Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel trilogi mimpi

Teaser 1 Bukan Sekadar Mimpi

Imej
“Psst, Anna!” panggil Xi Xi. Anna mengangkat kening, menyoal. Minah Cina ni, kalau panggil macam tu mesti pasal K-pop Idol. “ You tahu tak, Hot-5 akan buat konsert di Malaysia bulan sembilan ni?” Anna menggeleng kepala tanda tidak tahu. Yang dia minat, drama Korea. Tentang K-pop Idol pula, dia tidak tahu sangat. Dahulu, arwah Kak Ain yang minat K-pop Idol, sebab itulah dia tahu perkembangan semasa dunia hiburan Korea. Malah, dia turut diheret sama untuk menari, setiap kali Kak Ain membuat content TikTok.   Akan tetapi, selepas Kak Ain pergi, tiada lagi sumber informasi tentang K-pop Idolnya. Kalau ada pun yang dia tahu, hanya daripada Azim yang mewarisi minat Kak Ain. Namun, apalah yang diketahui sangat oleh budak berumur 10 tahun, selain menari dan menghafal lagu mereka.  “ I bagi tahu you lah ni. Nak pergi tak? I belanja?” ajak Xi Xi berharap. “Kalau I pergi, adik I tu mesti nak pergi sekali. Azim tu dahlah peminat nombor satu Hot-5 tu.” “Bawaklah dia s...

Aisyah Humaira Bab 2

Imej
SMK Sri Astana Kringgggggg.... “Aisyah nanti collect semua buku latihan dan hantar ke meja saya,” arahan terakhir Cikgu Che Eshah disambut dengan keluhan para pelajar tingkatan lima Beta. “Esoklah cikgu. Tak sempat nak siapkan karangan ni.” Terdengar suara merayu. Cikgu Che Eshah memandang wajah pelajar-pelajarnya. “Jadi, dalam exam SPM nanti kamu minta hantar esok juga ke?” nadanya lembut tetapi sinis. Terdiam para pelajar mendengarnya. “Dalam exam esok, kamu semua diberikan dua jam tiga puluh minit untuk menjawab empat soalan yang diberikan. Jadi, boleh ke kamu jawab semua soalan itu dalam masa yang ditetapkan?” matanya memerhati setiap wajah anak didiknya. Ada yang tunduk dan menggeleng. Ada yang termenung. “Empat bulan; tolak tidur, makan, bermain games dan berdating tu, tinggal berapa hari lagi? Sempat ke tidak kamu membuat latihan membiasakan diri menyiapkan jawapan dalam masa yang ditetapkan?” Semakin ramai yang menundukkan kepala. Cikgu Che Eshah mengelu...

Pre Order Trilogi Mimpi 27 Sept 2022 sehingga 30 Okt 2022

Imej
Alhamdulillah, saya telah membuka P-R-E O-R-D-E-R novel terbaru saya.  Trilogi ini mengandungi tiga buah novel yang ceritanya berkait antara satu sama lain.  Nak tahu kisah mereka kena beli novel-novel ini nanti.  Buku 1 : Bukan Sekadar Mimpi  Blurb  K-Pop, menjadi kegilaan para remaja di seluruh dunia. Azim juga tidak terkecuali. Dia sangat meminati K-pop, sehinggakan boleh menari seperti mereka. Idolanya, tentulah grup paling top dan hit sekarang; Hot-5. Al-kisahnya, dia telah memuat naik video ke dalam TikTok. Dan videonya mendapat perhatian ahli grup Hot-5. Sejak itu, mereka mula menjadi sahabat dalam talian. “Siapa tu?” “Kak Anna.” “ She’s single?” “Yes ... and available.” Manalah Anna tahu dia menjadi topik hangat perbualan antara Azim dan ahli grup Hot-5. Peluang berjumpa tiba apabila kumpulan itu membuat persembahan di Kuala Lumpur. “Kak Anna pandai masak tak?” - Dan Kim, si kaki makan. “Sebut je apa nak makan, semua boleh.” - Azim. ...