Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

'Sahabat' pena bab 6

Imej
Nina tersenyum manis di pintu utama rumahnya menyambut kedatangan Hawa. Hawa membalas senyuman itu. Ditangannya dijinjit plastik berisi buah-buahan. Adat bertandang ke rumah orang, tidak manis jika datang berlenggang tanpa sebarang buah tangan. "Assalamualaikum...." "Waalaikumussalam.. akhirnya sampai jugak kau... Ingatkan dah makan buah langsat tadi" Seloroh Nina sambil menyambut huluran tangan Hawa. Ditarik Hawa ke dalam pelukannya. "Makan jugak dua tiga biji tadi, berpusing-pusing jugak tadi sebab tak nampak nombor jalannya" Beritahu Hawa. "Jom masuk.." Ajak Nina sambil menyambut huluran plakstik buah-buahan yang dihulurkan oleh Hawa. "Susah-susah je kau bawak buah ni" Ujar Nina berbahasa. "tak susah pun, aku berhenti tepi jalan je beli buah ni. Bukan buat pun" balas Hawa. "Bawak ke kau masak ni?" Soal Hawa lagi. "banyak tu tak, tapi penuh gak meja tu..." Jawab Nina sambil terseny

'Sahabat' pena bab 5

Imej
"Assalamualaikum..." "Waalaikumussalam... Hawakan?" Soal Nina. "Yup.. Hawa di sini. Nasib baik ingat lagi suara aku nih" Seloroh Hawa. "Eh mestilah ingat.. suara manja-manja kau ni. Satu dalam sejuta... hahahaa" "Tadi kau call aku ek. Maaf tak dengar." "Aaah.. Nasib baik kau balas.. ingat nak hantar sms pulak lepas ni" "Ada Apa?" Soal Hawa sambil melipat telekung yang digunakan. "Malam esok.. aku ada buat makan-makan sikit.. Nak ajak kau datang rumahlah" Nina terus ke tujuannya. "Ooo.. Insyaallah.. tak ada masalah. Kau buat kenduri apa?" "Eh.. bukanlah.. Ajak kau dengan member abang aku je.. Sebab dah lama tak jumpa dengan kau dan kebetulan pula abang aku baru juga terjumpa semula membernya. Jadi aku berpakatlah dengan abang aku nak jamu korang berdua" "Isyyy seganlah aku." "Nak segan apanya.. dua-dua kawan kami. mana tau nanti kau boleh kawan denga

'Sahabat' pena bab 4

Imej
Bab 4 "Macam mana awak sediakan report ni. Awak check ke tidak sebelum berikan kepada saya?" tegas Hawa menegur. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menengking orang di hadapannya. "Saya check dah. Mana ada silap puan. Semuanya betullah" Sofia mempertahankan dirinya. "Mana silap awak tanya saya? Sekali tengok saya tahu report yang awak buat ni boleh buang dalam bakul sampah. Cuba tengok cash flow dan bandingkan cash balance di balance sheet tu? Cuba awak tengok sama ke tak? Kata berpengalaman tapi perkara sekecil itu pun awak tak nampak? Kena tambah power lagi ke spec awak tuh?" lantang suaranya kedengaran. Sofia mula kecut perut. Dia mengambil laporan bulanan di hadapannya dan disemak kembali. Ya Allah.. apasal aku ni. Mengong. Kutuknya pada diri sendiri. "Maafkan saya puan. Saya akan betulkan kembali. Maafkan saya" Pinta Sofia dan terus dia bergegas keluar dari situ. Padan muka. Tadi bukan main lagi menjawab. Wajahnya

' Sahabat' pena bab 3

Imej
Hawa membuka pintu kondonya. Kosong dan sepi. Diletakkan sandal di tempat letak kasut sebelum melangkah ke ruang tamu. Lantas direbahkan badannya di sofa berbentuk L berwarna merah terang itu. Ada lelah dan letih membaluti dirinya. Seharian bekerja kemudian menghadiri majlis di Palace Hotel amat meletihkan. Namun keletihan itu tidak sebanding dengan kesepian hatinya. Hawa menutup matanya seketika. Ada rasa sendu di hati. Patutnya di saat ini dia ada seseorang untuk berkongsi perasaan dan hidup. Namun sejak awal tahun, semuanya kosong. Dia kini sendirian. Menerima khabar dari bekas adik iparnya tentang abangnya bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi, sedikit sebanyak hatinya tersentap, ada pilu datang mengusik hati. Tempoh perpisahan tidak sampai setahun, bekas suaminya telah pun bertemu jodoh semula. Kesangsian dulu kini terbukti. Bukan salah dirinya yang mempunyai kerjaya yang lebih tinggi daripada Sabri. Hatinya memang telah berubah. Percintaan yang terjalin lebih lima t

'Sahabat' Pena Bab 2

Imej
Assalam.... Bab 1 boleh baca di pages FB saya ya. Klik di sini untuk baca Bab 2  "Hmmmm.. biarlah. Aku pun tak fikir dah. Yang penting aku fokus pada kerja aku ni. Lagi bahagia. Tapi aku jeles dengan kau. Senang hidup," usik Hawa. Dia mahu lari dari topik tentang dirinya. Jika boleh dia tidak ingin terus membicarakan tentang kegagalannya dalam mencari kebahagiaan. "Senang apanya? Nak melayan kerenah anak-anak dan suaminya, teruk juga. Lagi penat dari orang kerja pejabat ni," sangkal Nina. Namun jelas di wajah Nina, dia bahagia dengan kehidupannya kini. "Eh.. dah ada orang datang cari aku ni. Aku kena pergilah. Nanti ada masa kita sembang-sembang lagi ek. Kau masih guna nombor lama kan?" "A'aaah. Insyaallah. Seronok sangat jumpa kau. Aku bangga tengok kau dah berjaya." "Aku pun seronok jugak jumpa kau. Tak adalah rasa boring kat sini," balas Hawa dan mereka berpelukan seketika sebelum Hawa membawa diri ke arah go