Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)
Assalamualaikum semua.... Novel terbaru saya, di PBAKL 2023 Boleh dapatkan di reruai Lovenovel di bilik Mawar Blurb Nailah dan Anuar berkahwin atas pilihan keluarga. Dua tahun perkahwinan, Anuar melayannya dengan baik. Tapi Nailah tidak pernah rasa bahagia. Dua kawan baik mereka, Firdaus dan Wafa selalu sahaja menjadi orang ketiga merebut perhatian Anuar, sampaikan Nailah rimas. “Sampai bila kita nak macam ni, awak?” - Nailah. “Sorry, saya janji selepas ini masa saya untuk sayang, berdua.” - Anuar. Buat seketika, Nailah terasa bahagia. Tapi apabila rahsia sebenar Anuar terbongkar, Nailah kecewa yang tidak terhingga. Rahsia apa? Hanya Nailah dan Anuar saja yang tahu. Muncul pula Nik Zayan menjadi penyelamat Nailah. Dia ikhlas membantu dan menolong Nailah melalui hari-hari sukarnya. “Pertama kali saya lihat awak, saya dah jatuh hati. Tapi kerana awak isteri orang, saya simpan ketat perasaan cinta itu dalam hati.” - Nik Zayan. Nailah bertekad...