Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2022

Sekadar coretan.

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Maaf tidak terupdate lagi cerita dalam blog ini. Sebetulnya saya tengah sibuk menyiapkan manuskrip Kembali ini. Jadi terabai sikit kat sini... Nanti saya akan kembali update bila dah siap manuskrip tersebut ya... Untuk yang sentiasa follow saya di sini, boleh juga follow saya di facebook .. ada saya update dekat sana teaser manuskrip baru ini...  Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.

Bukan Sekadar Mimpi 5

Imej
Bab 5 “Kak Anna teman sampai sini je. Nanti adik masuk sendiri kat dalam tu. Bila dah habis, call akak. Kak Anna ada dekat NU Sentral.” Azim mengangguk faham, padahal dia tidak mendengar pesanan Anna. Dia ralit membaca mesej Jinyung. +Dekat lobi, staf hyung tunggu Azim. -OK hyung. Saya dah sampai kat lobi. +Wait a minute. “Dengar tak Kak Anna pesan ni?” “Hah? Dengar. Kejap lagi ada orang datang jemput adik. Kak Anna jangan risaulah. Tahulah orang jaga diri.” Anna menarik nafas panjang. Jangan risau ... jangan risau! Hatinya memang tengah risau. Mana pernah dia meninggalkan Azim sendirian di tempat awam. Belum pernah. Lainlah kalau di rumah, ada jiran-jiran tolong tengokkan. Pak Mid juga turut memerhatikan agar  Azim tidak keluar dari kawasan apartment . “Awak tu baru 10 tahun, macam mana Kak Anna tak risau.” “Kalau gitu, baik Kak Anna ikut adik sekali. Tak adalah risau sangat, kan?” Azim memberi cadangan bernas. Anna mencebik. “Tak kuasa akak nak bersesak kat d

Bukan Sekadar Mimpi Bab 4

Imej
Bab 4 “Welcome to Malaysia.” “ So hot. ” “Panas.” Mereka segera masuk ke dalam Toyota Alphard yang akan membawa mereka ke hotel penginapan. Ketibaan mereka disambut oleh Kevin Lim, bos Ryshah Entertainment; syarikat yang menjadi penganjur konsert mereka di Kuala Lumpur. Dan Kim melihat ke luar tingkap kenderaan. “Petang nanti mesti hujan ni,” ujarnya perlahan. “Mana kau tahu akan hujan?” “Aku tahulah. Aku kan, pernah tinggal lama kat Malaysia. Sekarang dah bulan September, musim hujan tak lama lagi. Jadi, cuaca tak menentu.” Rakan-rakannya mengangguk faham. Udara sejuk daripada alat pendingin hawa, membuatkan badan terasa segar. Sewaktu mereka tiba tadi, ramai peminat setia yang sudah menunggu mereka di situ. Mujur juga keadaan terkawal dan mereka tidak digasak oleh peminat fanatik. “Bila kau janji nak jumpa Azim?” “Pertemuan tertutup nanti.” “Dia tak pergi ke konsert ke?” “Tak. Kakaknya tak bagi.” “Kakak? Dia tinggal dengan kakak? Orang tuanya?” “Dah ta