Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PBAKL 2023

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Imej
“Kau tolong check dia, mengandung ke tak?” Teringat reaksi Nailah tadi, dia inginkan kepastian, mungkin penilaiannya salah tadi. Tapi bila dirasa nadinya, tidak ada pula tanda-tanda tersebut. Doktor Syed Izar mendekati gadis itu. Nadi pergelangan tangan diperiksa dan bacaannya normal. “Dia okey. Mungkin kepenatan dan dehidrasi. Tekanan darah, jantung semua okey. Dia juga tak mengandung. Atau mungkin masih awal lagi, kena check darah atau air kencing. Tapi something wrong, emosinya tak stabil. Aku masukkan air dulu.” Beritahu Doktor Syed Izar. Perasaan ingin tahu semakin menebal di hati tapi dia perlu jalankan tanggungjawabnya dulu. “Siapa dia tu?” “Staff aku. Tengah hari tadi dia balik awal, katanya tak sihat. Tapi tiba-tiba tadi dia muncul kembali di pejabat. Duduk dalam gelap. Kalau bukan guard inform, aku tak perasan pun dia ada.” “Dia ada problem dengan suami dia ke?” teka Doktor Syed Izar. Dia tahu wanita itu telah berkahwin apabila Nik Zayan menyuruhnya memastikan sama ada wanita...

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6

Imej
“Sampai bila kita hendak hidup begini?” tanpa sedar Nailah bertanya. Soalan yang setiap hari dia tanyakan dalam hati. “Apa maksud Ilah?” kening Anuar bertaut. Tangan Nailah dicapai dan disulam. Anuar melihat tangan mereka bertaut, senyum puas. Tangan isterinya tetap lembut bila dipegang. Rasa itu tidak pernah berubah. Nailah yang pendiam dan taat. Nailah yang sentiasa cuba memenangi hatinya. Nailah yang lurus dan naif. Hati terasa bersalah. Bukan tidak sayang atau cinta. Namun tentang naluri dan perasaan ni sukar untuk dia ubah. Imamnya rapuh. Dia tidak mampu menahan godaan. Mungkin sudah sampai masanya dia melepaskan Nailah dari sangkar ini. Tapi hati tidak sanggup kehilangan Nailah. “Saya nak anak. Boleh tak awak berikan anak sebagai teman bila awak outstation bulan-bulan.” Minta Nailah tiba-tiba. Dia mahukan zuriat sendiri. Buat teman bila Anuar tiada di sisi. Anuar diam. Hatinya tersentap. Ini kali pertama Nailah timbulkan soal anak. “Saya tak sampai hati tengok awak sakit nanti,” ...

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 5

Imej
Hati berdebar-debar. Keluar dari lif semakin kuat debarannya. Adakah Anuar telah sampai ke rumah? Dalam hati tak berapa suka, dia ambil juga cuti seminggu. Sekejap sahaja diluluskan. Esok mula cuti. Langkah semakin perlahan. Sampai di depan pintu, dia tarik nafas panjang dan membaca al fatihah sebelum memasukkan password pintu. Ruang tamu cerah. Penghawa dingin terpasang. Sejuk saat kaki Nailah memijak lantai. Anuar telah pulang. Anuar senyum lebar apabila melihat Nailah muncul di depan pintu. “Sayang, I’m back.” Mata Nailah berkaca. Rindunya luruh. Sakit hatinya hilang. “Awak...” Pantas didekati lelaki itu. Dipeluk erat. Nailah menangis melepaskan perasaan rindunya. Anuar membalas pelukan Nailah. Dia ketawa kecil. “Rindu sangat ke ni?” Nailah angguk. Wajah masih lagi disembunyikan di dada Anuar. “Opps... Sorry.” Serta merta Nailah melepaskan pelukan itu. Bahagia yang dirasakan sebentar tadi berderai seperti gelas kaca yang terjatuh ke lantai. Dia melihat Firdaus senyum mengusik memand...

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 4

Imej
“Awal balik hari ni Nailah,” Tegur Encik Nik Zayan. Ketika itu Nailah sedang tunggu lif untuk turun. Nailah melihat ke sebelah. Dia senyum hormat kepada orang yang menegurnya. “Encik Nik pun awal jugak balik,” balas Nailah. “Terpaksa. Petang ni saya kena pergi blind date. Kalau tak pergi, nanti umi saya berkampung dekat office ni pula.” Adu Nik Zayan secara berseloroh. Hahaha... Nailah ketawa dengan penjelasan ikhlas Nik Zayan. Nik Zayan terpesona mendengar tawa itu. Ditarik nafas, tapi dia sedar Nailah ini isteri orang. “Dia tak sabar nak bermenantu dan bercucu tu Encik Nik. Tak patut hampakan hasrat orang tua ni.” Nik Zayan mengeluh. Tangan memicit dahi menunjukkan dia pening kepala dengan permintaan uminya yang satu ini. Dia langsung tidak ada keinginan berkeluarga, melainkan.... mata melirik kepada Nailah sebelum berkata; “Bukan sengaja tapi nak buat macam mana, saya tak jumpa lagi gadis yang mampu buat saya terbuka hati berkahwin.” Dia yang terlewat kenal Nailah. “Mungkin sebab En...

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Imej
Assalamualaikum semua.... Novel terbaru saya, di PBAKL 2023  Boleh dapatkan di reruai Lovenovel di bilik Mawar Blurb  Nailah dan Anuar berkahwin atas pilihan keluarga. Dua tahun perkahwinan, Anuar melayannya dengan baik. Tapi Nailah tidak pernah rasa bahagia.  Dua kawan baik mereka, Firdaus dan Wafa selalu sahaja menjadi orang ketiga merebut perhatian Anuar, sampaikan Nailah rimas.  “Sampai bila kita nak macam ni, awak?” - Nailah.  “Sorry, saya janji selepas ini masa saya untuk sayang, berdua.” - Anuar.  Buat seketika, Nailah terasa bahagia. Tapi apabila rahsia sebenar Anuar terbongkar, Nailah kecewa yang tidak terhingga. Rahsia apa? Hanya Nailah dan Anuar saja yang tahu. Muncul pula Nik Zayan menjadi penyelamat Nailah. Dia ikhlas membantu dan menolong Nailah melalui hari-hari sukarnya.  “Pertama kali saya lihat awak, saya dah jatuh hati. Tapi kerana awak isteri orang, saya simpan ketat perasaan cinta itu dalam hati.” - Nik Zayan.  Nailah bertekad...