Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

Nufah Prolog

Imej
Nufah tersentak apabila terasa ada tangan melingkari pinggangnya. Terasa nafas hangat di lehernya. Nafasnya sesak, rindu seminggu kini terubat. “ I miss you darling. ” Desahan suara garau romantis di cuping telinganya membuatkan bulu roma di lengan Nufah berdiri. Namun hati tetap berasa tenang walaupun dalam keadaan intim begitu. Sudah seminggu dia kehilangan kehangatan itu. Tidak perlu meneka, Nufah memusingkan tubuhnya. Tangannya naik memeluk leher lelaki itu. Tinggi tubuh tegapnya membuatkan Nufah terpaksa berjinjit. Tidak puas hati, dia melompat dengan kedua-dua kakinya memaut erat pinggang sang suami. Lelaki itu tergelak dan menampung tubuh Nufah dengan kedua-dua belah tangannya. Dia kemudian membawa Nufah ke sofa lantas diribanya. Telapak tangannya menyentuh dahi dan juga leher. Mahu merasa suhu tubuh isterinya. Masih lagi hangat. “Rindukan abang sampai demam-demam ni?” Lelaki itu geleng kepala. Nufah mencemik bibir. Matanya berkaca. Seminggu tidak berjumpa terasa maca