Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

Cinta November (cerita pendek)

Imej
'Mahal senyumannya," detik hatiku apabila terpandangkan lelaki itu senyum.  Senyuman yang sangat jarang dapat dilihat.  Kepala ditundukkan apabila mata kami berpapasan. pipiku terasa hangat, tanpa sedar aku ketuk kepala sendiri. menyalahkan diri sendiri yang alpa melihatnya.  Tapi aku tidak boleh menyalahkan diri sendiri jugak, sebab dia tu kacak sangat. Jarang pula tersenyum. Selalu aku tengok muka ketat dengan PA nya pun bermuka ketat juga.  Terasa lengan dicuit.  "Kau tengok tak tadi? Encik Boss senyum tengah jawab telefon. Hensem kan. Hilang terus muka ketat dia ," bisik Rafidah  Aku angguk laju, setuju. Bertuah pagi aku hari ini dapat melihat senyuman mahal encik bos.  "Lif dah sampai, cepat!" Rafidah tarik lenganku masuk ke dalam lif. pagi-pagi begini memang kena berebut lif, kalau tidak kena tunggu lama untuk lif turun balik.  Ting..ting.. "Yang depan kena keluarlah." terdengar suara dari belakang.  "Aku tunggu next lif," beritahu

Raikan CInta Kita - 6

Imej
Semerbak bau nasi dagang yang baru masak. Perut Auni mula berdondang sayang.wajahnya ceria. Majlis rumah terbuka dan kesyukuran yang tertangguh minggu lepas akhirnya dibuat juga pada minggu ini. Semuanya gara-gara dia yang tiba-tiba pitam kerana tekanan darah rendah dan alahan teruk minggu lepas. Apabila dapat keluar hospital terus Aazad merancang majlis mereka. Tidak mahu ditangguh lagi. Keluarganya telah seminggu berkampung di rumah baru mereka yang terletak di templer park. Di pinggir hutan dan berhampiran dengan air terjun kanching. Dia puashati. Suasana redup di rumah baru ini mendamaikan jiwanya. “Tak boleh makan lagi ke mak teh?” pantas disuarakan isihatinya. Tak sabar mahu makan. Padahal hari raya lepas dia telah pun menikmati nasi dagang air tangan mak teh ini. “Boleh dah. Nur ceduk gulai ayam dan ikan tu ke dalam mangkuk sikit,” arah mak teh. Nur sengih. “ Lepas ni tak sampai sebulan berat Kak Auni akan naik sepuluh kilo,” usik Nur. “Tak apa. Abang Aazad tetap sayang,

Raikan Cinta Kita - 5

Imej
(Novel - Hati Yang Kau Sakiti) “Kenapa?” Amru jungkit kening. Dari tadi lagi Ami pandangnya tak berkelip. “Hensem! Patutlah Cik Yana tu tergila-gilakan abang,” omel Ami sebelum dia memandang ke dalam cermin. Senyum kacak encik suami terbias di cermin. Memang dia terpukau tapi hati ego untuk terus memandang wajah itu. “Sayang pula, cantik dan manis. Patutlah abang tergila-gilakan sayang..” Amru pula memuji menggunakan perkataan tergila-gila. Memang betul pun. Sejak matanya jatuh pandang pada Ami dalam kelab dulu, hatinya telah jatuh tergolek. Jika bukan kesilapan mereka dulu pun, dia yakin akan memikat Ami juga. Ami menjuih bibirnya. Langsung tak percaya. Dia bukannya cantik sampaikan orang boleh tergila-gilakannya. Kalau tak, tentu Hafiz tidak meninggalkannya. Inner magik disarung ke kepala. Kali ini terasa mahu memakai shawl seperti tutorial Ariani yang dilihatnya di dalam FB. Harapnya menjadilah. Dia bukannya pandai sangat nak belit-belit ni, selalunya pakai tudung bawal dan in

Raikan Cinta Kita - 4

Imej
(Novel -Berikan Aku Peluang Mencintaimu) “Selamat hari raya, sayang..” “Selamat hari raya juga abang..” Dan bibir itu jatuh ke dahi Riya. Syahdu.. Tahun ke dua meraikan hari raya aidilfitri bersama-sama.  Saat yang satu ketika dulu sikit pun tidak pernah terlintas akan dilaluinya. Cinta alam maya yang telah dinoktahkan, siapa sangka masih ada jodoh lagi di antara mereka. “Abang minta maaf andai selama Riya menjadi isteri abang, ada kekurangan dari segi layanan dan perhatian abang,” bisik Syed Al Aiman. Riya angkat ke dua tangannya memeluk suaminya. Kepalanya bergerak mendongak wajah kacak itu.  Lelaki ini tak pernah ada salah dengannya. Dia yang patut minta maaf. Banyak songeh dan ada kala sengaja menguji kesabarannya. Lelaki ini terlalu sabar dan setia. Malah terasa tidak layak untuknya. “Sikit pun tak ada. Riya yang patut minta maaf. Riya selalu merajuk dan degil. Selalu bantah cakap abang.  Selalu juga sakitkan hati abang.” Matanya dah berkaca. Sejak menjadi isteri Noble-M

Raikan Cinta Kita - 3

Imej
(Cinta Asma dan Ferhad)  “Selamat hari raya abang. Asma minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki di atas setiap salah dan silap Asma dari hari pertama jadi isteri abang sehingga sekarang. Asma pernah benci dan marah kat abang sebab tinggalkan Asma tanpa sebarang berita. Padahal masa tu abang tengah berjuang di antara hidup dan mati. Abang sakit, Asma tidak ada di sisi abang. Asma minta maaf sangat-sangat sebab fikir yang bukan-bukan. Tak percayakan abang padahal abang dah cakap awal-awal jangan percaya apa yang orang cakap jika itu bukan dari mulut abang sendiri,” bisik Asma. Dia menangis. Bibirnya menyentuh belakang tangan suaminya. Sungguh dia bukan isteri yang baik. Hatinya masih ada terlalu banyak prasangka jahat terhadap isteri. Bibirnya biarpun kata tak apa, merelakan tapi hatinya tak pernah ikhlas. Di dalamnya selalu berperang antara dua rasa. Ferhad tarik isterinya bangun. Matanya juga basah. Nasib baik mereka bermaafan di dalam bilik. Jarinya menyapu air mata isterinya

Raikan Cinta Kita - 2

Imej
  (Novel Cinta Adik Manja) “Kak Auni....” “Isyy mak budak ni. Cuba buat perangai elok-elok sikit,” tegur umi. Dia geleng kepala.  Masih lagi tak berubah sikap biarkan dah jadi seorang ibu. Nur sengih.  Nurin Sofea menggeliat di atas ribanya. Terganggu dengan suara soprano mamanya.  Oppss terlupa. Dia mengulit Nurin kembali. Melihat kakak sepupu yang agak lama tidak ditemui, hatinya teruja. Banyak cerita yang ingin dikongsikan. Suami ustaznya entah ke mana menghilang dengan abah. Tak pernah lama berada di rumah. Ada sahaja benda yang mereka buat. Sesekali bila moodnya swing, mahu merajuk sampai habis syawal ni. Iyalah selalu tinggalkannya sendirian di rumah. Auni melangkah menghampiri Nur  di sofa. Dia labuhkan punggungnya di sisi Nur, adik sepupu kesayangannya. Adik manja dulu sudah menjadi seorang ibu. Terserlah sifat keibuan di wajah manis Nur. Namun sikap manjanya tak berubah. “Nasib baik tak terlompat bangun tadi. Kalau tak kasihan baby terjatuh sebab mamanya brutal,” bebel

Raikan Cinta Kita - 1

Imej
Assalamualaikum semua.. Maaf saya tinggalkan blog ini agak lama, sibuk dengan promosi di Facebook dan Instagram novel Beautiful Jodoh.. Masih tidak terlewat untuk korang mendapatkan novel beautiful Jodoh dengan harga promosi. boleh Whatapps saya :  Raikan cinta kita ini gabungan semua watak dalam novel-novel saya. Kisah mereka yang tiada di dalam novel.. Sebab rindukan mereka ni, saya jadikan kisah pendek. Sebenarnya telah lama tulis, tapi baru tergerak hati nak kongsikan di sini. Cerita ini akan bersiaran setiap jumaat 1.30 tengahari.  (Novel Tunggu Awak Datang) “ Open house ?” Auni angkat tubuhnya.  Dia betulkan postur tubuhnya mengadap encik suami. Kenapalah encik suami semakin kacak di matanya. Rasa macam tak mahu pandang tempat lain. Nak pandang muka dia je lepas tu gigit-gigit hidung mancung dia tu. Perubahan hormon ke apa ni? Pelik semacam. Masa mula-mula kahwin dulu tak adalah angau macam ni. “ Open house plus warming house . Doa selamat sekali. Sempena Auni dapat tukar ke K