Abang Hensem, Jihan Part 9

 Alhamdulillah Hari ni dah Khamis, Esok jumaat. Lusa Sabtu. Malam Sabtu nanti saya akan memulakan perjalanan balik kampung ke utara, kampung Incik Suami. Menyimpan rindu pula kat kampung halaman di Kelantan. 






Tisya canggung. Nzakir tenang bawa kereta. Sesekali matanya melirik Tisya di sebelah.

“Senyap je. Tisya tak ada apa-apa nak tanya abang?” Soal Nzakir memecahkan suasana sepi itu.

Tisya tidak jawab. Sebaliknya dia angkat bahu. Dia pun speechless. Fakta yang tersembunyi diketahui hari ini. Gembira? Suka? Entah dia pun tidak tahu apa yang dia rasa. Yang pastinya berduaan dalam kereta kali ini terasa sangat kekoknya.

“Kenapa abang hilang tiba-tiba. Abang dah kahwin ke belum. Abang ada teringatkan Tisya tak?” Nzakir tolong usulkan soalan bagi pihak Tisya. Bibirnya tarik sengih. Tisya di sebelahnya sekarang bukan Tisya kanak-kanak ribena yang banyak cakap dulu. Dia dah berubah jadi pendiam.

“Awak tanya, awak sendirilah jawab,” balas Tisya. Dia memang tak minat nak beramah mesra dengan Nzakir sekarang. Sebab dia sedang keliru dengan hati sendiri.

Dia juga masih bengang dengan abang ngah. Janji capati sungguh! Tengahari tadi cakap lain, nak balik tadi cakap lain. Kalau tahu begini lebih baik dia berbuka sorang-sorang dalam biliknya.

“Adik balik dengan Nzakirlah. Lagipun korang tinggal satu apartment. Trust me. Abang ngah percaya Nzakir boleh jaga adik lebih baik dari abang ngah.”

 Dan apa kena mengena hantar dia balik dengan fakta Nzakir-boleh-jaga-adik-lebih-baik-dari-abang-ngah? Tisya jeling abang ngah tajam. Jika jelingan boleh mencederakan orang macam cerita naruto tu, sudah pasti abang ngah dah cedera parah.

“Kalau sayang sangat duit minyak abang ngah tu, adik sanggup bagilah.”

Abang ngah geleng kepala. Bengang  kot dengan sikap dia yang tiba-tiba juga keras kepala. Ikut perangai siapalah keras kepala sangat ni. Kepala batu.

“Apa masalah adik ni kalau balik bersama dengan Nzakir? Jimat masa dan tenaga. Lagipun adik patut ambil kesempatan ini bertanya khabar dia. Adikkan rapat dengan dia dulu. Adik jugak cakap dia abang long leg adik yang paling adik sayang.”

Tisya melipat tangan di dada. Bercakap dengan abang ngah sekarang ni macam bercakap dengan Lailatul, si kenit abang ngah tu. Susah nak faham cakap. Orang cakap lain dia cakap lain. 

“Yang abang ngah cakap tu dah lepas 10 tahun dulu. Zaman dah berubah. Manusia lagilah cepat berubah. Buat apa adik nak tanya dan ambil tahu kisah dia. Ada dia amik tahu kisah adik? Lagipun adik bukan adik kecil abang ngah lagi. Faham tak!.”

“Dulu adik sayang dia kan?”

Tisya mendengus.

“Abang ngah ni tak habis-habis dengan cerita dulu-dulu. Kita bercakap pasal sekaranglah. Adik tak selesa dengan dia. Adik tak kenal dia. Please abang ngah.. hantar adik balik,” separuh merayu dah Tisya ni.

“Adik balik dengan Nzakir. Abang ngah penat. Tak nak balik dengan dia, balik sendiri,” tegas abang ngah.

Dan dia terus membentak meninggalkan abang ngah.

“Tisya dah sombong dengan abang,” suara Nzakir membuatkan dia kembali ke alam nyata.

“Saya tak kenal dengan awak. Orang yang saya kenal 10 tahun dulu dah lama tinggal kenangan,” jawab Tisya.

Nzakir menjeling Tisya dengan ekor mata. Tisya pandang depan, sesekali dia pandang ke luar tingkap.

“10 tahun dah berlalu, hmmm. Tisya yang abang kenal dulu comel dan suka bertanya. Tisya hari ini beku dan kaku. Nak dengar suara pun susah.” Itu kenyataannya.

“Sebab zaman dah berubah.  Awak jangan ingat manusia ni tak berubah. “

“Tak. Abang tak berubah. Tetap ingat Tisya sesekali.”

Tisya diam. Dia tak ingin komen. Sebab dia juga sesekali ter rindukan abang kawan sebilik abang ngah yang rajin melayannya.

“Nak singgah mana-mana tak?”

“Tak. Saya nak balik. Esok kerja masuk pagi.”

“Esok abang pun kerja. Tapi abang banyak lagi nak cakap dengan Tisya ni.”

Tisya cebik. Mereka bercakap ke atau dia sorang yang bercakap dari tadi?

“Awak tinggallah saya dekat bus stand. Nanti saya balik sendiri,” putus Tisya.

Nzakir terkejut. Dingin betul suara Tisya.

“Tisya marah abang?”

Tisya geleng.

“Saya tak kenal awak. Mama pernah pesan jika tak kenal dengan orang jangan banyak cakap. Lebih-lebih lagi lelaki macam awak.”

“Tapi Tisya kan dah kenal abang lama dulu.”

“Awak faham tak dulu dan sekarang banyak beza. SANGAT BERBEZA!” Tisya tension.

Tak habis-habis pasal cerita dulu-dulu. Cerita yang dia dah campak dalam longkang!

Nzakir terdiam. Dia terus melarikan keretanya menuju ke apartment mereka.

  ------@@@----------


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.
 Jadi bacalah perkara yang bermanfaat.
 Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
Hidup baik-baik. 
Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6