Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2022

Kembalinya Cinta Ramadan Bab 9

Imej
Jangan marah tau... Ni last bab di blog..  Oleh sebab ramai permintaan, Saya akan bukan order ebook untuk cerita ini lepas raya nanti. Don't worry ready file. Jadinya korang akan dapat dalam masa 24 jam selepas pembelian.. Tunggu tau...  “Kalau kamu belum jumpa lagi jodoh kamu, mak aji nak jodohkan kamu dengan Adah.” Hariz terkejut. Dari cerita pasal Adah kemalangan, pusing ke soal jodoh pula membuatkan Hariz terkedu. “Tapi..” Takkanlah sebab cakap-cakap masa kecil yang dia dah lupa tu, mak aji dan mak ngah nak paksa dia kahwin dengan Adah. Orangnya pun tidak kenal lagi. “Jumpa dia dulu sebelum kamu nak tolak tu. Kalau memang tak tercuit langsung perasaan kamu tu, mak aji takkan paksa,” sambung mak aji tidak memberi peluang Hariz terus menolaknya. Mak ngah angguk. “Mak ngah dan mak aji bagi cadangan je. Adah pun tak tahu lagi rancangan kami ni. Kami bagi tahu Ariz dulu. Jumpa dia dan kenal dulu. Kalau rasa boleh terima Adah tu, kamu usahalah pikat dia.” “Kalau rasa tak

Seindah Biasa Bab 1

Imej
Assalamualaikum semua... Maaf tak ada Bab baru Kembalinya Cinta Ramadan Hari ini.  Atas permintaan ramai yang nakkan ebook. Jadi last bab kat blog pada 24hb ni..  Ebook Kembalinya cinta Ramadan akan dibuka order selepas raya. Ready file. Nak baca sampai habis kisah Hariz dan Adah boleh dapatkan ebook selepas raya nanti.  Jadi saya up cerita baru. Kisah Office Romance..  Jom berkenalan dengan Kila & Daud pula.  Hari ini seorang lagi kawan aku akan melangsungkan perkahwinan. Dah sampai jodoh rupanya dia. Dalam diam-diam berisi. Tertutup kemas rahsia hatinya. Dengan aku sendiri pun dia berahsia padahal akulah kawan baiknya. Kononnyalah. Kalau kawan baiknya pasti aku yang pertama tahu dia sedang asyik masyuk bercinta kan?  Tapi ok gaklah aku yang pertama tahu dia hendak kawin berbanding rakan-rakan kami yang lain.     Hari ini rumah Pak Cik Din meriah sekali. Meraikan perkahwinan anak bongsunya itu. merangkap anak perempuan tunggal. Akulah yang menjadi tukang sibuk dan tukang menyema

Kembalinya Cinta Ramadan bab 8

Imej
Nama Adah meniti di bibir mak aji setiap hari. Adah masak ni, Adah pandai menjahit, Adah pandai buat biskut raya dan macam-macam lagilah. Kerja mengemas rumah pun Adah yang tolong sebab mak aji sudah tidak mampu lagi mengemas rumah besar itu. Oleh sebab selalu sangat mendengar nama Adah, Hariz jadi tertarik hendak mengenali pemilik nama itu. Jadi dia sengaja tidak mengikut tok ayah ke bazar ramadan petang ini. Dia mahu berkenalan dengan Adah. Tapi Adah ni seolah-olah tahu Hariz sedang menunggunya di rumah tok ayah, jadi petang itu dia tidak menghantar makanan seperti selalu, sebaliknya mak ngah yang datang hantar. “Ariz.. lama betul mak ngah tak tengok kau. Makin segak,” ramah mak ngah menegur Hariz yang sedang menyapu sampai di laman rumah. Mak aji pula sedang duduk di atas kerusi malas melihat Hariz menyapu, sambil-sambil berbual kosong dengan cucunya itu. Hariz sengih. Setiap kali balik kampung dan berjumpa mak ngah, setiap kali itulah dia akan dipuji. Kata mak ngah kalau

Kembalinya Cinta Ramadan Bab 7

Imej
Tujuh jam memandu, akhirnya Hariz sampai juga ke kampung. Enjin dimatikan dan dia terus keluar, mengeliat sekejap untuk melegakan ketegangan tubuhnya kerana memandu jauh. “Sampai pun.” suara tua menegur, Hariz berpaling. Terus Hariz melangkah mendekati lelaki tua itu. “Assalamualaikum tok ayah.” Dia tunduk mencium tangan tok ayah. “Waalaikumussalam.” Bahu Hariz ditepuk mesra beberapa kali. Dia pandang cucu sulungnya atas bawah beberapa kali kemudian angguk “Dah dekat pukul enam petang. Mari kita pergi bazar beli makanan untuk berbuka.” “Mak aji tak masak ke?” “Ariz tu baru sampai, penat memandu, boleh pulak ajak ke bazar. Biar dia naik berehat dulu. Esok-esok boleh pergi.” Hariz sengih melihat wajah tok ayah berubah apabila mendengar suara mak aji di muka pintu. Dia segera mendapat mak aji dan bersalam. “Mak aji sihat? Masak apa hari ni?” “Mak aji tak larat nak berdiri lama masak. Adah yang masakkan,” beritahu mak aji. Dahi Hariz berkerut. Adah? Siapa? Tak ada pula

Kembalinya Cinta Ramadan Bab 6

Imej
Tiga tahun berlalu.... . Esok, umat islam akan menyambut bulan Ramadhan. Terimbas kenangan Ramadhan tahun lepas. Perkenalan singkat dengan gadis bernama Wardah  meninggalkan kesan yang sukar dipadamkan dalam hatinya. Seminggu mereka bersama dan tika itu hatinya telah pun memasang angan – angan agar seminggu itu berlanjutan sehingga hatinya menemui rentak berirama dengan hatinya. Pertemuan mereka amat indah. Di kala orang bertasbih di dalam masjid, mereka ditemukan. Singkatnya masa bersama tidak menjadi ukuran. Namun mungkin pertemuan itu sebuah ujian buat hatinya, bukannya jodoh buatnya. “Jauh termenung encik Hariz” teguran dari Wahida, setiausahanya mengembalikan Hariz ke alam sedar. Senyuman nipis diukir dan dia menyambut fail yang dihulurkan. “Hari ini berbuka di mana?” Soal Wahida berbasa basi. Dia tahu kedua orang tua bosnya berada di Mekah. Khabarnya tahun ini mereka mahu menghabiskan masa beribadat dan menyambut raya di sana. Bosnya pula akan berangkat menyertai kedua or

Kembalinya Cinta Ramadan bab 5

Imej
+Saya dah ada kat bawah Whatapps ringkas diterima di saat Wardah bersiap-siap untuk pulang. Saat matanya meneliti pesanan ringkas itu, bibirnya tanpa sedar mengeluh. Wardah sebenarnya tidak berharap Hariz datang menjemputnya walaupun itulah pesanan yang diberikan ketika menghantarnya pagi tadi. Ada rasa bersalah menyelubungi hati Wardah apabila merasakan dia menyusahkan lelaki itu. Mungkin kerana dirinya, Hariz terpaksa membatalkan rancangan atau program yang telah dirancang sebelum ini. Namun begitu, jemari Wardah tangkas membalas pesanan ringkas tersebut. Ok, tunggu jap, saya on da way turun Fatin tersenyum-senyum apabila melihat ketuanya tergesa-gesa keluar dari biliknya. “Kak dating ke hari ni?” Tanyanya dalam nada berbaur usikan. “Isyy.. sibuklah budak nih. Tak adanya dating,” Cepat-cepat Wardah membalas. Namun Fatin masih dengan senyum simpul yang bermaksud tak percaya, tetapi dia tidak pula menyoal lagi. Mereka berjalan beriringan menuju ke lift. “Dating pun apa

Kembalinya Cinta Ramadan bab 4

Imej
Salam Ramadan semua..  Seawal tujuh pagi Hariz telah bergerak menuju ke rumah Wardah. Dia tidak mahu terlewat walaupun seminit. Malam tadi, dia tidur lena bertemankan Wardah di dalam mimpi. Dasyat sungguh penangan Wardah, pertama kali bertemu, dia telah pun muncul di dalam mimpinya. Mereka bahagia. Wardah dan dirinya berkongsi hidup dan mempunyai empat orang anak. Wardah seorang isteri yang amat romantik. Memanjai dirinya dengan penuh cinta dan kasih sayang. Oleh sebab itu selesai bersahur dia terus bersiap ke masjid menunaikan solat subuh. Dipanjatkan doa agar pertemuan demi pertemuan tercipta nanti. Dipinta juga agar mereka ditakdirkan hidup bersama. Jadi tepat jam 7.30 pagi dia membunyikan hon di hadapan rumah Wardah. Saat gadis itu muncul di sebalik pintu rumahnya, Hariz tidak berganjak memandangnya. Dia dapat merasakan Wardah merasainya. Langkahnya teratur menghampiri Hariz. Saat pintu kereta di buka, wangiannya terlebih dahulu menyapa Hariz. Wangian yang tidak keterlaluan dan d

Kembali Bab 2 (belum edit )

Imej
“Aisyah..” bisiknya perlahan. Seakan mendengar panggilan gadis itu berpaling melihatnya. Adrian  tergamam. Wajah itu? Aisyah .. Namun gadis itu hanya melihatnya sekilas sebelum kembali melangkah. Seolah-olah mereka tidak pernah kenal. Adrian tergamam seketika sebelum berlari mengejar gadis itu. Wajah itu wajah Aisyah. Dia yakin itu Aisyah . Aisyah  telah kembali. Hati mula dipenuhi puing-puing kegembiraan. Namun gadis itu telah menghilang. Puas dia mencari sekeliling namun bayang-bayang gadis itu sudah tiada. Adrian berhenti berlari dan mencari. Dia terduduk kelelahan. Dia seolah-olah menafikan kenyataan yang Aisyah  telah pergi tiga tahun lepas. “Aisyah.. Saya sangat rindukan awak,” rintih hati Adrian . Matanya merah. Dia tunduk menyembunyikan wajahnya dari tatapan orang ramai. Kembali ke Malaysia seolah-olah kembali ke dalam kenangannya bersama Aisyah . Nama yang tak pernah hilang dari jiwanya. Sentiasa di sebut di antara lena dan terjaga. “Abang Ryan?” tiba-tiba ada suar