Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Prolog : Hati Yang Kau Sakiti

Imej
Assalam dan selamat pagi. Ini adalah cerita terbaru saya. Dalam proses pembikinan. Ia adalah kesinambungan daripada Cerpen Hati Yang Kau Sakiti.  ******** “Aku menyampah tengok si Hafiz tu. Dia tak sesuailah untuk Ami.” “Sama.” “Apa yang Ami nampak dekat dia tu? Aku tak fahamlah.” “Mata orang bercinta ni buta. Yang buruk pun nampak baik. Yang hodoh pun hensem.” “Kita kena tolong dia. Jangan biarkan dia terperangkap denga mamat bertopeng baik tu.” “Habis tu kita nak buat apa?” “Cari jalan pisahkan mereka.” “Any idea?” “Tengah fikir.” Amina Nabila Amru Hafiz  Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Kek kasih sayang (kek pisang nestum oat)

Imej
Ni entri suka-suka... cerpen kot... hihi.. ikut penilaian korang laa ya...  Hari-hari macam ni memang bosan. Nak buat apa ya? Tisya mengeluh sendirian. Tadi abang whatsapp dia akan balik awal hari ini. Sukanya. Tapi aku tak tahu pulak nak masak apa. Tisya mengeluh lagi dalam hati. Kakinya dihalakan ke dapur, dibuka peti sejuk dan melihat apa yang ada di dalamnya. Pisang! Buat kek pisang Pantas di buka facebook dan terus ditaip di carian resepi kek pisang. Banyak pulak tapi yang mana satu yang sedap dan senang? Lalu dia melihat satu persatu resepi yang ada. Hmmm... yang ni senang tapi tak ada pulak almond flakes & cincang. Bantai je laa apa yang ada. Asalkan kek aku ni sedap dan tak bantat. Tisya ikat rambut tinggi-tinggi. segala bahan yang diperlukan dikeluarkan dan diletakkan di atas meja makan. Nasib baik ada pengadun kek, kalau tak terpaksa guna tanganlah. Dia mula hanyut dalam dunianya.  Bahan-bahan 3 biji pisang, dilenyek sukar dapatk

Abang Hensem, Jihan Epilog.... last dah

Imej
Salam... seperti yang saya janjikan...  Selamat membaaca dan semoga terhibur Suka.. boleh tinggalkan komen di sini dan juga page facebook.  Like jika tak nak komen pun...  Tisya terdiam. Ditenung cincin di jari manisnya. Kemudian diangkat kepala dan melihat wajah-wajah kesayangannya yang sedang tersenyum lebar. Rumah mama dan papa telah berubah habis. Semuanya nampak serba baru. Dua buah khemah besar berdiri megah di hadapan rumah. Dia kelu. Baru beberapa jam lepas dia bersetuju menjadi isteri Nzakir. Sekarang di rumah mama dan papa, persiapan untuk perkahwinannya telah siap. Cuma tunggu dia saja. Pagi esok dia akan dinikahkan. Nak bertanya, dia hilang kosa kata. Senyum lebar mama, senyuman mengusik abang dan kakak-kakaknya membuatkan dia tidak mampu nak kata tidak. Entah bila semua ini dirancang. Entah bila Nzakir datang berjumpa dengan keluarganya. Dia tidak tahu menahu langsung. Licik sungguh perancangan Nzakir. Tisya pasti abang ngah mastermind nya. Ta

Abang Hensem Jihan, Part 16 (akhir)

Imej
Assalam.. Auto Publish.. Mood raya ON.  Dalam dingin subuh hatiku terusik Kenang nasib diri di rantauan Bergema takbir raya menitis air mata Terbayang suasana permai desa Rindu hati ini inginku kembali Pada ayah bonda dan saudara Tetapi aku harus mencari rezeki Membela nasib kita bersama (korus) Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas Dari jauh kupohonkan ampun maaf Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama Meraikan aidil fitri yang mulia Restu ayah bonda kuharap selalu Hingga aku pulang kepadamu (ulang korus) Restu ayah bonda kuharap selalu Demi anakmu yang kini jauh Lagu raya, dari jauh kupohon maaf tidak habis-habis bergema di dalam AEON ini. Bikin hatinya meronta mahu pulang. Terasa lambat masa berlalu. Walaupun dia berpakaian raya hari ini, namun mood meraikan aidilfitri ke laut. Saat ini doanya dia mahu shift kerjanya cepat habis dan bergegas ke lapangan terbang untuk pulang ke kampung. Pagi  tadi, Tisy

Abang Hensem Jihan Part 15

Imej
Assalam, Auto publish Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf jika ada tersilap aksara, terkasar coretan, terguris hati apabila membaca di sini. Maaf Zahir Batin. Esok Part Akhir ya! Tisya mengambil tempat di hadapan Nzakir. Nzakir tersenyum mengalukan kedatangan Tisya. “Terima kasih sudi temankan abang hari ini,” ucap Nzakir setelah melihat Tisya selesa di hadapannya. “Hmmm...” Tisya pandang Nzakir. Tisya buat quick analysis di sekelilingnya. Rasanya tak kena duduk pulak bila banyak mata tertumpu kepada mereka. Sok sek sok sek crew Sushi King bagaikan penambah rasa. Hailah diorang ni, bergossip nombor satu. Jihan dan Roza pula bertukar sengih. Rasa kerdilnya dia. Orang hensem macam Nzakir ni patut dapat teman yang secocok dan sepadan. Bukan macam dia katik tapi comel. Nzakir perasan Tisya tidak selesa tetapi dia tetap tenang. Sudah terlalu biasa menjadi perhatian di khalayak ramai. Jadi dia anggap situasi ini akan sentiasa dilaluinya. Cuma dia harap Tisya mampu membuatk

Abang Hensem, Jihan Part 14

Imej
Assalam, Auto Publish..  Jadi jika ada yang sudi share link, silakan. Sama-sama kita mengikuti kisah Nzakir dan Tisya ni. Komen di alu-alukan... Semoga selamat sampai ke destinasi kepada yang memulakan perjalanan balik kampung hari ini. Tentu tak sabar berada di dalam dakapan keluarga tercinta kan?  Ada yang tengah sibuk di dapur tu. Selamat memasak!! Maaf tak sempatkan nak siapkan special Puasa dan Raya untuk Tunggu Awak Datang dan Si Adik manja dengan menantu pilihan abang.  Psst... Jihan cuba menarik perhatian Tisya. Tisya angkat kening. Jihan guna isyarat mata menunjukkan ke arah pintu restoran.  Jihan mengalihkan badannya. Jika tadi dia membelakangi pintu sekarang postur tubuhnya mengadap pintu. Matanya terus menangkap Nzakir melangkah masuk dengan gagahnya sambil mengikut Roza menunjukkan tempat duduk. Teringat perbualan subuh tadi. Jadi betullah Nzakir mahu berbuka puasa bersamanya. Hari ini waktu kerjanya tamat pukul 7 petang. Masih lagi ada 15 minit se

Abang Hensem, Jihan Part 13

Imej
Assalam.. Auto publish. Memang betul syaitan dikurung di dalam neraka sepanjang bulan ramadhan ini. Tetapi syaitan manusia itu sendiri masih terlepas bebas. Jadi inilah medan ujian untuk melawan syaitan di dalam diri kita. Salam Ramadhan. “Hi Darling.. You nak pergi mana ni? Terasa tangan dipaut erat. Semerbak bau perfum Dior menusuk hidungnya. Nzakir menoleh ke sebelahnya. Lana senyum menggoda. Kesempatan ini tidak akan dilepaskan. Dia mahu menghabiskan malamnya bersama dengan Nzakir. Rindunya tidak dapat dibendung lagi. “Berbuka puasa di Masjid. Kemudian terus terawih. You nak ikut? Jomlah.” Senyum yang mekar di bibir Lana terus layu. “Tak ada standardlah you ni berbuka di masjid. Apa kata I belanja you berbuka di Granada hotel,” pancing Lana. Tangan yang merangkul lengan Nzakir dieratkan. “I nak dapatkan standard tinggi dalam beribadat Lana. Lagipun lebih afdal berbuka puasa di masjid. Kemudian bersolat jemaah. I nak kejar standard tinggi di sisi Allah taal