Mini Cerpen : Bibah Debab 14 (edited version)

Kita sambung semula kisah Bibah ni.... 




"Eh.. nak buat apa plak naik atas katil balik?" Soal Adam setelah mereka selesai solat subuh berjemaah. Pagi pertama mereka subuh berjemaah. Ini akan menjadi amalam seharian mereka. Akan dipupuk menjadi satu kemestian untuk memulakan hari baru setiap hari.

Bibah berkerut dahi. Peliklah Adam ni. Naik atas katil nak tidurlah. Buat apa lagi, buat tahi matalah.

"Tidurlah. di luar tu masih gelap lagi. Baru pukul 6.30. Lagipun Bibahkan dah tak kerja. Kena pecat oleh orang giler kuasa semalam," sempat lagi Bibah mengutuk abangnya. 

Adam geleng kepala.

"Tak elok tidur lepas subuh. Rezeki lari, tak masuk. Lagi satu tubuh akan terasa lemah dan tak bermaya sebab tubuh tidak menyerap energi alam di pagi hari," nasihat Adam.

Patutlah tubuh tu membesar. Jangan harap sayang dapat tidur lagi lepas ni. Bibah ni, tak boleh kasi muka sangat, nanti bertambah-tambahlah lemaknya. Jadi mulai hari ini Adam akan mendidik Bibah mengikut caranya. Jika dulu dia terlalu manjakan Bibah, mulai hari ini, dia akan bertegas juga. Dia mahu Bibah mempunyai identitinya sendiri, menjadi seorang isteri yang cantik dan taat. Menjadi pekerja atau bos yang tegas dan tidak mudah dibuli lagi.

"Bangun salin baju, pakai tracksuit ikut abang jogging," arah Adam.

Bulat mata Bibah. 'Jogging? Bertahun dia tak jogging. alaaa.. penatlah. Mesti sakit kaki,' rungut hatinya.

"Alaaa.. malaslah. tidur lagi best. Adam ni tak reti penat ke? Dari semalam asyik berjalan je kerjanya," rungut Bibah.

Jika dia jalan sorang-sorang tak pelah. Ni diheretnya sekali. Rasa nak tercabut lutut  apabila Adam tarik dia pusing Midvalley. Entah apa yang dicarinya, satu benda pun dia tak beli. Akhir sekali masuk carrefour beli barang-barang dapur dan makanan. Itu je? Tapi berjalan bagaikan mahu borong satu Mid valley ni.

"Cepat! Abang bagi masa 10 minit bersiap. Jika tidak abang heret Bibah, tak kisahlah pakai baju tidur pun," ugut Adam apabila melihat Bibah masih lagi bersantai di atas katil. Dia telah siap menukar pakaian.

Usai berkata, Adam menuju ke pintu. Dia mahu memanaskan enjin kereta sementara menunggu Bibah bersiap. Bibah mengeluh sebaik saja Adam hilang di sebalik pintu. Bibirnya tidak sudah-sudah mengherot dan mencemik. Geram. Mentang-mentanglah dia suami, suka sangat guna kuasa veto. Ini, baru sehari tinggal bersama.. Nanti berhari-hari macam mana? Takkanlah asyik nak ikut telunjuk dia je, masaklah dia jika begini gayanya.

"Bibah!!" Adam menjerit memanggil Bibah dari laman rumah.

"Kejaplah, siap dah," dalam paksa rela Bibah bersiap dan melangkah menuju ke kereta.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6