adalah saya patut berlebihan sedikit. Eh bukan sedikit tetapi banyak sehingga membazir.

Saya tahu awak tidak suka, tapi saya ni degil. Yang awak tak suka, itulah yang saya buat.

Saya lupa janji saya. Saya lupa list to do saya. Saya lupa checklist saya. Satu pun saya belum buat. Padahal sudah 3 hari awak kembali.

Saya kembali alpa.

Tapi awak tetap setia. Tetap berharap saya menghargai kehadiran awak setahun sekali ini. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6