Bila Aku Bukan Dia -Teaser 4




“Awal balik hari ni Nailah,” Tegur Encik Nik Zayan.
Ketika itu Nailah sedang tunggu lif untuk turun.
Nailah melihat ke sebelah. Dia senyum hormat kepada orang yang menegurnya.
“Encik Nik pun awal jugak balik,” balas Nailah.
“Terpaksa. Petang ni saya kena pergi blind date. Kalau tak pergi, nanti umi saya berkampung dekat office ni pula.” Adu Nik Zayan secara berseloroh.
Hahaha... Nailah ketawa dengan penjelasan ikhlas Nik Zayan.
Nik Zayan terpesona mendengar tawa itu. Ditarik nafas, tapi dia sedar Nailah ini isteri orang.
“Dia tak sabar nak bermenantu dan bercucu tu Encik Nik. Tak patut hampakan hasrat orang tua ni.”
Nik Zayan mengeluh. Tangan memicit dahi menunjukkan dia pening kepala dengan permintaan uminya yang satu ini. Dia langsung tidak ada keinginan berkeluarga, melainkan.... mata melirik kepada Nailah sebelum berkata;
“Bukan sengaja tapi nak buat macam mana, saya tak jumpa lagi gadis yang mampu buat saya terbuka hati berkahwin.”
Dia yang terlewat kenal Nailah.
“Mungkin sebab Encik Nik letakkan syarat tinggi kot.”
Nik Zayan geleng kepala. “Tak jugak. But something not right. Adakala tu saya rasa macam rindukan someone, but saya tak tahu siapa. Sampai hari ini saya tertanya-tanya dan tercari-cari.”
Lif sampai dan terbuka. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam lif. Lif kosong dan hanya ada mereka berdua sahaja. Perbualan mereka bersambung.
“Perasaan Encik Nik je tu. Saya pernah rasa macam tu. Rindukan someone tapi tak tahu siapa.”
“Aik... bukan suami awak?”
Nailah tarik senyum segaris. Rindu itu lain dari rindu kepada suaminya.
“Bukan, lain. Sebab itu saya kata mainan hati Encik Nik. Benda tu imaginasi hati sahaja.”
“Mungkin betul cakap awak tu.”
Ding.. pintu lif terbuka dan mereka sampai di lobi.
“Good luck. Semoga Encik Nik tersangkut jodoh kali ini.” Ikhlas Nailah mengucapkannya.


Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Abang Hensem Jihan, Part 16 (akhir)