Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

Random Story 3

Imej
Cerita ni saya tulis 2017. Ada kisah luahan di page KRT yang menarik minat saya. Jadi kononnya nak buat novel.. tapi entah siapalah yang salah.. Sampai sekarang tergantung... Tak panjang sangat ni, dalam lebih 2 ribu patah kata je... Dan macam tak ada kaitan lak dengan kisah bawah tu... hehehe sebab baru bab awal tau... Bab 1 Shawl merah jambu dililit kemas. Matanya mengerling jam di dinding. Masih lagi ada masa 15 minit sebelum Wazir datang. Hari ini hari ulang tahun percintaan mereka yang ke 5. Tak sangka cinta yang berputik sejak zaman belajar di Universiti masih kekal sehingga kini. Dia merasa bertuah dapat memiliki cinta Wazir. Dia tidak lupa, ketika di Universiti, Wazir diminati ramai. Wazir popular dikalangan mahasiswi. Pertemuan tidak sengaja mereka di Taman Tasik Titiwangsa mengubah cerita. Dua bulan selepas itu hati Wazir menjadi miliknya. Cuma sejak kebelakangan ini, Afia merasakan ada sesuatu tak kena dengan Wazir. Dia macam tak semesra dulu. Whatapps sudah jarang digunakan

Random Story 2

Imej
Okey saya kongsikan random story lain pulak... Tergantung jugak ya. Sebab cerita ni pun saya main tulis je... bila nak sambung tersangkut... Part 1 “Aku tak faham, kenapa mereka bercerai.” Mata Tasya tak berganjak dari kaca televisyen tapi mulutnya mengomel tak sudah. “Tolak tuahlah bekas bini Dato’ Z tu,” bersambung lagi. Aku sengih. “Tuah tak tuah. Kalau dah setakat itu jodoh mereka, nak kata apa lagi,” jawabku. Tak hingin aku jadi tukang ulas perceraian yang menjadi topik hangat rakyat Malaysia tika ini. tapi dalam hati terselit simpati kepada anak-anak mereka. Dari segi kebendaan dan wang ringgit, anak-anak itu tidak terkurang satu pun. Tapi kasih sayang pastinya akan terkurang, bukan seperti sebelum. Mental mereka juga turut terjejas, apatah lagi kes penjagaan mereka menjadi rebutan di antara ibu dan ayahnya. “Aku kasihankan anak-anak mereka. Aku pernah rasa apa yang mereka rasa dulu,” kata-kata itu lebih pada diri sendiri. “Mereka tak kurang satu pun. Ibu ayah mereka pun pasti ba

Random story 1

Imej
Random... Versi ni takkan siap... Sebab saya akan padam dan tulis baru. Tapi sayang pulak saya nak padam macam tu je, bila sekian-sekian tulis padam dan tulis padam. Jadi saya kongsikan di sini. Kisah Nailah ini ada plot lain yang telah saya drafkan... Jadi bila korang baca ni jangan kecewa sebab hanya 4 bab lebih sahaja saya kongsikan.... **Prolog** “Talak tiga!” Mak Rozi mengurut dada mendengarnya. Wajahnya bertukar merah. Manis wajahnya telah hilang. Mata garang memandang Nailah. Anak yang selalu membuatkan darahnya mendidih. Tidak mampu menahan perasan marahnya, tangan naik ke muka Nailah. Pang Pang Serta merta dua belah pipi Nailah berbekas merah, hasil dari penangan tangan kasar ibunya. Nailah jatuh terduduk Sakit punggung tidak dihiraukan. Hujung bibir berdarah tidak dirasakan. Pipinya pijar. Dia sudah menjangkakan inilah habuan diterima apabila balik kampung membawa perkhabaran penceraiannya. “Aku tak izinkan kau bercerai. Nuar tu sebaik-baik lelaki aku pilih untuk kau. Anak de