Mini Cerpen : Bibah Debab 8 (edited version)

Untuk korang yang tunggu cerita ni....



Dia dah balik? Soal hati Bibah, tidak percaya. Harumannya tetap sama ketika saat perpisahan sementara mereka tiga tahun lalu. Senyuman kacaknya bertambah kacak dek usia yang bertambah tiga tahun. Apasal nampak wajahnya berseri-seri? Dia mendepangkan tangan supaya Bibah terus ke dalam pelukannya. Sebaliknya wajah Bibah kemerahan dek malu dengan sikap dia yang tak tahu malu. Di tengah-tengah jalan keluar balai ketibaan dia mendepangkan tangannya, isyyy.. laki siapalah ni nak buat scene romantik di tengah orang ramai di KLIA ni?
Bibah tunduk, segan alah. Padahal desakan hati ingin meluru ke dalam hangatnya pelukan suami. Tiga tahun menanti tu. Namun begitu, Bibah sedar diri, di mana mereka berada. Dengan langkah teratur namun dengup jantung sudah pun berlari laju menuju ke arah suaminya, tidak mampu dikawal lagi. Bibah mengulum senyum apabila melihat Adam menjatuhkan tangan dan mematikan senyuman. Merajuklah tu sebab Bibah buat dek je bila dia nak buat scene romantik di sini.
Langkah Bibah terhenti di hadapan Adam, tangan dihulurkan namun tidak bersambut sebaliknya Adam terus menariknya ke dalam pelukan. Merah muka Bibah menahan malu. Isyy Adam ni memang muka tak malu dari dulu lagi. Tebal kulitnya berinci-inci.
"Abang rindu Bibah. Abang rindu sangat-sangat," bisik Adam di telinga Bibah. Tangannya terus membelai wajah Bibah.
"Isyy.. muka tak malulah Adam ni. Tengah orang ramai pun nak peluk-peluk, cium-cium.. Jauhlah sikit" Marah Bibah sambil menolak badan Adam yang terus menghimpitnya. 
"Jauhhlaa.. Rimaslah.." Marah Bibah. Semakin kuat Bibah menolak semakin kuat Adam memeluk dan menciumnya tak henti-henti.
"Adammm!" Suara ala Ziana Zain ketika sedang menarik fitching tinggi terus keluar.
Bibah bingkas bangun. terkejut. Bukan dia je terkejut, Adam turut sama terkejut apabila Bibah terus bingkas dan menolak wajahnya yang asyik memerhati Bibah yang sedang lena, terus Bibah bersandar dibelakang sofa. Matanya masih lagi terasa kelat. kantuknya belum hilang.
"Teruk betul Adam tu Cik Su, sampai dalam mimpi pun asyik nak menyakat Bibah je. Pulak tu tak reti malu langsung, ada ke patut dia peluk Bibah kejap-kejap dan tak nak lepas di tengah alam kat KLIA nuh. Otak Adam ni memang dah putus fius agaknya apabila lama tak balik Malaysia ni," bebel Bibah dalam suara mamainya. 
Adam tersengih-sengih mendengarnya. Dia tahu Bibah masih lagi berada di bawah sedar. Tidak menyedari kewujudannya. Melihat Bibah yang kembali lena, Adam menarik badan Bibah bersandar kepadanya. Dilingkarkan tangan di bahu Bibah dan memeluk erat.
"Adam ni... Bibah tak nak.. tak nak lah. malu orang tengok," racau Bibah lagi. Matanya tetap terpejam.
Adam sudah tertawa kecil.
"Orang cakap gelak pulak. eeiii..." terus Bibah mencubit Adam.
Auch..Jerit Adam kuat. Bibah serta merta mencelik matanya dan.....
Bulat mata Bibah melihat orang disebelahnya. Dipejam celik mata dan digosok dengan belakang telapak tangan. Aik, dah kemaruk rindu sangat ke aku ni? Cik Su dah tertukar jadi Adam? Lebih sepuluh kali Bibah pejam celik mata, namun masih lagi terlihat wajah Adam yang menayang sengih sambil menggosok perutnya. Dan buat sekian kalinya, Bibah memejam matanya. Kali ini ditampar pipi sekali.
Terdengar suara kasar ketawa. Terus Bibah membuka matanya. Adam tetap tersenyum manis. Alahai Bibah comelnya bila tengah mamai ni. Tapi tempatnya tak sesuweilah, jika tak memang kena ngap dah ni. Tiga tahun memendan rindu dendam ni, buatkan dia cepat-cepat ingin membuka puasa. Sebab lama puasalah, dia sangat ‘dahaga’ sekarang ni. Itulah baru dapat seminggu dah kena tinggal-tinggalkan. Siapa yang tak ‘dahaga’kan? Monolog hati Adam.
Adama kasihan melihat Bibah yang masih keliru, lalu ditarik tangan Bibah hampir kepadanya.
"Bibah tak bermimpilah sayang. Ni suami Bibah yang jauh tu. Dah balik. real depan Bibah ni," bisik Adam lembut. Matanya menikam mata redup Bibah.
Bibah masih lagi membisu.Masih lagi tidak percaya apa yang matanya lihat. Hatinya masih meyakini bahawa Adam masih lagi berada di Sydney. Adam tak pernah pula cakap dia akan balik. tak de, Baru je pagi tadi mereka berchatting di YM, seperti biasa.
"Apasal mimpi masih dalam mimpi lagi ni," rungut Bibah. Hatinya panas. Bayangan Adam bagaikan sudah menjadi bayang-bayang dirinya. Ke mana sahaja dia pergi, lelaki-lelaki yang dipandang semuanya menyerupai Adam. Kronik sangat ke rindu aku ni, sampaikan Cik Su pun dah jadi Adam? Bibah sekali lagi menutup matanya.
"Sayang Bibah. Ni Adamlah. Buka mata tu. Bibah tak mimpilah," pujuk Adam lagi.
"Mana boleh. Adam kat Sydney lagi. dia tak cakap pun nak balik. Dia saja dera Bibah dengan melambat-lambatkan kepulangannya. Dia sengaja buat Bibah angau dan rindukannya. Memang dia kejam. Bibah rindu gilerr kat dia Cik Su," rintih Bibah. Suaranya serak. Hatinya tidak tertanggung lagi menahan amukan rindu di hati.
Sedih pula Adam mendengarnya. Salahnya. Hendak membuat surprise konon, diri sendiri yang ter'surprise'nya apabila mendengar pengakuan Bibah tadi.
"Bibah buka mata sayang. Bibah tak mimpi. Ni abang. Abang dah balik. Abang sengaja tak cakap sebab abang nak bagi kejutan kat Bibah. Sorry sayang.. Abang tak tahu, Bibah rindu sangat kat abang," pujuk Adam.
Bibah celikkan matanya. Matanya terus memandang Adam yang rapat di sisinya.
"Betul ni? Ini Adam?"
"Bukan Adam tapi Abang. Bibahkan dah janji nak panggil Abang bila Adam balik." Adam memperbetulkan panggilannya.
Bibah mencebik sambil mengesat air mata di pipinya. Betullah Adam, suaminya. Tak ada orang lain lagi yang tahu tentang perjanjian rahsia mereka itu.
Tanpa tangguh Bibah mencubit sekuat hatinya perut Adam. Siapa yang suruh bagi kejutan macam ni? Nasib baik tak mengong kepala Bibah ni. Nasib baik Bibah tak pergi jumpa doktor mintak ubat anti-depress sebab terlampau rindukan Adamnya.

ADUIIII..............Sakit sayang.."Jerit Adam spontan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6