Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2022

Kembali bab 1 (belum edit)

Imej
Aisyah selamat dikebumikan. Ramai rakan kuliah dan pensyarahnya datang melawat. Aisyah memang disenangi ramai. Pelajar yang sentiasa mendapat anugerah dekan sejak dari semester pertama lagi. Jadi sudah tentu mereka terkejut dengan pemergian tidak diduga ini. Fatimah memandang ke arah mak longnya. Namun matanya bukan mak long tetapi bayangan yang duduk bersimpuh di belakang mak long. Wajah bayangan itu sama dengan wajahnya. Dia ingin dekat tapi dia takut mengejutkan orang ramai. Jadi ditahan hati agar tidak melakukan sesuatu yang membuatkan orang terkejut. “Ramai yang datang melawat mak,” bisik Fatimah kepada ibunya. “Siapa?” “Orang bunian ramai kat luar tu. Sedang baca yassin,” beritahu Fatimah lagi. Puan Hashimah angguk. “Aisyah, anak yang baik. Sudah tentu dia disenangi ramai. Ramai yang mendoakan arwah. Mudah-mudahan syurga buatnya,” bisiknya. “Aisyah pun masih ada lagi kat sini. Tentu dia pun terkejutkan,” beritahu Fatimah lagi. Dia baru berumur 17 tahun. Tapi kerana ke

Prolog Kembali (belum edit)

Imej
Assalamualaikum.. Cerita baru jugak  Jika suka boleh komen & share ya “ You. .” Bahu suaminya disentuh. Terasa tegang, mungkin kerana telah lama dia menyimpannya dalam hati. Dalam dia mengelamun memikirkan tentang suaminya, tangannya disentuh dan ditarik, membuatkan dia terpeluk belakang tubuh lelaki itu. “I bersalah. Kerana I dia menjadi mangsa.” Mendengar lirih suara garau itu, dia tahu suaminya meletakkan segala kesalahan di atas pundaknya. “Aisyah tidak pernah salahkan you. Mengenali you perkara paling membahagiakannya.” Dia terasa gegaran tubuh suaminya. Pelukan dieratkan. Dia tahu cinta di hati suaminya tetap milik Aisyah walaupun dia isterinya. “Aisyah mahu you teruskan hidup. Kita perlu teruskan perjalanan hidup ini hingga ke hujung jalan.” ***** “Dia mengalami pendarahan serius. Kami telah melakukan sebaik mungkin untuk menyelamatkannya. Tetapi Allah taala lebih menyayanginya.” Ucapan doktor itu bagaikan batu besar menghempap hati keluarga Aisyah. Ibunya ha

Bukan Sekadar Mimpi bab 1 (belum edit)

Imej
Assalamualaikum...  Cerita terbaru dari saya...  Semoga anda terus menyokong saya.  Boleh komen dan share jika sukakan cerita ini...  “Psst Anna,” panggil Xi Xi. Anna angkat kening menyoal. Minah cina ni kalau panggil macam tu mesti pasal K-pop idol. “ You tahu tak Hot-5 akan buat konsert di Malaysia bulan 9 ni?” Anna geleng kepala tanda tidak tahu. Yang dia minat drama Korea. Tentang K-pop Idol pula dia tidak tahu sangat. Dulu Arwah Kak Ain yang minat K-pop Idol. Sebab itulah dia tahu perkembangan semasa dunia hiburan Korea. Malah dia juga turut diheret menari sekali setiap kali Kak Ain membuat content tik tok. Tapi selepas Kak Ain pergi, tiada lagi sumber informasi tentang K-pop Idolnya. Ada tahu perkembangan K-pop Idol pun dari Azim yang mewarisi minat Kak Ain. Tapi apalah yang budak sepuluh tahun tahu sangat selain menari dan menghafal lagu mereka. “I bagitahu you lah ni. Nak pergi tak? I belanja?” ajak Xi Xi berharap. “Kalau I pergi, adik I tu mesti nak pergi sekali.

Bukan Sekadar Mimpi

Imej
Prolog Mimpi tentang aku dan dia. Pertemuan itu sangat manis seakan realiti. Dia yang aku temui menghadirkan rasa ingin menyintai Dia, lembut suara meresap ke dalam jiwa. Dia yang melontarkan seribu rasa ingin memiliki. Dia yang hadir dalam mimpi.. Bukan sekadar mimpi. Bahkan ia satu impian yang perlu direalitikan. Dia, Akan kucari sehingga jumpa. Kerana bersamanya aku merasa indahnya cinta Mimpi ooo mimpi Bukan sekadar bayangan ilusi Dia.. Mimpi yang pasti. Wujudnya ku nanti. Dia... Mimpi bukan sekadar mimpi.. Wujudnya ku nanti. Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.

Beautiful Jodoh bab 10

Imej
Bab 10 ni bab terakhir saya akan kongsikan di blog ini.  Kalau nak baca kisah Haura dan Ferran sampai tamat, korang kena beli novel dan ebook.  Ebook juga dijual di esentral.my dan juga play book google. Tak pun korang boleh klik kedai online kami  https://wasep.me/shima-rostam-book-sandwich H AURA NUR mendongak. ‘Dia lagi. Kenapa kerap sangat mamat ni muncul di depan aku. Kenapa tidak dulu?’ Haura Nur menjegilkan mata, sebagai isyarat menghalau Ferran Atiq. Ferran Atiq berpura-pura tidak faham. Selamba dia duduk di hadapan Haura Nur. Haura Nur ketap gigi kemudian kembali tunduk membuat kerjanya. Dia mahu cepat habis menyalin maklumat yang diperlukan dan balik ke kolej. Tidak guna dia memarahi Ferran Atiq yang tidak faham bahasa. Memang tebal sungguh kulit lelaki itu! Ferran Atiq tidak mengacau Haura Nur, cuma sesekali pandangannya singgah di wajah gadis itu. Semakin dilihat, semakin yakin dengan perasaannya sendiri. “Ferran, ada orang tak kat sini ... boleh I duduk?” Terde